Artikel Terkini

Gabungan Ubat Batuk Dan Susu Boleh Jadi Racun? Sejauh Mana Kebenarannya?


Pasti sudah ramai yang perdah mendengan tentang bahayanya campuran ubat batuk dengan susu lebih-lebih lagi apabila terdapat kes kanak-kanak yang telah menjadi ‘mangsa’ dua cecair tersebut. Tapi adakah fakta in be narataupun hanya mitos semata-mata?
Mari ikuti perkongsian dari Pusat Racun Negara dengan lebih terperinci.

UBAT BATUK CAMPUR SUSU MENJADI RACUN?

Sebenarnya tiada kajian yang menunjukkan campuran ubat batuk ke dalam susu boleh bertukar menjadi racun. Kita juga tidak tahu sama ada kes yang tular ini benar atau tidak. Jika ia adalah benar, tidak dinyatakan umur kanak-kanak yang terlibat dan dos ubat batuk atau ubat selsema yang dicampurkan ke dalam susu tersebut.

Terdapat banyak jenis ubat batuk atau ubat selsema yang berada di pasaran, sama ada didapati di klinik-klinik atau di kedai farmasi. Tetapi jenis ubat batuk atau ubat selsema yang paling biasa adalah daripada kumpulan ubat yang dipanggil ‘antihistamines’. Ubat jenis antihistamine tidak dibenarkan diberi kepada kanak-kanak di bawah umur 2 tahun di Malaysia, sesetengah negara lain pula menyekat pemberian ubat ini kepada kanak-kanak di bawah umur 4 tahun, ada juga di bawah umur 6 tahun (USFDA).

Kenapa?

Ubat antihistamine telah dilaporkan boleh menyebabkan kesan TEKANAN PERNAFASAN (respiratory depression) jika diberi kepada kanak-kanak dan boleh membawa maut. Maka dalam kes yang tular ini, tidak kira sama ada dicampurkan ke dalam susu atau minuman apa sekali pun, ubat batuk atau ubat selsema tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak di bawah 2 tahun atau diberikan dengan dos yang berlebihan kepada kanak-kanak lebih 2 tahun.

Benarkah susu meneutralkan ubat?

Jika ingin dibincangkan mengenai interaksi antara ubat dan makanan mungkin konteksnya terlalu luas. Bertumpu kepada susu, memang ada sesetengah ubat dan antibiotik menjadi kurang berkesan jika diberikan bersama-sama susu, contohnya antibiotik ciprofloxacin, doxycyline dan tetracycline kerana kandungan kalsium di dalam susu. Adalah TIDAK BENAR beranggapan SUSU MENEUTRALKAN SEMUA JENIS UBAT.



Source link