Artikel Terkini

ESBI Cashflow Quadrant: Konsep Kewangan Daripada Robert Kiyosaki


Photo by Peter Broomfield on Unsplash

Tanyalah mana-mana jutawan, semua pasti akan bersetuju dengan konsep kewangan yang dibawa oleh Robert Kiyosaki ini. Penulis yang popular dengan buku ‘Rich Dad Poor Dad’ ini menegaskan bahawa setiap konsep kewangan seseorang menentukan aliran tunai dan keuntungan mereka.

Konsep kewangan ini dikenali sebagai ESBI. ESBI terdiri daripada Employee, Business, Self-Empoyed dan juga Investor.

Ia adalah sebuah sistem pekerjaan dan aliran kewangan yang berbeza bergantung kepada beberapa faktor seperti tempoh masa bekerja, jumlah keuntungan dan banyak lagi. Konsep kewangan ini bukan menunjukkan kita berada di tahap mana semata-mata, tetapi akan menunjukkan perubahan konsep kewangan kita dari masa ke semasa.

Jom kita tengok apa yang dimaksudkan dengan kuadran EBSI ini.

E – Employee Quadrant

Employee quadrant menunjukkan konsep kewangan anda sebagai seorang pekerja yang makan gaji dan menerima gaji daripada majikan setiap bulan. Kita akan terima gaji bulanan, dapat naik pangkat dalam tempoh masa yang panjang tetapi masa bersama keluarga adalah sangat kurang.

Ia seolah-olah kita hidup dalam pekerjaan saja sepanjang hari.

S – Self Employed

Self Employed yang membawa maksud bekerja sendiri menunjukkan masa kita tetap diperlukan untuk menjana pendapatan setiap hari.

Walaupun kita bekerja sendiri, menguruskan kerja dan lain-lain seorang diri, kita tetap akan mengharungi kesibukan sepanjang hari dan memerlukan komitmen yang tinggi.

B – Business

Apabila sudah mempunyai bisnes sendiri dan mampu mengambil pekerja atau kakitangan untuk membantu, masa anda hadkan untuk diri anda adalah kurang berbanding bekerja sendiri dan makan gaji.

Kewangan pula makin bertambah, malah anda boleh kembangkan lagi syarikat anda.

I – Investor

Menjadi investor atau pelabur bukanlah idaman ramai orang sekiranya kita sekarang berada di tahap E – Employee. Apabila kita sudah berniaga dan berbisnes, sedikit demi sedikit kita akan melihat potensi kewangan yang ada pada Investor ini.

Siapa yang tidak mahu mendapatkan pendapatan pasif dengan hanya duduk di rumah atau membuat hal yang lain?

Wang juga akan bertambah tanpa anda sedari. Selepas itu, anda boleh gunakan wang tersebut untuk membina wang lagi dengan cara melabur. Ia juga bermaksud wang bekerja untuk kita.

Memang power sekali kata-kata Warren Buffett yang berbunyi: “If you don’t find a way to make money while you sleep, you will work until you die.” 

Bukan susah nak jadi investor, yang penting kita perlu menimba ilmu terlebih dahulu sebelum nak menceburi dunia pelaburan. Kita juga boleh pilih saham mana yang ingin kita laburkan dan apakah faedah yang bakal kita perolehi.

Sumber Rujukan:

Anda kat mana sekarang ni? Dah bersedia untuk upgrade diri sendiri? Jom kita belajar asas pelaburan menuju ke kuadran I – Investor:



Source link