Artikel Terkini

Cara Hasilkan Cili Kisar Tahan Lebih 3 Minggu


Cili kisar atau giling memang antara bahan wajib buat mak-mak yang rajin memasak. Bila cili kisar tersedia, kerja memasak lebih mudah. Tapi, ramai mak-mak yang gagal buat stok cili kisar untuk tahan lebih lama. Betul tak? kebiasaanya, lepas 2 minggu, cili kisar akan berubar warna, tekstur dan kemungkinan rasa nya juga tercemar.

Tapi, Ya Norma ada tip untuk hasilkan cili kisar tahan lebih 3 minggu.

Hi,assalamualaikum..
ok hari ni saya nk share rahsia cili kisar tahan lama kalau simpan dalam peti ais..
tips ni memang saya tak pakai minyak masak,sebab nnty bila menumis bnyak minyak sangat dekat masakan..

tips ni saya dapat dari ibu mertua saya..
bila saya praktikkan sendri,
memang betul tahan lama..

yg penting bila kita tumis cili tu,bau wangi sangatt..
dan palinggg best sekali tekstur cili kisar dia tu halus gebu jerr..

follow setiap gambar di bawah step by step:

1. Gunting cili besar nipis2 utk senang keluarkan biji..saya gunting nipis dan serong..2. letakkan cili yg digunting tadi tu ke dalam bekas penapis yang mempunyai saiz lubang untuk asingkan biji dari cili. Ketuk-ketuk sikit bakul untuk memudahkan proses pengasingan

3. kemudian basuh cili yg digunting tadi dengan air paip dan rebus

4. Rebus sehingga mendidih, pada kadar api dapur sedehana

5. Biarkan mendidih seketika. tips saya, letakkan senduk untuk elak air menggelegak jatuh ke bawah.

6. tutup api dapur, tapis balik cili tadi tu kedalam penapis ni balik

7. Ini penting. Cuci cili yang telah siap direbus degan air paip sehingga hilang warna. Jika air basuhan dah tinggal sikit-sikit sahaja warna merahnya, itu sudah memadai. Siap basuh, boleh lah kisar

p/s : tips basuhan ini penting, ini utk mengelakkan cili rebus dari bau hapak. ini tip dari mertua

8. Haaa ini lah rahsianya,sebiji BAWANG BESAR. Masukkan sebiji bawang ke dalam mesin blender

ikut suka korg la nk letak bawang holland ke bawang besar biasa, kalau saya memang saya letak bawang holland sebab saya suka bau manis bawang dia tu bila kita menumis..

9. Kemudian masukkan air bertapis ke dalam mesin blender tu. Air agak-agak paras cili sahaja.

kali ni cili kisar saya buat x bnyak,kalau cili tu paras setengah blender,saya letak bawang dalam 2 biji besar..

10. Taraaaa ini lah hasil blender nya,x bnyak pun sebab stok cili dh habis dh kat rumah sebab itu lah sikit sja..ehehhee..

11. Nampak x halus gebu sja hasil blender ni..

nampak x hasilnya?
cili tu mcam agar2 kan bentuk dia?

ok,yg ini selepas saya letakkan dalam peti sejuk setelah beberapa jam,memang tekstur cili kisar akan jadi bentuk lembut mcam agar2..



Source link