Artikel Terkini

Harga Hartanah Di 24 Kawasan Ini Akan Melonjak Menjelang 2021


Dengan jumlah
penduduk mencapai 1.7 juta di Kuala Lumpur, kesesakan lalu lintas dilihat
sebagai makanan ruji penduduk ibu kota Kuala Lumpur.

Di bawah program
Greater Kuala Lumpur dengan usahasama 10 majlis perbandaran, Kuala Lumpur kini
dalam satu proses transformasi besar – besaran bukan sahaja untuk memajukan
sistem infrastruktur bahkan juga keperluan perumahan di Kuala Lumpur.

“Kemajuan sebuah bandar disukat dengan kemajuan infrastruktur dan pengangkutan awam.”

Kewujudan MRT 1 Sungai Buloh – Kajang (Aliran SBK) yang dilancarkan pada Julai 2017 yang lalu, telah membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas dan membantu aksesabiliti penduduk Kuala Lumpur.

Baca: Pelancaran MRT Fasa 2, Pelabur Hartanah Rebut Peluang Baik Ini!

MRT 2 yang bakal
dibuka untuk awam bermula Julai 2021 kelak dilihat sebagai satu alternatif
kepada warga kota yang berada di pinggir bandar untuk mengakses pusat bandar
dalam masa kurang daripada 90 minit.

Berdasarkan data
yang dikeluarkan pada Julai 2019 yang lalu, MRT2 telah 54% siap dan dijangka
siap sepenuhnya mengikut jadual menjelang Julai 2022.

Fakta Dan Data MRT 2 Aliran Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya (SSP)

  • MRT2 mempunyai kapasiti untuk
    membawa 1,204 penumpang dalam sebuah gerabak.
  • MRT2 merangkumi 35 stesen dengan
    11 stesen bawah tanah, 24 di permukaan dan 16 stesen yang mempunyai kemudahan
    parkir awam.
  • Dijangka membantu 2 juta rakyat
    Malaysia
  • 11 stesen pertukaran ke aliran
    lain.
  • 58 gerabak elektrik yang akan
    beroperasi.
  • Perjalanan dari Sungai Buloh ke
    Putrajaya dijangka hanya memakan masa selama 88 minit sahaja.
  • Kelajuan maksimum adalah 100km/j.
  • Panjang trek MRT2 adalah sejauh
    52.2KM dengan 13.5KM di bawah tanah dan 38.7KM di permukaan.
  • 529,000 pengguna dijangka
    menggunakan perkhidmatan MRT2 setiap hari.
  • Membantu lokasi dengan kepadatan
    penduduk yang tinggi seperti Sungai Buloh, Kepong dan Sri Damansara.
  • Membantu akses ke Damansara Damai,
    Kepong Sentral, Kepong Baru, Jinjang, Seri Kembangan, Equine Park dan Cyberjaya
    North.

Baca: Ketahui 6 Rahsia Kenapa Orang Lain Mudah Beli Rumah

Kesan Langsung MRT2 Terhadap Hartanah

Di antara elemen utama yang mempengaruhi turun naik harga hartanah di sebuah lokasi adalah dasar kerajaan.

Seperti MRT1, terdapat
banyak impak positif yang diterima industri hartanah dengan kewujudan 31 stesen
bermula Sungai Buloh dan Kajang.

Untuk MRT2 kawasan
yang dijangka menerima impak positif terbesar adalah Sungai Buloh, Kepong, Sri
Damansara, dan Seri Kembangan.

Baca: Apa Faktor Yang Mempengaruhi Nilai Hartanah

Ketiga – tiga
kawasan tersebut mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi tetapi dengan
aksesasibiliti pengangkutan awam yang lemah.

Dengan kewujudan
MRT2 kelak, ianya secara langsung membantu akses ke banyak kawasan pinggir
bandar yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan semakin meningkat
seperti :-

  • Damansara Damai
  • Kepong Sentral
  • Kepong Baru
  • Jinjang
  • Seri Kembangan
  • Equine Park
  • Cyberjaya

3 Kelebihan Dan 3 Kekurangan Beli Hartanah Di Kawasan MRT

Kelebihan:

1. Peningkatan Harga Hartanah

HwangDBS Vickers
Research pernah melaporkan bahawa harga hartanah di kawasan tumpuan utama mampu
melonjak 100% hingga 500% dalam masa lima tahun akan datang.

Harga hartanah
dalam radius 500 meter dari stesen MRT turut bakal meningkat naik lebih – lebih
lagi di kawasan stesen pertukaran seperti kawasan Maluri.

