Uncategorized

Faktor Yang Perlu Dipertimbangkan Buat Pasangan Baru Yang Mahu Memiliki Kediaman Sendiri

Faktor Yang Perlu Dipertimbangkan Buat Pasangan Baru Yang Mahu Memiliki Kediaman Sendiri 1


Adakah anda pasangan yang baru berkahwin atau sedang merancang untuk berkahwin dan masih tercari-cari solusi untuk memiliki kediaman sendiri? Pengalaman serta proses ini boleh menjadi sesuatu yang membebankan. Dengan harga yang diluar kemampuan, ditambah pula komitmen sedia ada, memiliki sebuah rumah ibarat impian yang mustahil untuk direalisasikan. Tetapi tidak dapat dinafikan, kehidupan harmoni sememangnya bermula dari rumah yang bahagia. Selepas penat seharian bekerja, sudah tentu kita mahu pulang ke rumah dengan tenang dan mempunyai kehidupan peribadi dan kerja yang seimbang.

Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli kediaman idaman antaranya termasuklah ;

1. Lokasi yang strategik
Infrastruktur kawasan tempat kediaman yang lengkap termasuk jalinan jalan raya, kemudahan awam duntuk kemudahan pembangunan yang berada dalam kawasan tempat kediaman  ahli keluarga. Pemilihan lokasi adalah penting terutamanya kepada mereka yang berulang-alik ke tempat kerja. Kawasan yang tidak terlalu sesak juga menjadi pilihan utama pembeli.
2. Persekitaran Tempat Kediaman
Keselamatan ahli keluarga patut diberikan keutamaan semasa memilih tempat kediaman, pastikan kawasan yang dipilih adalah aman dan dilengkapi dengan kawalan keselamatan seperti pengawal keselamatan dan sebagainya.
3. Kemudahan yang disediakan
Fikirkan tentang keperluan keluarga anda. Mungkin anda suka beriadah bersama, jadi pastikan kawasan yang dipilih mempunyai taman riadah sesuai untuk seisi keluarga. Kepada pasangan yang muda dan aktif pastikan tempat yang pilih berdekatan dengan gyms, pasaran membeli-belah. Keluarga yang mempunyai kanak-kanak, pastikan kawasan yang dipilih berdekatan dengan sekolah ataupun pusat perawatan seperti klinik.
4. Reputasi Pemaju
Pada masa yang sama, perkara yang kita tidak boleh pandang remeh adalah reputasi pemaju projek perumahan tersebut. Anda perlu mengkaji latar belakang pemaju dan rekod prestasi mereka.

Faktor Yang Perlu Dipertimbangkan Buat Pasangan Baru Yang Mahu Memiliki Kediaman Sendiri 2

Rumah merupakan keperluan bagi semua orang termasuk pasangan baru. Namun, jika ingin member rumah perlu mengambil kira beberapa faktor agar tidak menyesal pada kemudian hari. Kini, EcoWorld telah memperkenalkan satu program Stay2Own dengan konsep diami dan nikmati dahulu sebelum membeli kediaman, tolong anda yang ingin memiliki rumah impian penuh gaya tanpa bebanan yang terlalu tinggi.

Apa itu STAY2OWN?
Stay2Own merupakan skim pemilikan dengan konsep sewa-milik yang membenarkan anda menikmati kediaman di EcoWorld selama 5 (lima) tahun sebelum membuat keputusan untuk membelinya.
Ini bermakna, anda mempunyai tempoh 5 (lima) tahun untuk menikmati segala kemudahan dan fasiliti yang terdapat di dalam kawasan EcoWorld tanpa proses yang rumit dan beban yang keterlaluan.

Faktor Yang Perlu Dipertimbangkan Buat Pasangan Baru Yang Mahu Memiliki Kediaman Sendiri 3

Kelebihan S2O?
1. Bayaran pendahuluan yang rendah – Hanya perlu deposit sewa sebanyak tiga bulan sebagai pendahuluan. Wow!
2. Nikmati sebelum beli – tinggal di rumah impian anda dengan segera dan nikmati gaya hidup yang selesa sehingga lima tahun sebelum membuat keputusan untuk membeli. Tidak perlu tergesa-gesa!
3. Penjimatan dari bayaran sewa – sekurang-kurangnya 30% daripada bayaran sewa anda boleh digunakan untuk membayar sebahagian daripada deposit kediaman tersebut.
4. Harga kediaman kekal – peluang ‘mengunci’ harga pembelian kediaman. Anda boleh memilih untuk teruskan dengan ‘Option to Buy’ antara akhir tahun pertama hingga tahun kelima, memberikan fleksibiliti buat pembeli.

Faktor Yang Perlu Dipertimbangkan Buat Pasangan Baru Yang Mahu Memiliki Kediaman Sendiri 4
Pasti ramai di luar sana baru menyedari lebih indah memiliki sebuah kediaman sendiri dari menyewa seumur hidup. Dengan tawaran sebegini pasti ramai mampu memiliki kediaman idaman mereka. Tunggu apa lagi, kunjungi ruang pameran EcoWorld berhampiran anda atau layari www.ecoworld.my/hope

Komen anda





Source link