Artikel Terkini

Cara Tangani Stress Ketika Perintah Kawalan Pergerakan Akibat Ancaman COVID-19


Virus Covid-19 telah menjadi isu pandemik global yang menjangkiti ribuan manusia di seluruh dunia. Kerajaan negara Malaysia juga telah melancarkan arahan kawalan pergerakan kepada rakyat yang tidak terlibat dengan sebarang perkhidmatan perlu (essential services). Situasi ini tanpa disadari boleh mengakibatkan kepanikan dan stress kepada orang ramai.

Dan menurut kajian, stress dapat melemahkan sistem imunisasi badan. Sedangkan untuk menghindari dan melawan virus COVID-19, kita memerlukan tubuh badan yang sihat serta sistem imunisasi yang baik. Jadi bagaimana caranya untuk menghindari stress yang berpanjangan?

Mengurangi stress dapat dilakukan melalui berbagai cara. Salah satunya dengan meluahkan segala perasaan dan kesedihan yang sedang dialami kepada orang terdekat atau orang yang kita percaya. Selain itu, kita juga perlu :

1. Berhat-hati ketika membaca berita

Sebaiknya, dapatkan perkembangan berita semasa dari sumber yang sahih dan boleh dipercayai.

Buat rakyat Malaysia, anda boleh dapatkan info terus dari Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia 

2. Jauhi atau kurangkan masa di laman sosial

Lebih-lebih lagi jika terdapat laman yang bersifat provokasi dan menyebarkan berita palsu. Mute atau block saja jika ia membuat anda merasa cemas dan tidak keruan.

3. Sentiasa berfikiran positif dan optimis

Tukarkan pemikiran negatif dan tidak rasional anda kepada yang lebih positif dan membina. Fikirkan bagaimana anda boleh isikan masa terluang ini dengan menghabiskan masa dengan ahli keluarga terdekat.

4. Kurangkan pergerakan

Atau berdiam diri untuk mengurangkan degupan jantung. Tetapi penting juga untuk kita melakukan senaman ringan selain menjaga pemakanan dan tetap terhidrasi.

Info tambahan dari WHO

Dalam sesetengah situasi, stress adalah satu perkara yang tidak dapat kita elakkan. Tangani stress secara efektif agar kita dapat sebuah kehidupan yang lebih bermakna. Stay safe, everyone!





Source link