Baca : Booster Hartanah Yang Meningkatkan Nilai Hartanah

2. Permintaan Sewaan Meningkat

Ramai orang yang
menggunakan pengangkutan awam sebagai alternatif utama untuk bekerja lebih
gemar menyewa rumah dalam jarak berjalan kaki ke stesen MRT.

Permintaan terhadap
rumah atau bilik sewa akan meningkat sekaligus menjadikan pelaburan hartanah di
sekitar stesen MRT adalah satu peluang besar untuk pelabur hartanah.

3. Aksesibiliti

Golongan kelas
menengah kini mempunyai pilihan untuk menuju lokasi A ke lokasi B menggunakan
kenderaan sendiri ataupun menggunakan pengangkutan awam.

Di waktu puncak,
menggunakan perkhidmatan awam seperti MRT adalah lebih menjimatkan dan mudah
berbanding memandu sendiri.

Kekurangan:

1. Pencemaran Bunyi

Pencemaran
bunyi yang terpaksa dihadapi mereka yang tinggal berhampiran stesen MRT bermula
seawal jam 6 pagi dan berakhir lewat malam setiap hari.

2. Kesesakan Lalu Lintas

Rakyat
Malaysia gemar untuk meletakkan kenderaan mereka seperti kereta atau motorsikal
di bahu jalan MRT untuk menaiki MRT sungguhpun jaraknya cuma 10 minit berjalan
kaki.

Kesannya,
kawasan di sekitar MRT menjadi sesak lagi – lagi di waktu puncak ditambah lagi
dengan bas awam yang berhenti untuk mengambil penumpang.

Baca
: Yield Curve
Inversion atau Penyongsangan Kadar Hasil – Petanda Kemelesetan Ekonomi?

3. Pemandangan Kurang Cantik

Mereka
yang membeli atau menyewa hartanah berhadapan MRT terpaksa menghadap
pemandangan seperti struktur konkrit kereta api, kereta api, bangunan MRT dan
juga pemandangan kesesakan manusia.

Ianya
tidaklah seindah mempunyai pemandangan kehijauan pokok, burung dan tasik.

Senarai Hartanah Untuk Pelaburan Di Sepanjang Stesen MRT 2

1. Damansara Damai
– One Damansara Condominium
– The Zizz Condominium

2. Sri Damansara
DK Properties
Damansara Avenue

3. Kepong Sentral
Kepong Central Condominium

4. Metro Prima
Fortune Central

5. Kepong Baru
The Herz
Vista Mutiara
Unio Residences

6. Jinjang
Enesta Kepong

7. Kampung Batu
Alam Puri

8. Batu Cantonment
UOA Jalan Ipoh Mixed Development
Pelangi Indah
Sri Intan 2

9. Jalan Ipoh
Sang Suria
Maple
Pano OCR

10. Sentul West
Rivercity
Rica Sentul
Putra Majestic
Viva Residency
SCP Birch
Court 28 KL City

11. Titiwangsa
Titiwangsa Sentral
TR Residences

12. Kampung Baru
Setia Sky Residences
The Orion
101 Skywheel

13. Ampang Park
The Trillion
Three28
MyHabitat
Vista Damai

14. KLCC East
The Oval
Binjai
Troika

15. Conlay
Ampersand
1A Stonor
The Pearl
8 Conlay
The Manor
One Stonor
Eaton Residences

16. Tun Razak Exchange (TRX)
The Horizon

17. Taman Naga Emas
Central Residences
The Suite Starz @ KL South
Residensi Hijauan Lumayan
Kenwingston Avenue
8th & Stellar Mix Development
I&P SP Setia Mix Development

18. Technology Park
Maju Kuala Lumpur

19. Serdang Raya
One South City
Flexis
Gardenz
Zeta Residences
Greenz
Cube

20. Equine Park
Zeva Residences

21. Taman Putra Permai
Villamas Meta City Mixed Development
O2 City
Sfera Residency

22. 16 Sierra
16 Sierra

23. Cyberjaya North
Skypark Cyberjaya

24. Cyberjaya City Centre
The Place

Sumber Rujukan:

  1. The Edge
  2. Faizul Ridzuan
  3. iProperty
  4. The Malaysian Reserve
  5. Lowyat.net
  6. EdgeProp

Ditulis oleh Mehmed Aezhad, beliau merupakan seorang Digital Marketing Specialist yang berpengalaman luas dalam bidang pemasaran digital hartanah.

Komen

komen





Source link