Uncategorized

Haier Home Appliances Perkenal COSMOPlat Dinaik Taraf Dikuasakan dengan Teknologi 5G

Haier Home Appliances Perkenal COSMOPlat Dinaik Taraf Dikuasakan dengan Teknologi 5G 1


HANNOVER, Jerman, 1 April 2019 /PRNewswire/ — Haier, pengeluar penyelesaian hidup tersuai di dunia, akan menonjolkan edisi COSMOPlat dinaik taraf, platform penyelesaian penyesuaian besar-besaran terbesar dunia di Hannover Messe 2019 mulai 1 hingga 5 April di Hannover, Jerman.

Para pengunjung akan berpeluang mengalami produk dan teknologi terkini COSMOPlat Haier di Hannover Messe, termasuk yang pertama seumpamanya dibenamkan dengan demonstrasi pengujian maya penyesuaian besar-besaran teknologi 5G, rumah bermotor pintar yang dikeluarkan dalam ekosistem COSMO, mesin kopi disesuaikan, seramik anti-statik dan banyak lagi.

Haier mengalami transformasi daripada pengeluar perkakas tradisional kepada jenama gaya hidup yang dapat membantu pelanggan menakrifkan gaya hidup mereka dengan terlibat dalam seluruh reka bentuk dan perancangan produk. Sebagai anggota dalam jaringan “Lighthouse Pembuatan” Forum Ekonomi Dunia (WEF), Haier akan bersama-sama menganjurkan Forum Kilang Lighthouse dengan Bosch, Pheonix Contact serta pengeluar-pengeluar utama yang lain daripada senarai Kilang Lighthouse WEF pada hari perasmian Hannover Messe yang akan dihadiri oleh pakar-pakar utama dalam industri termasuk Francisco Betti, ketua bagi inisiatif Masa Depan Pengeluaran WEF.

Haier akan berkongsi pengalamannya dalam transformasi industri dan mencipta peluang dengan lebih banyak kilang Lighthouse bagi membantu menaik taraf industri pembuatan.

Program Lighthouse ialah satu komuniti melibatkan kemudahan-kemudahan pembuatan utama yang mengguna pakai dan menyepadukan teknologi canggih daripada Revolusi Industri Keempat.

Penyesuaian Besar-besaran dengan COSMOPlat

COSMOPlat ialah platform internet perindustrian utama China dengan hak-hak harta intelek. Ia merupakan yang pertama seumpamanya mengaplikasikan COSMOPlat kepada berbilang industri bagi menghubungkan pengguna dalam seluruh proses penyesuaian dan membangunkan 15 sub-platform seperti membina seramik dan rumah bermotor dalam ekosistem industri.

Teras utama COSMOPlat ialah model penyesuaian besar-besaran yang menumpu pada pengalaman pengguna. Dibandingkan dengan model pembuatan tradisional, COSMOPlat mengundang pelanggan untuk terlibat dalam setiap langkah bagi menghasilkan produk serta perkhidmatan yang memenuhi keperluan pelanggan dengan cara terbaik. Dalam masa yang sama, platform ini turut mencetuskan permintaan bagi memaksimumkan manfaat kepada setiap pihak bagi mencapai hasil yang saling menguntungkan.

COSMOPlat Haier kini meliputi 12 tapak demonstrasi di enam wilayah merentas timur dan utara China. Ia juga turut diperkenalkan di 20 negara seluruh dunia bagi memberikan pengalaman gaya hidup yang lebih baik untuk pelanggan global dalam industri makanan, pakaian, pengangkutan, kesihatan, pendidikan dan banyak lagi.

Haier berusaha untuk membangunkan ekosistem rentas industri dengan keupayaan produk penyesuaian besar-besaran dan khidmat sosial. Ia akan mendorong transformasi syarikat bermula dengan pembuatan besar-besaran kepada penyesuaian besar-besaran.

Haier akan berada di reruai E30 di Dewan 6 Tapak Pameran Hannover (Messegelande Hannover).

Latar Belakang Haier

Haier Home Appliance ialah jenama perkakas rumah No. 1 di dunia, dengan 10.5% bahagian pasaran global. Jenama-jenamanya termasuk Haier, Casarte dan Leader di China, GE Appliances di AS, Fisher & Paykel di New Zealand dan AQUA di Jepun. Bermatlamat untuk memberikan pengalaman kediaman pintar saling terhubung untuk pelanggan di serata tempat, Haier terus meningkatkan produk dan perkhidmatannya tatkala ia beralih kepada platform keusahawanan terbuka.

Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.haier.net/en

Sumber: Haier Home Appliances

Pautan Berkaitan:

Haier Home Appliances Perkenal COSMOPlat Dinaik Taraf Dikuasakan dengan Teknologi 5G 2

Komen

komen





Source link