Artikel Terkini

Dinding Baru Cat Dah Ada Kulapuk Putih, Hilangkan Dengan Cuka


Dinding baru cat seminggu dah mula berkulapuk. Cat yang terjejas di kawasan ruang tamu pula tu. Memang sakit lah mata. Banyak penyebab atau punca berlakunya keadaan berikut antaranya:

DINDING LEMBAP
Jika berlaku kebocoran sistem paip di dalam dinding, ia jelas kelihatan dan kulat yang tumbuh adalah jenis kulat hijau atau hitam jika dibiarkan tanpa dibaiki. Namun, kulapuk putih akan hadir pada bahagian dinding yang mempunyai kelambapan berkala seperti tempias air hujan walaupun dari luar kediaman.

CAT SALAH
Faktor lain adalah penggunaan cat yang mempunyai kandungan kapur yang tinggi. Periksa label kandungan cat sebelum membeli, sebaiknya elak menggunakan cat yang mempunyai kandungan kapur.

Pakar tile & cat rumah berkongsi cara mudah untuk menghilangkan kulapuk putih pada dinding dengan menggunakan bahan dapur


Bahan-bahan:
300 ml cuka putih
200 ml air
5 titik essential oil


Langkah-langkahnya:

1) Okay first sekali, Anda perlu buang kulat tersebut dengan menggunakan span ataupun berus yang telah direndam di dalam cuka putih.

2) buat dengan berhati-hati sehingga kesan kulat di dinding itu hilang sepenuhnya.

3) Setelah itu bancuhkan cuka putih, air dan essential oil dan dituang ke dalam bekas penyembur.

4) Terus sembur pada bahagian dinding yang ditumbuhi kulat dan biarkan untuk beberapa jam.

5) Lap dengan kain lembut. Ulang lagi dan jangan biar dinding kering dengan sendiri. Dan tidak perlu dibilas.

Tip tambahan:

Pastikan anda cek bahagian ventilasi udara di ruang kediaman yang menyebabkan dinding berkulat dan jangan lupa kerap membuat pemeriksaan pada bahagian-bahagian yang terdapat kebocoran untuk mengelakkan masalah ini dari terjadi sekali lagi.



Source link