Artikel Terkini

Cuci Dinding Untuk Kelihatan Baru Dan Bersih, Ini Caranya


Bila melakukan tugas-tugas mencuci dan mengemas kediaman, selain lap lantai dan perabot, mesti anda tak pernah terfikir untuk lap dinding rumah kan? Sebab itu, lama kelamaan, ada bahagian dinding yang selalu disentuh mula kelihatan kekuningan atau berdaki terutamanya pada bahagian suis lampu, dinding menghala dapur dan sebagainya. Adakalanya,

Kebiasaannya, ramai mengambil keputusan untuk cat semula. Sebenarnya ada cara yang lebih mudah dan tak perlu tenaga yang banyak. Tapi sebelum melakukan sebarang tindakkan, anda perlu kenalpasti jenis cat yang digunakan pada permukaan dinding anda. Ini kerana setiap jenis cat mempunyai teknik pemebrsihan yang berbeza

Cara membersih permukaan dinding adalah sama, hanya solusi untuk mencuci berbeza bergantung kepada jenis permukaan cat. Campur rata sabun dan air, dan lap permukaan dinding menggunakan span secara lembut.

DINDING CAT KAPUR BIASA
Jenis cat kapur tidak tahan lasak. Ini menunjukkan ia mudah rosak. Untuk membersihkan permukaan dinding yang mempunyai kemasan cat kapur, anda tidak digalakkan menggunakan pencuci yang mempunyai peluntur atau cuka. Sebaiknya, pilih sabun cecair yang tidak terlalu pekat seperti pencuci pinggan.

Solusi:
1/2 baldi air suam
1 sudu pencuci pinggan
span lembut

DINDING DENGAN CAT SEPARA KILAT (SEMIGLOSS)
Permukaan cat semigloss antara yang menjadi pilihan masyarakat kini. Ia lebih tahan lama dan mudah untuk dibersihkan kotoran yang melekat pada dinding.

Solusi:
1/2 baldi air suam
2 sudu pencuci pinggan
span lembut

DINDING DENGAN CAT ASAS MINYAK
Cat dengan asas minyak atau oil-base adalah lebih tahan lasak. Namun, Ia memerlukan solusi yang lebih keras untuk memudahkan kotoran dapat ditanggalkan.

Solusi:
1/2 baldi air suam
2 sudu pencuci pinggan
2 sudu cuka
tuala microfiber



Source link