Uncategorized

CEO Hartabumi, Menjemput anda ke Rumah Baru Anda #HiHOME #HiHOME2019

CEO Hartabumi, Menjemput anda ke Rumah Baru Anda #HiHOME #HiHOME2019 1


KUALA LUMPUR: Radzi Tajuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Hartabumi turut berkongsi rasa gembira di acara ekspo hartanah di MITEC baru-baru kini.

“Ini saat yang telah saya menantikan selama 3 tahun untuk kita bersama-sama mengubah Industri Perumahan dan Pemilikan Rumah untuk semua warga Malaysia.” En. Radzi menyatakan bahawa 60% wanita dan 40% lelaki, termasuklah 70% bawah 40 tahun, 30% bawah 30 tahun didapati dalam organisasinya.

Radzi mengulas tentang pencapaian Hartabumi pada masa 3 tahun lepas antaranya 100 ribu pengunjung bulanan, 245 juta urus niaga hartanah, termasuklah 1045 pemilik perumahan baharu yang menduduki di kediaman masing-masing.

Beliau mendalami isu tersebut mengenai cabaran yang dihadapi oleh warga Malaysia tentang pemilikan rumah akibat 4 faktor:

Pembeli rumah – Kesedaran dalam pembelian perumahan. Majoriti tidak bersedia dengan pengetahuan lanjut untuk melengkapkan proses pembelian. Fakta yang sukar diterima oleh ramai ialah dalam tempoh masa 5 tahun yang akan datang, didapati 600% peningkatan perumahan tidak terjual
Produk – Perumahan yang diberikan kebanyakan bukan merupakan keperluan pamasaran dari segi permintaan pengguna.
Polisi – Polisi Bumiputra, semua mekanisme pelepasan memerlukan lebih banyak perbincangan antara kerajaan, pemaju, pelabur dan sebagainya.
Trend Pemasaran- Kebanyakan individu mempunyai tabiat buruk dalam kewangan dan kurang pengetahuan dalam kemahiran pengambil alihan perumahan.

Radzi meneruskan dengan tujuan utama mereka sebagai tuan rumah ekspo Hi HOME Property Conference 2019 adalah untuk selari dengan kemampuan, pemasaran & polisi, teknologi dan masa depan yang dipamerkan oleh personaliti-personaliti masyhur. 

“Kini terdapat banyak akses kepada Portal Hartanah dan Perumahan yang mempunyai pelbagai kediaman untuk dimiliki tetapi semuanya bergantung kepada kemampuan dan pinjaman masing-masing” kata Radzi.

Di HiHOME, terdapat “Loan Calculator” untuk memastikan kemampuan pengguna. Kemudian anda boleh mengunjungi perumahan lain dan disambungkan dengan lebih dari 1,000 agen hartanah.

Untuk masa yang akan datang, Radzi berkongsi perancangan HiHOME untuk membuat kolaborasi dengan HiRENT & HiDRONE, bersama antara syarikat 7 terbesar drone.

Kunjungi laman web HiHOME di www.hihome.my untuk





Source link