Artikel Terkini

Defisit belanjawan Itali mungkin meningkat – PM



ROM: Defisit belanjawan Itali diunjurkan mencapai 10.4 peratus daripada keluaran domestik tahun ini.

Ia dianggarkan meningkat ketika negara itu sedang berusaha melonjakkan kembali ekonomi.

Perdana Menteri, Giuseppe Conte berkata pembukaan semula ekonomi tidak boleh ditangguhkan.

Ini bagi mengelakkan pemberhentian kerja dan membantu sektor yang terjejas teruk.

Katanya, kerajaan akan mengemukakan rancangan komprehensif untuk mengembalikan ekonomi setelah krisis COVID-19.

Conte berkata, kerajaan khuatir akan perbelanjaan pengguna yang lemah.

Ia kini mempertimbangkan pengurangan cukai jualan, namun belum ada keputusan yang diambil.





Source link

Related Posts