Artikel Terkini

‘Fat Finger Syndrome’, Kesilapan Yang Ditakuti Dalam Dunia Saham Dan 5 Peristiwa Yang Pernah Berlaku


Melakukan kesilapan di dalam pelaburan saham merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan terutamanya kepada pelabur yang masih baru dalam pasaran. Kesilapan tersebut merupakan salah satu cara untuk kita belajar yang akan mendewasak kita.

Di antara faktor utama kita melakukan kesilapan tersebut sama ada kita tidak mempunyai ilmu yang cukup di dalam saham atau kita sudah mempunyai ilmu yang mantap tetapi sifat tamak yang menguasai diri kita yang menjadikan kita bertindak mengikut perasaan.

Namun bagaimana sekiranya kesilapan itu berpunca daripada masalah teknikal seperti kesilapan key-in data pembelian atau penjualan saham?

Kesilapan yang berpuca daripada masalah teknikal ini di dalam pasaran saham ini dikenali sebagai fat finger syndrome yang melibatkan trader dari syarikat gergasi.

Fat finger syndrome ini jarang berlaku di pasaran saham tetapi sekali ianya berlaku, memang boleh membawa malapetaka yang besar kepada pasaran pada hari tersebut.

Mari kita lihat senarai fat finger syndrome yang terkenal pernah berlaku di dalam pasaran saham dunia.

Kesilapan yang berlaku terhadap sebuah syarikat konglomerat di Singapura pada tahun lepas yang menyebabkan pasaran saham Singapura terganggu. Kesan daripada kesilapan teknikal ini telah menyebabkan nilai saham syarikat ini susut sebanyak $55.6 bilion.

Kesilapan ini berlaku ketika pre-market trading dan kembali kepada keadaan seperti sedia kala apabila pasaran membuat pembetulan dalam tempoh yang singkat.

Kesilapan yang berlaku pada tahun 2018 ini adalah disebabkan pekerja syarikat tersebut di bahagian finance yang melakukan kesilapan dengan memberi saham penghargaan (biasa dilakukan oleh mana-mana syarikat gergasi dunia kepada pekerja cemerlang mereka) dengan jumlah yang terlalu besar kepada pekerja mereka.

Saham yang diberikan itu adalah 30 kali ganda melebihi share outstanding Samsung di pasaran. Menyedari kesilapan yang berlaku itu, Samsung mengambil tindakan pantas dengan membatalkan pemilikan saham tersebut kepada para pekerja yang terlibat.

Kesilapan yang dilakukan oleh Mizuho apabila syarikat tersebut telah menjual saham mereka sebanyak 610,000 unit dengan harga 1 Yen seunit yang mana sepatutnya mereka perlu menjual saham syarikat mereka dengan harga 1 unit dengan harga 610,000 Yen.

Ini telah menyebabkan mereka telah mengalami kerugian sebanyak $345 juta dalam pasaran saham Jepun.

Peristiwa ini yang berlaku pada tahun 2014 apabila syarikat broker di Jepun telah melakukan kesilapan dengan memasukan jumlah saham pembelian yang sangat besar terhadap syarikat blue chip di Jepun termasuklah Toyota, Honda dan Nomura Holdings.

Kesilapan key-in data tersebut telah menyebabkan mereka membeli separuh saham Toyota. Jumlah kesilapan yang berlaku itu berjumlah $617 bilion. Walaubagaimanapun, kerajaan Jepun sempat bertindak pantas dengan membetulkan pasaran saham negara mereka.

Kesilapan yang dilakukan oleh seorang trader kepada pengerusi syarikat TCL Technology Group, Li Dongsheng yang telah menjual semua pegangan saham miliknya sebanyak 5 juta unit. Walaubagaimanapun, Li Dongsheng membeli kembali saham tersebut dalam tempoh dua jam kemudian.

Kesilapan ini yang berlaku pada awal bulan ini dan Li Dongsheng telah memohon maaf kepada pemegang saham syarikat tersebut.

Sumber Rujukan: https://economictimes.indiatimes.com/markets/stocks/news/oops-a-brief-history-of-some-of-the-markets-worst-fat-fingers/fat-fingers-fiasco/slideshow/67683873.cms

Iklan


Iklan



Source link