Artikel Terkini

Dapat MC, Boleh Claim Duit Daripada PERKESO?


Ramai orang cakap kalau MC (Medical Certificate atau Sijil Sakit), boleh claim duit dari PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial). Biar betul?

Tak pernah dengar kan? Tapi tak semestinya hal yang tak pernah kita dengar tu tak wujud.

Untuk pengetahuan, di bawah PERKESO wujudnya Skim Bencana Pekerjaan (Employment Injury Scheme – EIS) dan Skim Keilatan (Invalidity Scheme). 

Kedua-dua skim ini pasti akan tercatat dalam slip gaji kita jika dilihat secara terperinci. Itu pun kalau kita berumur 60 tahun ke bawah. 

Dengan adanya skim tersebut, kita boleh mendapatkan hak atau boleh claim duit dari PERKESO untuk situasi tertentu.  Terdapat beberapa situasi yang membolehkan kita membuat tuntutan.

Apakah termasuk juga jika kita MC dan tidak mampu bekerja?

Tuntutan Dari Skim
Bencana Pekerjaan

Skim Bencana Pekerjaan
Membolehkan Anda Membuat Tuntutan Bagi Situasi Berikut:

  • Diberhentikan
    Kerja (Atas sebab-sebab yang ditetapkan)
  • Meninggal
    Dunia (Waris akan menerima jumlah tuntutan)
  • Kemalangan
    Atau MC (Cuti Sakit)

Syarat Untuk Claim
Tuntutan Jika MC (Cuti Sakit)

Syukur kerana PERKESO memberikan kita manfaat dan faedah sekiranya berlaku kemalangan atau kecederaan. Namun, harus kita ingat, bukan semua jenis MC atau cuti sakit membolehkan kita membuat tuntutan, hanya yang menepati syarat-syarat ini sahaja.

  1. Kemalangan atau kecederaan menimpa ketika berada dalam perjalanan ke tempat kerja dari rumah.
  2. Kemalangan atau kecederaan menimpa ketika berada dalam perjalanan untuk urusan kerja seperti berjumpa client, menghantar barang dan sebagainya.
  3. Kemalangan atau kecederaan menimpa ketika berada dalam perjalanan dari tempat kerja ke tempat rehat / lunch break.
  4. Mendapatkan rawatan di klinik panel berdaftar atau klinik dan hospital kerajaan.

Faedah Hilang Upaya
Sementara Bagi Mereka Yang MC (Cuti Sakit)

Kita juga boleh mendapatkan Faedah Hilang Upaya Sementara sekiranya MC atau mengambil cuti sakit. Namun, syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

  • Kecederaan tersebut menyebabkan kita tidak mampu bekerja sekurang-kurangnya 4 hari
  • Tiada hari yang kita ke pejabat sepanjang tempoh 4 hari tersebut
  • Penyakit yang berlaku adalah disebabkan kesan pekerjaan kita (Sebagai contoh penyakit asma akibat terdedah dengan bahan kimia).

Faedah Hilang Upaya Sementara ini akan membayar kepada kita kira-kira 80% daripada jumlah gaji harian. Kita akan menerima jumlah bayaran harian bagi tempoh 4 hari kita bercuti. Boleh rujuk dengan lebih lanjut di Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

Jangan salah faham, penyakit seperti demam, cirit birit, sakit kepala dan lain-lain lagi yang bukan disebabkan oleh pekerjaan tidak membolehkan kita membuat tuntutan. Hanya penyakit yang disebabkan oleh pekerjaan sahaja yang dibenarkan untuk kita claim.

Selepas membuat tuntutan MC (cuti sakit), kita juga berhak menyertai Program Return To Work (RTW). Program RTW ditubuhkan oleh PERKESO untuk membantu memulihkan fungsi anggota badan agar kita dapat kembali bekerja semula dengan baik.

Sumber RujukanLoan Street



Source link