Artikel Terkini

Hanya 47.7 peratus responden sedia untuk kembali bekerja


APA yang telah berlaku?

Susulan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bakal bermula 4 Mei ini, Astro AWANI membuat kaji selidik secara dalam talian menggunakan empat platform utama media sosial iaitu Facebook, Twitter, YouTube dan juga Telegram.

Tujuan utama kaji selidik ini dibuat bagi memahami sentimen serta keperluan dalam kalangan rakyat Malaysia yang mengikuti kami di empat platform media sosial.

Kami mengemukakan soalan berbunyi: “Adakah anda sudah bersedia untuk kembali bekerja?” dalam kaji selidik kali ini.

Keputusan kaji selidik

Secara keseluruhan, daripada hampir 100,000 responden yang menyertai kaji selidik, hanya 47.7 peratus sedia untuk kembali bekerja.

Selebihnya, 52.3 peratus daripada responden ini tidak bersedia untuk kembali bekerja.

Platform YouTube menunjukkan jumlah responden paling tinggi yang mengatakan mereka sedia untuk mula bekerja dengan pada catatan 68 peratus berbanding baki 32 peratus yang tidak bersedia untuk memulakan kerja sebaik sahaja PKPB dilaksanakan.

Dapatan kaji selidik di platform Youtube Astro AWANI

Hal ini berkemungkinan disebabkan kebanyakan pengikut YouTube Astro AWANI merupakan mereka yang bekerja sendiri dan memerlukan mereka untuk keluar bagi menjana pendapatan.

Berbeza di platform Facebook, Twitter dan Telegram, majoriti responden tidak bersedia untuk memulakan kerja.

Sumber Facebook astroawani

Dapatan kaji selidik di Telegram Astro AWANI

Apakah sentimen yang paling banyak dibualkan?

Terdapat tiga perkara yang paling banyak dibualkan membabitkan hampir 100,000 responden dalam kaji selidik kali ini yang meliputi perkara berikut:

1. Tahap keselamatan semasa
2. Mampukah rakyat Malaysia berdisiplin?
3. Keupayaan untuk adaptasi #NormalBaharu

Antara komen dari Facebook yang paling hangat dibualkan meliputi aspek keupayaan keselamatan negara.

“Saya bekerja dalam ketakutan, tetapi demi ekonomi, terpaksa juga kerja,” kata Hafizi Puat.

Antara reaksi pengguna Facebook Astro AWANI
Di Twitter pula, normal baharu yang diamalkan sejak awal pelaksanaan Perintah Kawalan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula memberikan kesan positif kepada gerak kerja, berbanding sebelumnya.

“Baik kita kawal dulu COVID-19 dengan buat kerja dari rumah,” pemilik akaun Twitter Asyraf Mian.





Source link