Uncategorized

Empat Tumpuan Utama Pasaran Global Minggu Ini (15–19 Julai 2019)

Empat Tumpuan Utama Pasaran Global Minggu Ini (15–19 Julai 2019) 1


Pelabur meraikan isyarat jelas oleh Pengerusi The Federal Reserve (Fed) tentang pemotongan kadar faedah pada minggu lalu, sekaligus menolak pasaran saham Wall Street ke paras tertinggi. Nasdaq pada Khamis (11/7/2019) ditutup di paras tertinggi yang baru 8202.53 mata dengan S&P 500 melepasi paras 3,000 mata buat pertama kali dalam sejarah.

Tema utama
pasaran pada minggu lalu boleh dikatakan berkisar kepada Pengerusi Fed, Jerome Powell
yang memberi keterangan di hadapan House
of Representative
.
Perkara penting yang ditunggu-tunggu oleh pasaran sudah
tentu kenyataan beliau tentang halatuju dasar monetari bank pusat Amerika
Syarikat itu yang menggambarkan dengan jelas bahawa mereka tidak lagi akan
menaikkan kadar faedah dan lebih cenderung untuk melonggarkan dasar selepas
ini.

Dengan komen yang ‘dovish’
oleh Powell, ia sudah tentu disambut baik oleh pelabur global yang melihat
kredit kekal longgar sekaligus menggalakkan aktiviti pelaburan. Fed dijangka memotong kadar Fed Fund Rate pada mesyuarat Federal Open market Committee (FOMC)
bulan ini yang juga pertama kali sejak lebih dari 10 tahun yang lalu bagi
merancakkan pertumbuhan ekonomi terbesar dunia itu.

Berikut adalah empat tema utama yang bakal menjadi perhatian pelabur global dan tempatan sepanjang minggu ini.

1. Data Pertumbuhan Ekonomi China

Empat Tumpuan Utama Pasaran Global Minggu Ini (15–19 Julai 2019) 2

Data ini dijangka mendominasi pasaran pada awal dagangan hari Isnin selepas ekonomi kedua terbesar dunia, China yang mencatatkan pertumbuhan yang semakin perlahan. Prestasi yang perlahan ini dicatatkan sejak sebelum tercetusnya perang perdagangan lagi dan lebih membimbangkan Presiden Trump telah mensasarkan tarif yang lebih besar terhadap barangan dari China.

Selepas
merekodkan pertumbuhan tahunan 6.4% pada suku pertama 2019, kini pertumbuhan
pada suku kedua dijangka berada di sekitar 6.2%. China juga akan mengeluarkan
data-data perindustrian dan pengeluaran yang dijangka akan mempengaruhi
sentimen global pada minggu ini.

Jika data kali ini menunjukkan tanda yang lebih jelas bahawa ekonomi China semakin perlahan, pastinya pasaran saham global akan terjejas pada hari Isnin (15 Julai 2019), bermula dengan pasaran Asia.

2. Hubungan Perdagangan Amerika Syarikat-China

Empat Tumpuan Utama Pasaran Global Minggu Ini (15–19 Julai 2019) 3

Hubungan perdagangan AS-China akan terus menjadi perhatian pasaran pada minggu ini. Baru-baru ini kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menyambung rundingan selepas ia tertangguh selama dua bulan.

Dalam perkembangan terbaru, China cuba untuk menguatkan kumpulan perunding mereka dengan membawa masuk Menteri Perdagangan, Zhong Shan dalam rundingan dengan Amerika Syarikat. Zhong menyertai perbualan telefon bersama wakil dagangan AS, Robert Lighthizer dan Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin pada hari Selasa.

Walaubagaimanapun, isu baru timbul apabila Presiden Trump mendakwa China tidak menepati janji dalam pembelian produk pertanian dari AS. Hal ini jelas dilihat dalam data yang dikeluarkan pada minggu lalu. Defisit perdagangan di antara AS-China meningkat sebanyak 11%, di mana import China terhadap produk pertanian Amerika Syarikat mencatatkan penurunan.

3. Laporan Pendapatan Wall Street Suku Kedua

Empat Tumpuan Utama Pasaran Global Minggu Ini (15–19 Julai 2019) 4

Di Amerika Syarikat, musim laporan pendapatan suku kedua 2019 dijangka akan menggerakkan pasaran saham Wall Street dengan fokus akan terarah kepada institusi kewangan. Disebabkan ketidaktentuan perang perdagangan, sebahagian besar syarikat dijangka merekodkan prestasi yang kurang memberangsangkan pada suku kedua 2019.

Menurut
FactSet, daripada 114 syarikat yang mengeluarkan panduan tentang pendapatan
kali ini, 77% daripadanya menunjukkan ramalan yang negatif.

Di antara yang menjadi perhatian adalah Citi Group yang akan mengeluarkan laporan pendapatannya pada har Isnin (15 Julai 2019). Goldman Sach dan JP Morgan juga akan melaporkan pendapatan pada minggu ini termasuklah Microsoft, IBM, Philip Morris, United Airlines dan Netflix.

4. Kenyataan Oleh Ahli Federal Reserve

Empat Tumpuan Utama Pasaran Global Minggu Ini (15–19 Julai 2019) 5

Jerome Powell sekali lagi akan berucap di Paris pada hari Selasa (16 Julai 2019). Beliau kemudiannya akan menghadiri perhimpunan menteri kewangan negara G7 untuk bermesyuarat yang mana isu perang perdagangan dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan akan menjadi agenda utama.

Di antara yang akan menjadi perhatian pada minggu ini adalah Presiden Fed cawangan New York John Williams yang akan berucap pada hari Isnin (15 Julai 2019) dan Khamis (18 Julai 2019). Seterusnya adalah ucapan oleh Charlie Evans Presiden Fed cawangan Chicago pada hari Rabu (17 Julai 2019) dan Raphael Bostic pada hari Khamis (18 Julai 2019).

Bukan itu sahaja, data jualan runcit yang bakal dikeluarkan pada hari Selasa (16 Julai 2019) dijangka mencatatkan bacaan lebih rendah pada bulan Jun, begitu juga dengan data pengeluaran industri pada hari yang sama. Data keyakinan pengguna pada hari Jumaat (19 Julai 2019) dan pada hari Rabu (17 Julai 2019) pula, data Beige Book akan dikeluarkan oleh The Fed.

Ditulis oleh Rolandshah Hussin, seorang pelabur runcit dalam pasaran kewangan. Beliau adalah graduan dari Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya dan kini memegang jawatan sebagai penganalisis konten di sebuah syarikat yang berpangkalan di China.

Empat Tumpuan Utama Pasaran Global Minggu Ini (15–19 Julai 2019) 6

Empat Tumpuan Utama Pasaran Global Minggu Ini (15–19 Julai 2019) 7

Komen

komen





Source link