Uncategorized

Dahlia 2 Pelengkap Kediaman Yang Sempurna


Jika sebelum ini isu mengenai harga rumah yang mahal sering menjadi perhatian sehingga dijenakakan sebagai ‘harga mampu tengok’ dalam kalangan netizen, mungkin apa yang ditawarkan melalui projek perumahan Dahlia 2, Serene Heights ini boleh mengubah sedikit sebanyak persepsi banyak pihak.

Hal ini demikian kerana projek yang menawarkan kediaman bermula pada harga RM621,278 ini bukan hanya menyediakan sebuah rumah semata-mata untuk para pembeli membina kehidupan bersama keluarga tersayang, sebaliknya turut menawarkan latar kehidupan yang sempurna baik di dalam dan di luar pagar rumah.

Front Facade

Mari kita mulakan dengan memperincikan bahagian dalaman rumah dahulu. Dengan keluasan antara 2,165 sehingga 2,480 kaki persegi, Dahlia 2 menyediakan bilangan bilik tidur dan bilik air yang sama sebanyak 4 + 1 sekaligus memenuhi definisi keselesaan dan kesempurnaan kediaman yang sebenar kepada seisi keluarga.

Memahami keperluan keluarga hari ini memiliki lebih dari sebuah kenderaan, Dahlia 2 juga turut menyediakan kawasan parkir yang mampu memuatkan dua buah kereta.

Tetapi harus diingatkan, projek rumah teres dua tingkat Dahlia 2 dengan pegangan bebas (freehold) ini hanya ditawarkan sebanyak 74 unit sahaja manakala bagi unit Bumiputera pula sebanyak 67 unit telah diperuntukkan.

Living

Di bahagian luar pagar rumah pula, kemudahan untuk berekreasi antara anggota keluarga dan masyarakat sekitar turut disediakan.

Terdapat dua jenis kemudahan rekreasi yang boleh dimanfaatkan iaitu pertama Taman Permainan Bertema seperti Hopscotch Valley, Gasing Land dan Congkak Place.

Bayangkan anda bukan sahaja akan mengimbau zaman kanak-kanak bermain permainan tradisional bersama rakan-rakan, tetapi turut mengulangi pengalaman indah itu dengan anak-anak.

Taman rekreasi yang lain pula adalah Wellness Garden dan Leisure Garden yang mana berpotensi menjadi tumpuan kepada anggota masyarakat bertemu, berbual tentang kehidupan, kerjaya, perniagaan dan perkembangan anak-anak.

Untuk aktiviti kerohanian, surau turut dibina untuk bersolat jemaah, mengikuti pengajian ilmu serta melaksanakan aktiviti kemasyarakatan yang boleh mengeratkan silaturahim.

Selain rumah ibadah, dewan serbaguna dan tadika turut dibina untuk konsep kehidupan yang menekankan pendidikan awal kanak-kanak dan masyarakat bermuafakat.

Kediaman idaman ramai ini terletak berhampiran Bandar Baru Bangi, Kajang dan Semenyih. Hanya nyatakan keperluan atau kemudahan yang diperlukan, segalanya terletak berhampiran dengan kediaman anda.

Bagi para ibu-bapa yang mementingkan pendidikan bertahap antarabangsa mahupun golongan “expatriates” yang kini bekerja di Malaysia, terdapat tiga buah sekolah antarabangsa yang mampu ditawarkan iaitu Greenview Islamic School Bangi, Rafflesia International & Private Schools, Tanarata & Tenby International School.

Image result for Greenview Islamic School

Sementara itu, untuk pengajian tinggi pula, terdapat enam Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seperti German-Malaysian Institute (GMI), Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Nottingham University, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Lokasi untuk rawatan kesihatan dan perubatan juga mudah dituju seperti KPJ Kajang Specialist Hospital, Hospital Kajang, Hospital Serdang serta Hospital Pusrawi SMC.

Jika pada hujung minggu, anda merancang untuk percutian yang singkat tetapi berbaloi, Dahlia 2 menghubungkan anda dengan beberapa destinasi hiburan yang dekat seperti Bangi Wonderland, Bangi Golf Resort dan Danau Golf Resort.

Begitu juga kepada keluarga yang gemar keluar “window shopping” atau membeli belah keperluan dapur dan peribadi pada hujung minggu. Tidak perlu berjalan jauh hingga ke ibu kota untuk mencuci mata, dari Dahlia 2, anda boleh menuju ke Bangi Gateway, Bangi Sentral, Giant Bangi, IOI City Mall, Ostia Bangi, Tesco Bandar Puteri Bangi dan Tesco Semenyih.

Image result for IOI City Mall

Semua lokasi yang disediakan pula tersedia dengan akses jaringan lebuh raya yang selesa seperti Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya LEKAS dan Lebuhraya Silk. Manakala untuk yang gemarkan pengangkutan awam, kemudahan Keretapi Tanah Melayu (KTM) boleh dinaiki dari Stesen UKM sementara Transit Aliran Deras (MRT) pula di Stesen Kajang.

Kediaman Dahlia 2, Serene Heights yang indah dan lengkap ini dibangunkan dengan tema “Simple Pleasures of Life” sudah pasti cukup memukau dan meyakinkan anda untuk membina sebuah kehidupan baharu di sini.

Back Facade

Sekiranya anda berminat, pihak UEM Sunrise Berhad selaku pengendali projek ini menawarkan yuran guaman SPA serta duti setem SPA secara percuma. Hanya RM5,000 sahaja dikenakan untuk yuran tempahan.

Bagi bumiputera, terdapat tawaran diskaun sebanyak 7 peratus. UEM Sunrise juga turut menawarkan rebat sehingga 17 peratus sebagai usaha untuk menjayakan Kempen Pemilikan Rumah (HOC).

Satu lagi tawaran menarik yang akan memudahkan perhubungan dan urusan kerja adalah langganan TM Unifi secara percuma selama dua tahun.

Untuk keterangan lanjut mengenai kediaman yang indah dan memukai ini, hubungi 1800 888 008 atau layari sereneheights.com.my





Source link