Uncategorized

Definisi Dan Fungsi Bank di Malaysia


Mana tempat untuk kita simpan duit, kalau bukan di bank? Apa sahaja perkara yang berkaitan dengan duit, mesti ada kena-mengena juga dengan bank. Gaji masuk pun ke dalam akaun bank kita setiap bulan.

Umumnya, ramai yang tahu bank dikaitkan dengan tempat simpanan duit dan tempat untuk kita keluarkan duit, namun banyak lagi fungsi bank yang ramai tak tahu.

Ketahui Maksud Dan
Definisi Bank

Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka (Edisi Keempat), Bank
bermaksud sebuah institusi yang menawarkan khidmat kewangan seperti jagaan
wang, pertukaran mata wang, pemberian pinjaman dan juga terimaan bil pertukaran. 

Secara umumnya, banyak peranan bank kepada masyarakat di mana bank juga merupakan perantaraan bagi masyarakat membuat pembiayaan terhadap pinjaman, menerima gaji dan lain-lain lagi.  Fungsinya juga bergantung kepada jenis bank yang berbeza-beza.

Jenis-Jenis Bank Dan
Sistem Bank

Terdapat 5 jenis bank yang mempunyai
peranannya tersendiri dan sistem bank yang melancarkan perjalanan operasi
setiap bank tersebut. 2 sistem bank tersebut adalah konvensional dan Islamik.

  1. Bank Pusat
  2. Bank Perdagangan dan Bank Islam
  3. Bank Saudagar
  4. Bank Badan Berkanun
  5. Bank Koperasi

Sekarang kita dah tahu jenis-jenis bank yang ada, apa pula fungsi yang mereka jalankan?

Fungsi Bank Di Malaysia

1. Fungsi Bank Pusat

Bank pusat negara kita iaitu Bank Negara Malaysia adalah jurubank kerajaan dan bertindak sebagai pengawal wang negara Malaysia. Bank pusat juga membantu melaksanakan dasar kewangan kerajaan.

  • Mengawal
    mata wang negara
  • Mengawal
    kiriman wang ke luar negara
  • Mengawal
    tahap kredit
  • Menetapkan
    nisbah rizab / aset tunai

2.  Fungsi Bank Perdagangan

  • Menerima
    simpanan – Akaun simpanan / tetap / semasa
  • Menawarkan
    kemudahan pembiayaan – pinjaman / overdraf
  • Menawarkan
    kemudahan pembayaran – pindahan kredit / arahan tetap
  • Menawarkan perkhidmatan lain – kad
    kredit / peti simpanan selamat

3. 
Fungsi Bank Saudagar

  • Menawarkan
    pinjaman
  • Menerima
    simpanan dari syarikat besar
  • Mengurus
    pelaburan syarikat berhad
  • Memberi
    khidmat nasihat korporat
  • Tanggung jamin terbitan syer

4.  Fungsi Bank Badan Berkanun

1. Bank Simpanan Nasional

  • Menawarkan pinjaman pembiayaan rumah / kereta
  • Menawarkan simpanan akaun simpanan / tetap
  • Tawaran Kad kredit: kad visa klasik, kad visa emas
  • Perkhidmatan perbankan Islam (akaun simpanan wadiah)

2. Bank Pembangunan Dan Infrastruktur Malaysia Berhad

  • Membiayai
    aset tetap untuk bangunan dan tanah
  • Membiayai
    modal kerja (beli stok niaga)
  • Menyediakan
    skim kilang bimbingan (modal/nasihat)
  • Menyediakan
    tabung usahawan baru
  • Menyediakan modal asas Industri Kecil dan
    Sederhana (IKS)

3. Bank Pertanian Malaysia

  • Menawarkan
    pinjaman (tanah/mesin)
  • Menawarkan
    simpanan (akaun tetap/simpanan)
  • Menawarkan
    kemudahan sewa jentera
  • Menganjurkan kursus/latihan kepada
    usahawan bumiputera

5.  Fungsi Bank Koperasi

  • Menerima
    simpanan
  • Memberi
    pinjaman
  • Menawarkan urusan perbankan Islam

Kemudahan pinjaman yang ditawarkan oleh bank berkaitan termasuklah pinjaman, simpanan, overdraf, saham, buka akaun, pindahan kredit dan lain-lain lagi. Peranan yang dimainkan oleh pihak bank adalah untuk memudahkan dan melancarkan urusan kewangan kita seharian.

Sumber RujukanBunga2Kuntum

Komen

komen





Source link