Uncategorized

Ekonomi Malaysia Berkembang 4.9% Bagi Suku Kedua (April-Jun) 2019

Ekonomi Malaysia Berkembang 4.9% Bagi Suku Kedua (April-Jun) 2019 1


KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan lebih kukuh 4.9 peratus pada suku kedua 2019 meskipun berdepan persekitaran mencabar.

Pada suku pertama 2019, ekonomi negara berkembang 4.5 peratus, sekali gus menjadikan pertumbuhan ekonomi 4.7 peratus pada separuh pertama tahun.

Gabenor Bank Negara Malaysia,  Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, berkata pertumbuhan kukuh itu disokong oleh pengembangan berterusan semua sektor ekonomi.

Beliau berkata, pemulihan gangguan bekalan komoditi dan kemajuan prestasi dalam sektor perkilangan dan pembinaan menyokong pertumbuhan.

Katanya, perbelanjaan swasta yang berterusan kekal menjadi pemacu utama pertumbuhan.

“Secara keseluruhan, ekonomi Malaysia dijangka berkembang antara 4.3 hingga 4.8 peratus tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengumumkan prestasi ekonomi Malaysia suku kedua 2019 di sini hari ini. 

Nor Shamsiah berkata, pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka akan terus disokong oleh aktiviti sektor swasta.

Namun, katanya sektor luaran dijangka terus menerima kesan daripada pertumbuhan global yang lebih perlahan susulan ketegangan perdagangan yang masih berlarutan. 

Sumber: BH Online

FBM KLCI Turun 4.13% Bagi Tahun 2019

Ekonomi Malaysia Berkembang 4.9% Bagi Suku Kedua (April-Jun) 2019 2

Sumber: Trading View

Walaupun petanda ekonomi menunjukkan peningkatan, indeks FBM KLCI mencatatkan penurunan. Puncanya adalah penjualan dana asing saham tempatan di Bursa Malaysia yang kelihatan tiada hentinya.

Angka ini meningkat kepada RM1.04 bilion minggu lalu, berbanding RM601.2 juta minggu sebelumnya, demikian menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd Research.

Negara memerlukan catalyst yang dapat menarik kembali jerung-jerung asing untuk kembali melabur ke dalam negara. Mampukan kita melakukan sesuatu? Sama-sama kita nantikan.

Ekonomi Malaysia Berkembang 4.9% Bagi Suku Kedua (April-Jun) 2019 3

Ekonomi Malaysia Berkembang 4.9% Bagi Suku Kedua (April-Jun) 2019 4

Komen

komen





Source link