Artikel Terkini

Dapatkan Semua Yang Anda Inginkan Di Shopee


KUALA LUMPUR, 9
Januari 2020 –
Shopee menyambut
kedatangan tahun 2020 dengan Jualan Tahun Baru Cina (CNY), sebagai permulaan
kepada sebuah tahun yang lebih hebat yang penuh dengan tawaran dan diskaun
untuk rakyat Malaysia. Berlangsung hingga 28 Januari, kempen ini mempamerkan
pelbagai produk baharu, penghantaran percuma RM18, perkhidmatan baharu serta
permainan dan hiburan baharu – semuanya dapat dinikmati di dalam dan luar
platform.

Pengguna pastinya
tidak mahu terlepas RM8 prosperity deals untuk CNY Hampers,
Coca-Cola 24 tin, set alat memasak Tefal, Cheongsam, kipas berdiri Khind
dan banyak lagi. Jongkong emas premium turut boleh didapati pada harga RM1.
Beberapa tawaran CNY yang bakal dinikmati termasuk KIT-KAT berperisa limau
Mandarin dan Eu Yan Sang Bird’s Nest Mouse Gift Box.

Shopee sentiasa memberi pengguna sesuatu untuk diraikan, dan offline deals daripada kategori makanan dan minuman kepada perkhidmatan, hotel dan taman tema melalui ciri Reloads, Vouchers and Bills dalam aplikasi adalah tawaran yang mesti dimiliki oleh pengguna. Kurangkan perbelanjaan semasa berkumpul beramai-ramai dengan keluarga dengan diskaun ketika menikmati makanan di cawangan pedagang baharu Shopee – Hawker Chan yang dianugerahkan Michelin Star, Dragon-i, Purple Cane, SouperTang dan Tony Roma’s.

Nikmati perkhidmatan pakar dengan membeli baucar untuk perkhidmatan kecantikan atau dapatkan bantuan perkhidmatan pembersihan. Memandangkan ramai akan berada dalam perjalanan ke destinasi masing-masing, kenderaan yang dipandu harus menjalani servis! Pilihan servis asas daripada menukar tayar kepada penyelenggaraan kereta secara menyeluruh boleh didapati dengan satu klik. Pastikan juga anak-anak kecil berada dalam keadaan selamat dengan mendapatkan kerusi kereta kanak-kanak daripada serendah RM88.

Ingin menaik taraf
rumah untuk menarik perhatian saudara-mara? Penjual-penjual Shopee yang
mengambil bahagian meningkatkan huat dengan menjamin rakyat Malaysia harga
terendah
untuk mesin basuh dan pengering, pendingin hawa, peti sejuk,
televisyen, ketuhar dan banyak lagi. Pengguna-pengguna di Semenanjung Malaysia
bakal mendapat tawaran yang lebih hebat kerana semua barangan ini dapat
dihantar kepada mereka, secara percuma, mulai sekarang hingga 21
Januari.

Shopee juga
menjangkakan peningkatan pesanan pada CNY ini, terutamanya untuk barangan besar
seperti set makan, almari, katil dan sofa. Memandangkan barang-barang ini
kebiasaannya berat, pelantikan rakan kongsi logistik pihak ketiga, Ninja Van,
tepat pada masanya kerana mereka boleh mengendalikan penghantaran hingga 90kg.

Menghangatkan demam
CNY, Shopee memperkenalkan permainan bertemakan CNY seperti Shopee Ang Pow
dan Fortune Sticks, semua dengan baucar bernilai sejumlah RM88,000 dan
lebih daripada 18 juta Shopee Coins untuk dimenangi.

Dengan begitu banyak
tawaran yang dapat dinikmati, pembeli akan masih ingin menandakan tarikh 13
Januari untuk Huat Ah! Huat Ah! Sale di mana platform ini menawarkan
promosi yang tidak dapat ditandingi daripada semua kategori, Shocking Sale yang
diperluas, dan Jongkong Emas 10gram bernilai RM2,250 untuk hanya RM1 dalam One
or Not
.

Jualan CNY Shopee
disokong oleh jenama seperti Nestlé, Unilever, Vinda, P&G, Watsons,
Enfagrow, Friso, Realme, Photobook, dan Tesco, dan rakan kongsi seperti FPX,
RHB, Standard Chartered, United Overseas Bank, antara lain.

