Artikel Terkini

Harley-Davidson Berdepan Dengan Kemelut Akibat Daripada Generasi Pengguna Dan Krisis Politik


Harley-Davidson merupakan jenama ikonik yang menjadi kebanggaan rakyat Amerika Syarikat. Syarikat ini merupakan syarikat terawal yang menghasilkan kenderaan dua roda pertama di dunia secara komersial.

Syarikat ini telah diasaskan oleh dua orang sahabat baik iaitu William Harley dan Arthur Davidson yang berasal dari Milwaukee. Perkembangan yang begitu ketara adalah selepas Perang Dunia Kedua dan merupakan salah sebuah syarikat motorsikal yang berjaya mengharungi zaman The Great Depression pada tahun 1929.

Kemuncak kejayaan syarikat ini adalah pada tahun 2006, di mana syarikat Harley-Davidson berjaya menjana keuntungan sebanyak $1 bilion. Siapa yang ada motorsikal ini memang kira gempaklah pada masa itu.

Namun, kriris mula melanda syarikat ini apabila kegawatan ekonomi berlaku pada tahun 2008 disebabkan Krisis Subprime. Mereka terpaksa berdepan dengan jualan yang tidak menentu di pasaran domestik mahu pun antarabangsa.

Jualan mula mengalami fasa kejatuhan kerana sukar untuk menarik pelanggan baru menggunakan motorsikal keluaran mereka. Ianya menurun disebabkan beberapa faktor, dengan salah satunya adalahfaktor generasi.

Kebanyakan pengguna yang memilki motorsikal keluaran syarikat ini adalah dari kalangan Baby Boomers, iaitu mereka yang berusia 50 tahun ke atas. Untuk mendapat jualan yang konsisten, syarikat ini perlu menguasai pasaran golongan milenial yang bakal mewarisi generasi akan datang.

Namun bagi golongan milenial, mereka tidak berminat untuk memiliki motorsikal Harley-Davidson kerana ia tidak memenuhi citarasa mereka. Golongan milenial merupakan golongan yang lebih simple, berbeza dengan golongan baby boomers yang menggunakan motorsikal tersebut sebagi hobi masa lapang dan suka melakukan aktiviti konvoi beramai-ramai.

Selain itu juga, jurang pendapatan golongan milenial dan baby boomers juga turut berbeza. Buat masa sekarang, pendapatan baby boomers adalah yang tertinggi berbanding dengan golongan milenial dengan menguasai 21% kekayaan di Amerika Syarikat; berbanding dengan golongan milenial yang hanya memiliki 3% kekayaan.

Harley-Davidson merupakan motorsikal yang dikenali sebagai motorsikal premium dengan harganya yang tinggi berbanding motorsikal yang lain.

Selain menghadapi kesukaran di dalam pasaran Amerika Syarikat, mereka turut berdepan dengan situasi politik yang berlaku di antara negara tersebut dengan dunia luar.

Donald Trump yang terkenal dengan polisi untuk menyelamatkan syarikat dari Amerika Syarikat telah mengenakan tarif yang tinggi kepada produk dari luar Amerika Syarikat, terutamanya dari negara Kesatuan Eropah dan juga China.

Dengan memperkenalkan tarif besi dan aluminium terhadap produk dari luar, Kesatuan Eropah dan juga China turut mengenakan tarif yang sama terhadap barangan keluaran Amerika Syarikat yang memasuki pasaran negara mereka.

Harley-Davidson merupakan produk yang terjejas teruk di pasaran Eropah kerana harga jualan motorsikal tersebut telah meningkat sebanyak $2,000 dan menyebabkan market capitalization syarikat hilang sebanyak $1.4 bilion akibat tindakan Donald Trump tersebut.

Tidak cukup dengan jualan yang merudum, kini masalah kewangan mereka semakin meruncing dengan wabak Covid-19.

Kini Jochen Zeitz telah dilantik menjadi CEO yang baru bagi memulihkan syarrikat Harley-Davidson ini. Mampukah beliau menyelamatkan syarikat ikonik ini?

Sumber Rujukan:



Source link