Uncategorized

Dwi @ Rimbun Kasia – Kenapa menyewa, padahal anda boleh beli sebiji rumah?

Dwi @ Rimbun Kasia - Kenapa menyewa, padahal anda boleh beli sebiji rumah? 1


Dengan harga kediaman yang semakin mahal di kawasan Pusat Bandaraya, ramai mula mencari rumah di luar kawasan ini.

Secara ringkasnya, Tok boleh katakan idea ini berbaloi.

GH Masterclass

Bayangkan. Pada harga yang lebih murah, korang boleh menetap di sebuah kondominum yang setaraf dengan apa yang ditawarkan di Pusat Bandar.

Tak cukup dengan itu, mata korang juga disajikan dengan pemandang yang indah belaka. Suasana nyaman menjadi santapan ruji setiap hari buat korang sekeluarga.

Menarik, bukan? Buat yang nak tahu lebih lanjut, jemput baca perkongsian Tok tentang projek ini.

Dwi @ Rimbun Kasia - Kenapa menyewa, padahal anda boleh beli sebiji rumah? 2

Projek yang Tok maksudkan ini diberi nama dwi @ Rimbun Kasia.

Projek ini adalah gandingan (joint venture) 2 pemaju hartanah terkenal, Ireka Corp Berhad dan juga Hankyu Hanshin Properties Corp.

Buat yang tak pernah dengar tentang kewujudan syarikat Hankyu Hanshin Properties Corp, mereka adalah anak syarikat Hankyu Hanshin Holdings Inc dengan perniagaan berteraskan hartanah, pengangkutan bandar, hiburan dan komunikasi, pengangkutan antarabangsa dan hotel.

Menurut Ireka Corp Bhd, mereka disenaraikan di seksyen pertama di Bursa Saham Tokyo. Bukan calang-calang syarikat ya.

Baik, berbalik projek hartanah yang Tok nak cerita tadi.

dwi @ Rimbun Kasia ini akan dibina atas tanah berstatus Pegangan Bebas (Freehold) yang meliputi 5 parcel tanah kediaman, dan satu parcel untuk projek komersial.

Keluasan tanah ini adalah sekitar 30.56 ekar yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan. Dengan kediaman dengan pemandangan hijau yang indah, korang dijanjikan kehidupan dengan suasana yang nyaman dan damai di sini.

Dwi @ Rimbun Kasia - Kenapa menyewa, padahal anda boleh beli sebiji rumah? 3

Berkonsepkan daripada negara Eropah, dwi @ Rimbun Kasia akan memfokuskan pembangunan sebanyak 382 unit, dan 203 daripada jumlah ini adalah unit jenis dual-key.

Kediaman setinggi 9 tingkat dan sebanyak 2 blok ini akan mempunyai unit dengan keluasan 645 sehingga 935 kaki persegi, dengan harga permulaan serendah RM330,000. Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2022.

Dengan pembinaan kediaman di bawah 500 unit, boleh kata dwi @ Rimbun Kasia adalah kediaman dalam kategori berkepadatan rendah (low-density).

Dengan kata lain, korang takkan semak dengan jumlah penduduk yang ramai dalam kawasan kediaman ini.

Setiap pembelian unit di dwi @ Rimbun Kasia juga akan diberikan minimum 1 lot tempat letak kereta untuk kemudahan korang.

Di dwi @ Rimbun Kasia, ada 4 jenis unit kediaman yang korang boleh pilih. Antara unit yang ditawarkan seperti berikut:

Jenis A1 (Jenis Dual-Key, 645 kaki persegi)

Dwi @ Rimbun Kasia - Kenapa menyewa, padahal anda boleh beli sebiji rumah? 4

Jenis A2 (Jenis unit tipikal, 645 kaki persegi)

Dwi @ Rimbun Kasia - Kenapa menyewa, padahal anda boleh beli sebiji rumah? 5

Jenis B (Jenis Dual-Key, 885 kaki persegi)

Dwi @ Rimbun Kasia - Kenapa menyewa, padahal anda boleh beli sebiji rumah? 6

Jenis C (Jenis unit tipikal, 935 kaki persegi)

Dwi @ Rimbun Kasia - Kenapa menyewa, padahal anda boleh beli sebiji rumah? 7

Dwi @ Rimbun Kasia - Kenapa menyewa, padahal anda boleh beli sebiji rumah? 8

Kalau nak bercerita bab fasiliti, banyak yang ditawarkan di sini.

