Uncategorized

Ferrero Bakal Peroleh Perniagaan Biskut dan Snek Buah-buahan Kellogg Company

Ferrero Bakal Peroleh Perniagaan Biskut dan Snek Buah-buahan Kellogg Company 1


LUXEMBOURG, 3 April 2019 /PRNewswire/ — Ferrero Group dan syarikat-syarikat berkaitan dengannya (“Ferrero”), kumpulan konfeksi bertaraf global, hari ini mengumumkan satu perjanjian muktamad yang menurutnya ia akan memperoleh perniagaan biskut, snek buah-buahan dan berperisa buah, kon ais krim dan kerak pai daripada Kellogg Company pada nilai $1.3bilion (atau EUR1.16 bilion mengikut kadar tukaran semasa). Perniagaan-perniagaan ini menjana jualan kira-kira sebanyak $900 juta pada tahun 2018.

Ferrero akan memperoleh portfolio kukuh dengan jenama-jenama kegemaran dalam kategori biskut, termasuk jenama biskut ikonik Keebler®, biskut Famous Amos® segera yang paling laris terjual, jenama biskut keluarga premium Mother’s® dan biskut tanpa gula Murray®, selain pembekal biskut untuk Pengakap Perempuan, Little Brownie Bakers®. Ferrero akan turut memperoleh perniagaan snek buah-buahan Kellogg termasuk Stretch Island® dan Fruity Snacks berserta produk kon ais krim dan kerak pai Keebler®.

Sejak tahun 2017, Ferrero memperoleh beberapa jenama dan perniagaan A.S. dan menerusi transaksi ini, Ferrero akan memasuki kategori-kategori produk strategik baharu dan akan terus memperkukuh kedudukannya dalam pasaran Amerika Utara.

Ferrero akan turut memperoleh enam kemudahan pembuatan makanan milik A.S. daripada Kellogg yang terletak di seluruh negara di Allyn, WashingtonAugusta, GeorgiaFlorence dan Louisville Kentucky, serta dua buah kilang di Chicago, Illinois; selain kemudahan pembuatan yang dipajak di Baltimore, Maryland.

“Perniagaan biskut, snek buah-buahan, kon ais krim dan kerak pai Kellogg Company merupakan padanan strategik yang cemerlang untuk Ferrero tatkala kami terus meningkatkan jejak keseluruhan dan tawaran produk kami dalam pasaran Amerika Utara,” kata Giovanni Ferrero, Pengerusi Eksekutif Ferrero Group. “Menerusi transaksi ini, saya berharap dapat membawa banyak jenama Kellogg yang ikonik ke dalam portfolio Ferrero, untuk mengalu-alukan rakan sejawat baharu ke dalam komuniti Ferrero yang diperluas dan untuk meneruskan rekod prestasi kukuh Ferrero terhadap jenama-jenama yang semakin berkembang, sebagaimana yang telah kami lakukan melalui pemerolehan yang membuahkan hasil untuk Fannie May, Ferrara Candy Company dan perniagaan konfeksi A.S. Nestle terdahulu. Kami amat mengagumi Kellogg, legasi dan nilai-nilainya dan kami berbangga kerana Kellogg memilih Ferrero sebagai pusat yang baik untuk perniagaan-perniagaan ini.”

Lapo Civiletti, Ketua Pegawai Eksekutif Ferrero Group, berkata, “Kami memperoleh portfolio yang terdiri daripada jenama-jenama yang begitu mantap yang disukai oleh pengguna, dengan kedudukan pasaran yang amat kukuh merentas kategori masing-masing, lalu membolehkan kami mempelbagaikan portfolio kami dengan ketara serta memanfaatkan peluang-peluang pertumbuhan baharu yang menarik dalam pasaran biskut yang terbesar di dunia.”

Todd Siwak, Ketua Pegawai Eksekutif Ferrara Candy Company, mengulas, “Pemerolehan ini membawakan peluang menarik untuk memajukan objektif-objektif pertumbuhan strategik kami dan kami berharap dapat berkongsi rancangan perniagaan kami bersama pelanggan, pembekal dan rakan kongsi lain kami pada minggu-minggu dan bulan-bulan akan datang serta mengalu-alukan rakan sejawat baharu kami daripada Kellogg.”

Transaksi ini, tertakluk kepada syarat-syarat penutupan biasa dan kelulusan kawal selia, dijangka selesai pada separuh kedua tahun ini.

JP Morgan Securities plc dan Davis Polk & Wardwell LLP bertindak sebagai penasihat kepada Ferrero.

Latar Belakang Ferrero

Ditubuhkan sebagai sebuah perniagaan keluarga di Alba, Itali pada tahun 1946, Ferrero ialah syarikat yang ketiga terbesar dalam pasaran konfeksi coklat global, dengan jualan global mencecah lebih $12 bilion, diedarkan merentas lebih 170 negara serta mempunyai tenaga kerja melibatkan lebih 30,000 kakitangan di 55 negara.

Ferrero menembusi A.S. pada tahun 1969 menerusi gula-gula pudina untuk nafas Tic Tac® dan turut dikenali kerana membawakan keluarga-keluarga A.S. dengan keriangan sederhana melalui produk-produk berkualiti termasuk coklat kacang hazel halus FERRERO ROCHER®, NUTELLA® The Original Hazelnut Spread®, KINDER JOY® dan coklat FANNIE MAY. Untuk maklumat lanjut, ikuti kami di @FerreroUSA.

Latar Belakang Ferrara Candy Company

Ferrara Candy Company, sebuah syarikat berkaitan dengan The Ferrero Group, ialah peneraju industri bagi konfeksi A.S. dan salah sebuah syarikat konfeksi yang paling pantas berkembang di negara tersebut. Pasukan bersemangat yang terdiri daripada lebih 4,000 kakitangan bekerjasama untuk berkongsi kegembiraan dalam setiap gigitan melalui jenama-jenama utama yang membentuk pasaran konfeksi selama lebih 100 tahun. Portfolio pelbagai kami melibatkan hampir 35 jenama termasuk SweeTARTS®, Trolli®, Brach’s®, Black Forest®, Butterfinger®, CRUNCH®, Laffy Taffy® dan NERDS®, berserta jenama-jenama kegemaran ikonik seperti Lemonhead®, Red Hots® dan Now and Later®. Beribu pejabat di Chicago, syarikat mempunyai jaringan operasi pembuatan, pengedaran dan kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di seluruh Amerika Utara. Ketahui lebih lanjut di www.ferrarausa.com.

Sumber: Ferrero

Ferrero Bakal Peroleh Perniagaan Biskut dan Snek Buah-buahan Kellogg Company 2

Komen

komen





Source link