Artikel Terkini

Cuka Boleh Hilangkan Bau Kepam Dan Daki Mesin Basuh


Masalah sisa-sisa serbuk detergen melekat pada drum mesin basuh sudah menjadi kebiasaan. Ditambah lagi dengan membasuh pakaian sekolah anak-anak yang bermain di padang dan sebagainya, itu menambah buruk keadaan mesin basuh anda. Bukan sahaja ia berbau busuk malah daki dan kotoran mula kelihatan. Takkan anda masih yakin mesin basuh itu boleh mencuci pakaian anda dengan bersih kan? Oleh itu, berikut ialah teknik berkesan untuk menghilangkan masalah sedemikian;

Bahan –Bahannya:
¼ cawan serbuk baking soda
¼ cawan air
2 cawan cuka putih
Span/ berus gigi lama

Langkah-langkahnya:

1. Campurkan serbuk baking soda dan cuka putih ke dalam compartment pelembut pakaian yang ada terdapat di dalam mesin basuh. (Anda akan mendapati sebatian tersebut akan menghasilkan buih-buih oleh kerana reaksi pH bahan itu. (Buih-buih ini sangat efektif untuk nyah kan bau dan singkirkan daki.

2. Tekan butang operasi seperti mana anda mencuci pakaian.Jika mesin basuh anda ada operasi butang untuk air panas, gunakan air panas. Jika tidak, tambahkan lebih kurang separuh baldi air panas.

3. Jika mesin basuh anda masih berbau busuk, sediakan cuka putih yang telah dicampur dengan air.

4. Dengan menggunakan span atau berus gigi lama, sental dan gosok bahagian dalam drum yang mungkin masih terlekat daki dan kotoran yang degil.

5. Akhir sekali, biarkan pintu mesin basuh anda tidak ditutup sebaik sahaja selesai membasuh pakaian untuk menghilangkan bau lembapan yang terperangkap di dalam mesin basuh. Teknik ini akan membantu pengudaraan yang lebih baik.

 



Source link