Secara mudah, Tok boleh cakap kediaman ini lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk kegunaan aktiviti luar buat korang sekeluarga.

Antara yang ditawarkan seperti:

  • Gelanggang bola keranjang,
  • Par course (atau fitness trail),
  • Padang bola,
  • Multipurpose deck,
  • Community terrace (teres komuniti),
  • Picnic terrace (teres berkelah),
  • Trek joging,
  • Trek berbasikal,
  • Kiub mendaki (climbing cube),
  • Floating pavilion,
  • Play equipment,
  • Amphitheater seat,
  • Taman permainan,
  • Kolam lap (lap pool),
  • Pusat asuhan kanak-kanak, dan
  • Gimnasium.

Selain itu jugak, korang jugak tak perlu risau tentang bab keselamatan.

Ini sebab dwi @ Rimbun Kasia adalah kediaman gated and guarded dengan sistem keselamatan litar CCTV tertutup 24 jam untuk memastikan keselamatan penduduk terjaga rapi.

Dwi @ Rimbun Kasia - Kenapa menyewa, padahal anda boleh beli sebiji rumah? 9
Sumber gambar – klia2

Dari dwi @ Rimbun Kasia jugak, korang senang nak ke mana-mana yang korang suka. Korang ada akses ke 5 lebuhraya yang mantap dari sini.

Antara lebuhraya yang korang boleh gunakan seperti:

  • Lebuhraya Utara-Selatan,
  • Lebuhraya ELITE,
  • Lebuhraya MEX,
  • Lebuhraya Tambahan KLIA, dan
  • Lebuhraya LEKAS.

Untuk kemudahan lain juga, disini tersedia kemudahan pengangkutan awam seperti KTM Komuter di Nilai dan Batang Benar yang dekat dengan stesen transit KLIA di Salak Tinggi.

Perjalanan untuk ke sini hanya mengambil masa sekitar 20 minit sahaja.

Kalau nak naik bas ekspres, terdapat juga terminal bas yang terletak di Pekan Nilai untuk kemudahan korang.

Ada banyak kemudahan lain yang terletak berdekatan dengan dwi @ Rimbun Kasia. Antara yang Tok boleh senaraikan seperti:

A) Tempat perniagaan / pusat membeli-belah

Dwi @ Rimbun Kasia - Kenapa menyewa, padahal anda boleh beli sebiji rumah? 10
Sumber gambar – Twitter
  • AEON Jusco Mall,
  • Uptown Salak Tinggi,
  • TESCO Nilai,
  • Giant Nilai,
  • Mydin,
  • 9 Avenue,
  • KIP Mart & Home Mart,
  • Courts Nilai,
  • Nilai Square,
  • Nilai 3 Wholesale Centre,
  • KL International Outlet,
  • Mitsui Premium Outlet,
  • Gateway @ KLIA2, dan
  • MesaMall.

B) Tempat beriadah

Dwi @ Rimbun Kasia - Kenapa menyewa, padahal anda boleh beli sebiji rumah? 11
Sumber gambar – Golf Savers
  • Taman Tasik Teratai,
  • Nilai Springs Golf & Country Club,
  • Dataran Nilai,
  • Taman Awam Nilai,
  • Taman Rasah Kemayan,
  • Bukit Broga.
  • Hutan Lipur Lenggeng.

C) Sekolah Rendah

  • Nilai International School,
  • SRJK (Cina) Ladang Bukit Kledek,
  • Sekolah Kebangsaan Desa Jasmin,
  • Sekolah Rendah Agama Nurul Huda.

D) Sekolah Menengah

  • Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Cempaka
  • Sekolah Menengah Agama Nilai,
  • SMK Dato’ Mohd Said,
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Nilai Impian,
  • Nilai International School.

