Artikel Terkini

COVID-19: Resorts World Genting tutup dua minggu, beroperasi semula 1 April



KUALA LUMPUR: Resorts World Genting (RWG) akan kembali beroperasi pada 1 April ini, selepas selesai menjalani penutupan sementara selama dua minggu, menurut kenyataan media kumpulan itu hari ini.

RWG berkata, penutupan itu akan bermula pada 18 Mac, dan berakhir 31 Mac, 2020, selari dengan Perintah Kawalan Pergerakan seperti yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin malam, bagi mengekang penularan COVID-19.

“Penutupan ini akan meliputi operasi fasiliti hotel, kedai makanan dan minuman, kasino, Taman Tema Skytropolis, fasiliti hiburan, kompleks membeli-belah, serta kedai sewaan di Resorts World Genting.

“Bagaimanapun perkhidmatan penting seperti sekuriti, bomba, utiliti dan klinik, akan terus beroperasi sepanjang tempoh ini,” menurut kenyataan itu.

BACA: Berikut adalah jawapan kepada 21 soalan lazim mengenai Perintah Kawalan Pergerakan

RWG berkata, kesemua tempahan penginapan di hotel mereka akan dibatalkan, dan pelanggan mempunyai pilihan untuk menuntut bayaran kembali, atau mengubah tarikh penginapan.

“Ini juga akan berkuatkuasa di Resorts World Awana, Resorts World Kijal, dan Resorts World Langkawi,” menurut kenyataan itu lagi.

RWG berkata, tetamu yang telah pun menempah tiket untuk pertunjukan di resort milik RWG juga akan dikembalikan wang mereka.





Source link

Related Posts