Artikel Terkini

Dekor Kediaman Konsep “Modern Scandinavian” Dari Perabot Online Dan Barang Bajet


Terbaca satu posting di group to Kelab Kaki Deco Kaison, Ikea, Romantika, Eco dan Mr DIY milik Hns Frnh . Informasi yang dikongsikan seakan kita berada di luar negara saat melihat setiap gambar dekorasi kediaman yang dikongsikan.

Rupanya, kediaman ini terletak di Putrajaya dan merupakan sebuah kuartes kerajaan. Kediaman yang menjadi syurga buat pemilik seisi keluarga telah berusia lebih kurang 3 tahun ini mengetengahkan konsep moden scandinavian. namun menariknya, kebanyakan perabot dan perhiasan yang dibeli adalah barang-barang dari kedai murah dan ada juga secara online.

Saya suka perabot berasaskan oak sebab warna dan texture timeless, design yang boleh tahan lama.

Rumah kuarters saja tapi walaupun bukan rumah sendiri, kena sentiasa sayang kediaman kita, tempat Tuhan turunkan rahmat juga perlindungan.

Kebanyakan perabot dan perhiasan dari Shopee, Lazada, Romantika, Mr Diy, Eco, Kaison & Ikea. Mix and match tak semestinya kena berhabis duit baru dapat rumah yang sedap mata memandang

Tips pemilihan barang tak semestinya untuk nampak cantik perlu keluarkan kos yang besar. Kebanyakan aplikasi online menyediakan banyak pilihan seller dengan pelbagai jenis design perabot pada harga yang mampu milik. Dari segi aksesori saya mix and match mana yang termampu saja dari Mr Diy, Kaison, Ikea, Eco Shop, Romantika. Banyak pilihan dan mampu dimiliki oleh semua golongan.

Saya share link pembelian di bawah ye.

Cabinet 4 pintu : Lazada RM219 https://s.lazada.com.my/s.0TJb5

Cabinet 3 pintu, Swing Chair, Carpet Meja Makan : Boleh deal dengan mak kutu de vass Ekin Baharom

Cabinet TV : Lazada RM238 https://s.lazada.com.my/s.0TIpQ

Meja Makan 6 Seater : Lazada RM1190 https://s.lazada.com.my/s.0TIox

 

Coffee Table : Ikea RM99 (model LACK colour Oak)

Sarung Cushions : Kaison & Mr Diy RM10 – RM20

Sofa Grey : Joy Design RM2699 www.joyd.my

Sofa Kayu Grey : Mak bagi beli kedai perabot biasa

Frames : Kaison RM13 – RM40

Garden Set Table + Chair : Ikea RM180 (model Tarno)

Lampu Meja Makan : Shopee RM72
https://shopee.com.my/product/41010146/1581818413?smtt=0.0.9

Lampu Spider : Shopee RM40
https://shopee.com.my/product/16228209/373610515?smtt=0.0.9

Langsir Tropical : Shopee RM37.59
https://shopee.com.my/product/68987028/1396584871?smtt=0.0.9
(Jenis Voile – Hook ukuran W200, H250)

Carpet Hampen Ikea Hijau & Grey : As is/ 2nd hand. Boleh join group As Is Ikea & Preloved

Lastly photo editing apps : Lightroom

P/S : Harga yang dinyatakan mungkin berlainan dari harga sewaktu saya beli dulu dengan semasa.



Source link