E) Institut Pengajian Tinggi

Dwi @ Rimbun Kasia - Kenapa menyewa, padahal anda boleh beli sebiji rumah? 12
Sumber gambar – Nilai International School
  • East College of Technology,
  • UniKL MIAT,
  • Inti Nilai International University,
  • Nilai University,
  • Manipal International University,
  • Universiti Sains Islam Malaysia,
  • Xiamen University (XMU),
  • Epsom College (terletak di Bandar Enstek).

G) Hospital

Dwi @ Rimbun Kasia - Kenapa menyewa, padahal anda boleh beli sebiji rumah? 13
Sumber gambar – iBanding
  • Nilai Medical Centre,
  • Hospital Putrajaya,
  • National Cancer Institute.

Tok akan jelaskan dalam bahasa mudah untuk memantapkan pemahaman korang.

Unit Dual-Key adalah konsep kediaman, dimana pemilik rumah mempunyai 2 ruang kediaman yang berkongsi ruang legar (foyer) dan alamat yang sama.

Ruang kediaman yang besar biasanya akan didiami oleh pemilik rumah, manakala unit yang lebih kecil boleh disewakan kepada orang lain.

Berikut adalah contoh layout untuk sebuah unit dual-key:

Dwi @ Rimbun Kasia - Kenapa menyewa, padahal anda boleh beli sebiji rumah? 14
Sumber gambar – Malaysia Real Estate Blog – Jeffery Lam

Antara kelebihan bila korang beli unit seperti ini adalah:

#1: Unit Dual-Key sesuai untuk duduk bersama orang tua anda

Korang boleh tinggal bersama dengan orang tua, tapi masih dapat mengekalkan privasi.

Korang masih boleh tinggal sekeluarga dalam satu bumbung, dan unit dual-key adalah amat sesuai untuk keadaan ini.

#2: Unit Dual-Key sesuai untuk kaki travel

Pada masa sekarang, ada banyak orang yang bekerja sebagai pramugari (atau pramugara) yang tak banyak luangkan masa di rumah. Tapi mereka masih mahu ada sebuah rumah sebagai tempat berteduh.

Korang boleh dapatkan pulangan sewa dengan menyewakan unit yang lebih kecil atau besar (bergantung kepada objektif korang).

#3: Unit Dual-key sesuai untuk jana pulangan sewa

Ini boleh jadi idea yang bernas untuk kurangkan beban membayar ansuran bulanan kepada bank.

Unit yang lebih kecil, boleh disewakan kepada penyewa yang berminat.

Dalam kawasan yang ada permintaan sewa yang baik, silap-silap korang boleh dapatkan pulangan lebih 10% (atau mungkin lebih lagi).

Ada ke permintaan sewa yang baik di Nilai?

Ini pendapat personal Tok.

Memandangkan Nilai dekat dengan kawasan seperti KLIA dan Putrajaya, permintaan sewa di kawasan ini dijangka akan menjadi lebih baik pada masa akan datang.

Jadi, korang boleh kaji mana-mana produk kediaman yang mempunyai ciri-ciri (unit dual-key) seperti yang Tok jelaskan sebelum ini dalam kawasan Nilai.

Pada pendapat personal Tok, dwi @ Rimbun Kasia adalah sebuah projek kediaman yang cukup mantap dari pelbagai sudut.

Pendek cerita, tak rugi untuk berikan perhatian kepada projek ini. Projek ini sesuai untuk korang yang ingin membeli untuk kegunaan sendiri ataupun untuk tujuan pelaburan.

Alang-alang korang dah baca sampai sini, Tok nak umumkan lagi satu berita baik.

Tok nak jemput korang datang ke sesi Sembang Hartanah bersama Tuan Faizul Ridzuan, Ketua Pegawai Eksekutif FAR Capital dan juga GilaHartanah.com. Sesi sembang hartanah ini merupakan anjuran Ireka Group, dan confirm 100% PERCUMA!

Cuma, korang kena daftar cepat-cepat sebab TEMPAT DUDUK ADALAH SANGAT TERHAD. Siapa cepat, dia dapat belajar percuma.

Tunggu apa lagi? Jemput daftar sekarang dengan klik link di bawah ini:

KLIK SINI DAN TEMPAT DUDUK ANDA SEKARANG



Source link