Artikel Terkini

Cara Sistematik Ibu Ini Simpan Lauk Mentah, Tahan Untuk 3 Minggu. Memang Kagum!


Seperti yang semua sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah memasuki fasa kedua bermula 1 April yang lalu sehingga 14 April nanti. Ia merupakan tempoh yang kritikal dan mustahak bagi menentukan Malaysia berjaya atau tidak memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Disaat genting ini, kita sebagai masyarakat juga dapat memainkan peranan dalam meratakan lekuk penularan dengan mematuhi arahan kawalan pergerakan.

Jadi, bagi menyokong usaha kerajaan Malaysia ini, IMPIANA nak kongsikan cara sistematik menyimpan dan mengatur stok bahan mentah untuk 3 minggu kehadapan. Selain dapat kurangkan kekerapan untuk keluar membeli barang, ia juga boleh menjimatkan masa dan memudahkan proses memasak.

Melalui posting di akaun Facebook Puan Naemah Balqis, beliau telah berkongsi cara menyimpan bahan-bahan masakan mentah untuk stok selama 3 minggu. Petua yang telah lama dipraktikkan ini ternyata amat memudahkan dan berguna disaat-saat begini. Jom kita semak.

Simpan Lauk Cara Saya

Masukkan lauk dalam satu bekas untuk sekali masak. Jangan lupa masukkan air sampai menutupi lauk tadi. Simpan di tempat beku.

Letak air untuk apa? Untuk kekalkan kesegaran lauk tadi. Bagi orang yang cakap manis udang akan hilang bila letak air dan disimpan lama, terpulang…kita raikan pendapat berlainan.

Lauk yang diletak air -Udang, sotong, ikan dan ayam. Semua bersihkan siap-siap kemudian simpan lauk yang dah bersih kedalam bekas yang diisi air.

Tak perlu letak air – Daging dan tulang, simpan macam biasa

Bila nak masak, keluarkan bekas lauk kemudian alirkan bawah air paip. Kalau udang atau sotong sekejap je cair tapi kalau ayam akan ambil masa sikit. Jika nak masak esok pagi, malam tu boleh letak kat chiller. Ramai orang buat mcm tu kan…

Simpan Sayur Cara Saya

Isi air dalam bekas sehingga menutupi sayur – Halia, lengkuas, serai

Letakan tisu dibahagian bawah (untuk menyerap air yang menitis kedalam bekas) – cili hijau, limau, bawang putih, bawang merah, daun sup, kacang panjang, cili merah, carrot, timun, petai, kobis, sawi jepun, bunga kobis, brokoli.

Sayur-sayuran tersebut akan tahan lama, Insyaallah. Cuma sawi jepun dan kobis tak tahan lama. Seminggu ok lagi, selepas tu sawi akan lembik dan kobis akan hitam dekat tepi. Sebab itu lah sayur berdaun saya tak beli banyak sekaligus, cukup untuk seminggu.

Anggaran Bajet Bahan Mentah
Ayam – RM 36 (2 ekor)
Udang biasa – RM 23
Sotong – RM 36
Ikan Selar – RM 44
Tulang Lembu – RM 23
Ikan Mabung – RM 13
Telur – RM11
Jumlah = RM183.00 (Lauk)
+ RM 31.00 ( Sayur )

Bajet bergantung kepada keperluan individu. Saya bukan nak tunjuk bajet saya, cuma nak tunjuk cara saya simpan lauk untuk mudahkan untuk kita mak-mak ni masak. Dan juga cara simpan sayur-sayur untuk tahan lama terutama mak bekerjaya keluar dipagi hari dan hampir nak malam baru balik mcm saya.

Jangan ckp peti besar boleh la buat mcm ni. Saya dah kahwin 14 tahun, baru kawin dulu peti kecik pun saya buat mcm ni jugak..saya letak dalam plastik, tapi tak letak air la bila letak dalam plastik. Cuma rasa kering sikit lauk tu berbanding yang letak air mcm sekarang…tp ok sangat lagi dari tak buat apa2 kan.



Source link