Artikel Terkini

Handbag Mewah, Pelaburan Yang Terlepas Pandang Oleh Masyarakat


Pelaburan merupakan salah satu jalan menuju kepada kekayaan jika pelaburan yang dibuat itu diringi dengan ilmu yang tepat. Pelaburan yang sinonim dengan masyarkat dunia ini adalah pelaburan saham dan juga hartanah.

Tapi tahukah anda selain dua pelaburan tersebut, terdapat juga pelaburan yang jarang dilakukan oleh manusia tetapi mempunyai nilai pelaburan yang sangat berbaloi?

Pelaburan tersebut adalah pelaburan di dalam barangan seni, lukisan dan juga handbag.

Handbag pun boleh melabur ke? Nampak macam pelik kan?

Hakikatnya handbag merupakan pelaburan yang paling tinggi nilainya berbanding dengan pelaburan hartanah dan juga barangan seni sejak dekad yang lepas menurut kajian yang dilakukan oleh Art Market Research yang telah meningkat sebanyak 83 % sejak sedekad yang lepas.

Menurut Knight Frank Luxury Index, kadar pulangan yang lumayan untuk handbag yang berjenama adalah sebanyak 13% pada tahun lepas sahaja Sebagai perbandingan,nilai hartanah di Singapura hanya meningkat sebanyak 2.7%.

Bukan setakat hartanah di Singapura sahaja malahan, pelaburan handbag melebihi hartanah di Kota London.

Jika seseorang itu berminat untuk menjadikan handbag sebagai aset pelaburan, mereka perlu tahu jenis handbag yang akan meningkat nilainya dari tahun ke tahun. Menurut pakar didalam industri ini, jenama memainkan peranan yang sangat penting didalam proses pelaburan handbag ini.

Mereka perlu memiliki jenama handbag yang sangat kukuh dan terkenal di pasaran supaya harga handbag yang mereka miliki itu dapat dijual dengan harga yang tinggi di kemudian hari.

Di antara jenama handbag yang wajib mereka miliki adalah kumpulan The Holy Trinity yang mana  merangkumi tiga jenama yang paling popular didunia iaitu Hermès ,Chanel dan Louis Vuitton. Ketiga-tiga jenama ini merupakan jenama yang paling diminati oleh kebanyakan peminat handbag dan collector item.

Selain daripada jenama The Holy Trinity itu, ciri-ciri handbag juga perlu mereka tahu dengan jelas supaya mereka membeli handbag yang digemari oleh peminat handbag dan collectors item.

Di antara ciri tersebut adalah bahan yang digunakan untuk membuat handbag. Bahan yang paling popular adalah kulit binatang eksotik berbanding dengan fabrik yang mana daya tahan kulit haiwan tersebut adalah lebih tinggi berbanding fabrik.

Reka bentuk handbag tersebut juga memainkan peranan penting. Jika handbag itu merupakan reka bentuk yang eklusiff yang direka khas oleh pereka terkenal, handbag tersebut akan menjadi lebih mahal kerana ia dihasilkan didalam kuantiti yang sangat terhad.

Di antara handbag yang menjadi kegilaan para pengumpul mereka buat masa sekarang adalah beg berjenama Hermès yang dikenali sebagai Himalaya Birkin yang mana beg ini dihasilkan dari kulit buaya yang berada di kawasan air masin serta ditatah dengan emas dan berlian yang mana dijual dengan harga US$300,168 pada tahun 2016.

Penganalisis  juga mendapati harga handbag  ini meningkat sebanyak 42% berbanding tahun sebelumnya.

Jenama handbag Birkin Hermès juga berada di dalam keadaan yang stabil tanpa berlaku fluctuation jika dibandingkan dengan indeks S&P 500 dan  juga harga emas yang mana secara konsiten memberi pulangan sebanyak 14.2% sejak tahun 1980 (era Birkin Hermès dicipta).

Selain handbag Hermès, Chanel Flap juga telah meningkat sebanyak 132% dalam tempoh satu dekad yang lepas. Begitulah penangan pelaburan yang bakal diperolehi oleh para pengemar handbag mewah.

Adakah anda sudah bersedia untuk memulakan pelaburan handbag mewah untuk masa hadapan?

Sumber Rujukan:



Source link