Artikel Terkini

Ciri- Ciri pemohon yang mudah lulus loan bank


Bagi first time nak buat loan rumah, mesti risau takut loan tak lepaskan? Mula la fikir hutang bulanan yang kadang-kadang ada yang ter miss bayar la kan. Kalau ada rasa dan terfikir macam tu ubah sikap ambil lewah tentang pembayaran pinjaman yang lain, 3 bulan seterusnya cuba bayar tanpa rekod seperti ombak… FAHAM ke idok? Maksud sis… bayar ikut masa yang telah ditetapkan oleh pihak bank, jangan lewat sehari pun tarikh penyaran tersebut.

Jadi, kita boleh la prepare siap-siap supaya kita termasuk dalam golongan yang disayangi oleh pihak bank. Untuk mendapatkan kelulusan pembiayaan perumahan bukanlah mudah tetapi tidaklah susah jika tahu aturannya.

Pihak bank sangat suka pemohon yang mempunyai rekod pembayaran balik pinjaman yang mantap, kan dah pesan tadi.

Jika pihak bank yakin dengan kemampuan kewangan, mereka tidak akan ragu-ragu untuk meluluskan pembiayaan perumahan anda. Pihak bank yakin sangat yang anda ni jenis yang tak culas bayar.

Macam mana nak tunjukkan yang anda ni tak culas bayar? Jawapannya macam saya katakan tadi bayar ikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak bank.

Daripada laporan CCRIS, bank dapat mengetahui karektor pembayaran balik anda macam mana. Kalau banyak nombor 0000 tu, anda memang TERBAIKKK la dalam mengawal dan menguruskan kewangan.

Tapi kalau banyak nombor selain 0000 di laporan CCRIS eloklah baiki dahulu sebelum memohon pembiayaan perumahan. Memang bank tak akan lepas. “Hutang sebelum ni pun tak reti nak handle, macam mana nak handle hutang baru ni?”. Itulah antara logik pihak bank. Sama lah macam kita kalau kawan kita pinjam duit tak nak bayar hutang lama tak kan nak bagi dia hutang baru pulak kan?

Ciri-ciri pemohon yang pihak bank LOVE :

#1 Pemohon Yang Mempunyai Kerjaya /Perniagaan Yang Stabil

Pemohon sudah mempunyai kerjaya yang stabil dan sudah bekerja lebih daripada 6 bulan. Pemohon juga bekerja di tempat yang tidak berisiko untuk dibuang kerja pada tanggapan pihak bank. Pendek kata ada pay slip.

#2 Pemohon Yang Mempunyai Rekod Pembayaran Balik Yang WOW Dalam Laporan CCRIS

Sebarang hutang dengan pihak bank akan masuk dalam laporan CCRIS. Hutang kad kredit dan PTPTN juga akan masuk dalam laporan CCRIS.

Jadi, apabila dah buat hutang, anda kena jaga betul-betul. Bayar hutang dengan jumlah yang tetap dan pada waktu yang ditetapkan.

#3 Pemohon Yang Mempunyai Debt Service Ratio (DSR) Yang Rendah

Pemohon mesti pandai kawal nisbah hutang kepada pendapatan. Kebiasaanya dibawah 60%-70%. Kalau tambah tolak darab bahagi hutang dan expenses bulanan anda mencecah 90%, baik pulang dan renungkan apa yang patut anda kurangkan. Mungkin shopping, makan luar mewah, beli handbag, holiday ala ala rich & famous walaupun hadoooo…Harap maklum kalau nak buat loan ye!

#4 Pemohon Ingin Membeli Hartanah Yang Strategik Dan Terletak Di Kawasan Hot / Sedang Membangun

Bank mungkin kurang berminat dengan hartanah yang berada di pinggir kampung ataupun di dalam hutan. Hartanah yang masih dalam Master status lebih 10 tahun juga kurang menarik perhatian pihak bank.

Kaji dan selidik terlebih dahulu kawasan yang anda nak beli hartanah tu. Dengan itu akan memudahkan urusan anda juga supaya pembiayaan perumahan anda mudah diluluskan.

#5 Pemohon Yang Mempunyai Tabungan / Simpanan

Pemohon mempunyai simpanan yang mantap. Biasanya mempunyai 6 bulan pendapatan sebagai simpanan kecemasan. Simpanan di Tabung Haji, ASB, ataupun di akaun simpanan misalnya.

#6 Pemohon Telah Menyediakan / Melampirkan Dokumen-dokumen Penting

Dokumen-dokumen berikut adalah mustahak untuk membuat permohonan pinjaman perumahan:
– Borang permohonan pinjaman yang telah diisi dengan maklumat yang benar dan tepat
– Salinan kad pengenalan pemohon
– Salinan Perjanjian Sewa Beli (Sales & Purchase Agreement/SPA) atau surat tawaran daripada pemaju
– Salinan slip gaji untuk 3 bulan yang terkini
– Salinan slip bayaran komisen untuk 6 bulan jika ada
– Salinan penyata KWSP yang terkini
– Salinan Borang EA terkini
– Salinan penyata akaun simpanan bank untuk 6 bulan yang terkini
– Surat Pengesahan Tawaran Kerja dan Pembayaran Gaji
– Simpanan ASB / Tabung Haji
– Dokumen sokongan yang berkaitan.

Jika guna khidmat ejan hartanah, lagi memudahkan kerja korang.

#7 Pemohon Yang Tidak Disenarai Hitam Oleh Mana-mana Syarikat

Bank juga akan check kau punya CTOS. Jika ada hutang tertunggak mungkin nama anda ada dalam CTOS. Jadi, anda kena semak balik sama ada anda pernah jadi penjamin ke atau ada bil utiliti yang pernah tak bayar.

Kini, semua tahu bukan mudah untuk membuat permohonan pembiayaan perumahan ia menjadi lebih rumit dan bank menjadi semakin strict dengan adanya sistem skor kredit dan juga Net Disposable Income (NDI).

Untuk mendapatkan pembiayaan perumahan yang pertama memang susah sikit kalau anda tak berapa faham dan jelas mengenai prosedurnya.

Tapi, bila anda dah lepas pembiayaan perumahan pertama, nak lepas pembiayaan perumahan kedua tu tak jadi masalah.

Kau nak beli rumah ikut lah kemampuan kewangan anda. Jika bergaji kecil cari rumah yang bawah RM200K dulu.

Masa mula dapat kerja mulakan simpanan untuk deposit rumah. Jauhi hutang yang tidak perlu. Hiduplah dibawah kemampuan. Jangan asyik nak bergaya je… bak kata pepatah melayu, ‘biar papa asal bergaya’, jangalah sampai jadi macam ni ye.

Kesimpulannya, untuk memiliki hartanah, persediaan WAJIB bermula daripada sekarang. Jangan la nak beli bulan depan, tapi usaha nak mencantikkan kewangan sendiri tu tak ada.



Source link