Usaha Shopee untuk mengendalikan kempen CNY ini adalah sebahagian daripada strateginya untuk mengekalkan momentum pertumbuhannya yang kukuh, setelah mengakhiri tahun 2019 yang cemerlang. Shopee mencatat pelbagai pencapaian yang memecah rekod. Sorotan utama adalah seperti berikut:

  • Prestasi*: 
  • Pada S3 2019, Nilai
    Barangan Kasar Tahun-ke-Tahun Shopee meningkat sebanyak 69.9%, daripada $US2.7
    bilion kepada $US4.6 bilion dan Pesanan Kasar melonjak sebanyak 102.8%,
    daripada 158.5 juta kepada 321.4 juta.
  • Walaupun berada di
    tujuh pasaran di serata Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee menyaksikan populariti
    yang semakin meningkat di seluruh dunia. Ia merupakan aplikasi ke-5 yang paling
    banyak dimuat turun di seluruh dunia dalam kategori membeli-belah, menurut
    AppAnnie.
  • Mempertingkat penglibatan pengguna: 
  • Shopee juga
    memperbesar permainan dalam aplikasinya daripada hanya Shopee Shake pada tahun
    2018 hingga lebih 15 permainan setakat ini. Permainan popular yang
    diperkenalkan pada tahun 2019 ialah Shopee Quiz dan Shopee Catch.
  • 2019 merupakan tahun di
    mana Shopee memperkenalkan ciri penstriman langsung yang dinamakan Shopee Live,
    untuk memastikan pengalaman Shopee yang menghiburkan, menarik dan bersifat
    sosial, memberi pengguna kandungan berkualiti tinggi seperti konsert mini Datuk
    Seri Siti Nurhaliza yang dipersembahkan oleh Shopee dan SIMPLYSITI,
    Ask-Me-Anything (AMA) bersama Cristiano Ronaldo, perlawanan akhir Piala FA yang
    mendebarkan, Ombak Rindu The Series yang dinanti-nantikan dan banyak lagi.
  • Hasil daripada
    penambahbaikan teknologi dan kandungan interaktif pada platform, jumlah masa
    yang diluangkan oleh pengguna dalam aplikasi telah meningkat sebanyak dua kali
    ganda. Pada waktu puncaknya, para pengguna berada dalam aplikasi selama lebih
    dari 2 jam 15 minit, ketika mereka berhibur sambil membeli-belah dan mengambil
    bahagian dalam permainan untuk memenangi hadiah, baucar dan diskaun yang
    menarik.
  • Kolaborasi: 
  • Shopee mengadakan
    konsert pertamanya dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza di Shopee X SIMPLYSITI Mini
    Concert dan bekerjasama dengan selebriti-selebriti untuk inisiatif amal
    pertamanya yang dinamakan #ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge yang telah
    disiarkan di Astro.
  • Shopee juga menikmati
    permulaan yang berjaya berkenaan kerjasama dengan duta jenama Cristiano Ronaldo
    selepas persembahan Shopee Dance ikon bola sepak itu ditonton oleh jutaan orang
    di seluruh dunia.
  • Untuk menyokong usaha
    Kerajaan demi meningkatkan ekonomi digital negara dengan memperkasa usahawan
    tempatan, Shopee bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan
    Hal Ehwal Pengguna untuk mempromosikan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM).
    Sebelum adanya KBBM di Shopee, hanya 196 pesanan dibuat untuk produk Buatan
    Malaysia setiap hari. Angka ini meningkat dengan ketara kepada 845 pesanan
    setiap hari, iaitu kenaikan sebanyak 331%.
  • Untuk membantu
    mendigitalkan kawasan luar bandar Malaysia, Shopee menandatangani Memorandum
    Persefahaman (MoU) dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Perbadanan
    Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk menyampaikan pengetahuan dan kemahiran
    yang diperlukan oleh usahawan luar bandar untuk mengendalikan kedai atas
    talian, serta menyediakan platform untuk memasarkan dan menjual produk mereka.

“Kami
mencatat prestasi cemerlang di semua bahagian perniagaan kami sepanjang tahun,
dengan aktiviti membeli-belah yang mantap pada separuh kedua tahun lepas. Ini
disokong oleh festival membeli-belah utama seperti 9.9, 11.11 dan 12.12. Jumlah
dagangan kami semakin meningkat dari kempen ke kempen. Oleh itu, pelantikan
Ninja Van adalah penting agar kami dapat memastikan pengguna kami menerima
barangan mereka tepat pada masanya,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan
Serantau Shopee
.

Mengulas tentang lanskap industri, Ho menambah bahawa terdapat lebih banyak lagi potensi bagi industri e-dagang di Malaysia untuk berkembang. “Memandangkan sumbangan e-dagang kepada jumlah runcit masih di bawah 3%, dan sememangnya berada pada peringkat permulaan, terdapat lebih banyak kerja yang perlu dilakukan. Kami kekal komited untuk pasaran ini dan menjangkakan tahun 2020 menjadi satu lagi tahun yang menarik apabila kami membuka lebih banyak peluang dan mengenal pasti perkongsian kukuh yang akan memberi manfaat kepada peruncit, pengguna dan ekonomi.”

Untuk menikmati Jualan CNY Shopee, layari http://shopee.com.my/cny-sale

Mengenai Shopee

Shopee, sebuah syarikat Sea, mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Sea merupakan peneraju dalam industri hiburan digital, eDagang dan perkhidmatan kewangan digital di rantau Asia Tenggara dan Taiwan. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi dan telah disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) dengan simbol SE.



Source link