Uncategorized

Fiesta belon udara panas Putrajaya kembali lagi!

Fiesta belon udara panas Putrajaya kembali lagi! 1


PUTRAJAYA: Musim cuti sekolah kembali lagi!

Tidak tahu bagaimana untuk meluangkan masa cuti sekolah? Jangan risau, Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa 2019 kembali sekali lagi pada musim cuti sekolah ini dan acara ini berlangsung selama empat hari bermula hari ini sehingga 31 Mac.

Sebanyak 20 rekaan belon udara panas yang berbeza dan unik seperti rekaan badut, robot, gajah dan lain lagi akan dipamerkan dalam fiesta kali ini!

Belon-belon udara panas yang dipamerkan bukan sahaja dari Malaysia, malah dari negara-negara lain juga seperti Jepun, Australia, Brazil dan banyak lagi.

belon udara panas negara Slovakia

belon udara panas daripada negara Jepun

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AKA Balloon Sdn Bhd, Izzati Khairuddin, apa yang menarik pada penganjuran fiesta tahun ini ialah pihaknya mendapat penyertaan daripada sebanyak 14 buah negara.

“Tahun ini kami ada lebih banyak belon istimewa, selalunya kami ada dalam empat atau lima belon sahaja tetapi tahun ini kami ada tujuh belon daripada pelbagai negara. Sejumlah 14 negara telah menyertai acara kita pada tahun ini,” katanya.

Selain daripada menaiki belon udara panas, pengunjung juga boleh berehat di kawasan trak makanan serta menyertai aktiviti-aktiviti yang ditempatkan dalam zon-zon yang berbeza.

Di samping itu, pada Sabtu dan Ahad ini, acara Night Glow akan diadakan di mana belon udara panas itu akan menyala mengikut irama muzik berserta dengan pertunjukan bunga api pada waktu malam.

Fiesta ini diadakan selama empat hari sementara musim cuti sekolah di Presint 2, Putrajaya.





Source link