Uncategorized

Eksport Mei meningkat namun Malaysia kekal dalam risiko menurun



KUALA LUMPUR: Walaupun momentum pertumbuhan eksport yang dicatatkan oleh Malaysia pada Mei, risiko penurunan masih kekal, menurut Affin Hwang Capital.

Dalam nota penyelidikannya hari ini, ia berkata eksport Malaysia sebahagian besarnya dipengaruhi oleh faktor luaran, ekoran ketidaktentuan dalam perdagangan dua hala antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

“Kami mengekalkan unjuran ke atas eksport kasar dan import, masing-masing pada dua peratus dan 3.4 peratus pada 2019, dengan lebihan dagangan sebanyak RM110.0 bilion, merosot sedikit daripada RM120.3 bilion yang direkodkan pada 2018.

“Risiko penurunan kekal, jika rundingan perdagangan gagal lagi,” katanya.

Walaupun AS dan China mengumumkan perdamaian an bersetuju untuk meneruskan rundingan, Affin Hwang Capital berkata tarif yang telah ditetapkan sebelum ini, telah melemahkan pertumbuhan eksport serantau akibat beberapa gangguan rantaian bekalan global.

Indeks Pengeluaran Malaysia merosot kepada 47.8 pada Jun daripada 48.8 pada Mei, dan menurut laporan Markit, sektor perkilangan terus berhadapan cabaran ekoran permintaan yang lemah dengan tempahan yang lebih kecil daripada pelanggan antarabangsa, sekali gus menjejaskan jumlah pengeluaran.

Penjualan semikonduktor global merosot 14.6 peratus pada Mei (-13.7 peratus pada April), yang turut memberi kesan kepada eksport produk semikonduktor Malaysia, katanya.

Firma penyelidikan lain juga menyuarakan sentimen yang serupa mengenai momentum pertumbuhan eksport Malaysia pada masa hadapan.

Begitu juga, beliau berkata eksport komoditi menurun pada kadar yang lebih rendah sebanyak 1.3 peratus tahun ini, selepas jatuh 9.5 peratus pada April, ketika berlaku lonjakan ketara dalam penghantaran minyak sawit dan penurunan eksport minyak mentah yang lebih perlahan, namun sebaliknya, penghantaran gas asli cecair (LNG) menyusut.

Dalam nota penyelidikannya, Public Investment Bank berkata Malaysia adalah antara beberapa negara di rantau ini, bersama Vietnam dan China, yang berjaya mengekalkan momentum eksport.

Ia berkata minyak sawit dan minyak berasaskan sawit dan getah asli menyaksikan kemunculan kukuh pada Mei, dengan geath berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan yang positif sejak April.

Minyak sawit mentah pulih pada Mei, pertumbuhan positif pertama dalam tempoh lebih setahun, katanya.

AmBank Group Research pula berkata trajektori perdagangan untuk separuh kedua tahun ini perlu diberikan perhatian.

Pada Mei, eksport meningkat lebih cepat sebanyak 2.5 peratus berbanding 1.1 peratus pada April, manakala import perlahan kepada 1.4 peratus berbanding 4.4 peratus pada April.

Sementara itu, lebihan dagangan merosot kepada RM9.1 bilion pada Mei daripada RM10.9 bilion.

Menurut AmBank Group Researc,h jumlah dagangan terkini menandakan permintaan luar yang kekal lemah, memandangkan eksport sepanjang tahun meningkat sedikit sebanyak 0.2 peratus manakala import kekal negatif pada -0.6 peratus.

“Pada masa ini, kita kekal berhati-hati terhadap perdagangan luar disebabkan oleh penurunan dalam sektor perkilangan global seperti yang ditunjukkan dalam Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan Global (PMI) Jun, yang berkurangan kepada 49.4 mata daripada 49.8 mata pada Mei.

“Selain itu, kaji selidik itu juga menyerlahkan kedudukan operasi yang merosot alam industri barang perantaraan dan pelaburan. Untuk itu kami percaya prestasi eksport akan bekurangan untuk sepanjang 2019 dan menyasarkan pertumbuhan dua peratus pada 2019,” katanya.





Source link

Related Posts