Artikel Terkini

Guna Cara Ini Untuk Jadikan Dapur Bosan Nampak Unik


Dapur, ada apa dengannya? Semua orang kini memiliki dapur yang dibentuk hampir menyerupai di antara satu dengan lain. Cuma ikut tema dan warna sebab segalanya dah dibuat mengikut standart pembuatan sedia ada. Jadi apakah yang menjadikan dapur kita berbeza dari yang lain?

Mungkin ramai tidak perasan, jubin antara dua bahagian kabinet kii merupakan antara material yang sangat popular di kalangan pemilik kediaman yang jiwanya artistik. Tidak mahu nampak sama dan menghidupkan kabinet dapurnya dengan karakter jubin yang juga melambangkan personaliti mereka. Perancangan rapi perlu ada kerana itulah yang menjadikan rekaan dapur nampak hidup.

Pilihan moden namun masih ada seni tradisi di dalamnya. Tekstur mudah dicuci, tampil eksklusif dan pada masa yang sama mengimbau kita pada era 40an.Sesuai bagi anda yang tidak punya masa untuk ke dapur, tetapi masih mahu melaram sebah dapur yang cantik , kemas lagi tersusun.

Berbeza dari yang lain, jiwa bohemian yang bebas dan berani . Inspirasi dari timur tengah dengan warna dan corak yang tersendiri. Menjadikan sebuah dapur bukan sahaja medan untuk memasak, tetapi ruang mencetuskan inspirasi bagi sebuah karya seni tak kiralah resipi ke atau rekaan lain…

Masih lagi inspirasi dari zaman lalu, kesenian jubin Belanda yang cukup terkenal. Jika dahulu didatangkan dalam pelbagai warna, kini pelbagai rona urban boleh didapati bagi memberi satu sentuhan moden kontemporari. Awas biarpun hanya sebaris, coraknya sudah cukup lantang bagi sebuah dapur.

Satu lagi gaya sezaman tema Morrocan yang cukup popular. Palitan warna -warni di dapur menjadikan ruang dapur tampil cukup indah dan ada kemeriahan di dalamnya. Umpama feature wall yang cantik dan memukau pandang biar pun taklah seterang mana warnanya. Tema eksotik dari timur tengah sudah pun memasuki aliran antara bangsa. Corak bunga kita bila lagi ya?

Pilihan moden dengan permainan geometri . Masih lagi bermain dengan warna agar tidak bosan dan menguji fokus mata kita.. Jika mahukan kelainan dan gaya yang lebih muda, corak seumpama inilah yang perlu anda fokus.



Source link