Artikel Terkini

Hati-Hati! Makan Nasi Yang Dipanaskan Semula Boleh Tingkatkan Risiko Keracunan Makanan


Memang sudah menjadi kebiasaan kita untuk menyimpan lebihan lauk atau nasi untuk dimakan lagi nanti. Tidaklah membazir kalau dibuang begitu saja.

Tetapi tahukah anda, nasi yang disimpan lebih 4 jam didalam suhu bilik kemudian dipanaskan untuk dimakan lagi boleh menyebabkan keracunan makanan?

Menurut status yang dimuat naik dalam Twitter milik KKM Putrajaya,  nasi yang dipanaskan semula boleh menyebabkan keracunan kerana nasi yang ditinggalkan dalam suhu bilik lebih 4 jam menyebabkan spora yang terdapat pada nasi itu kembali aktif. Dan ini menyebabkan pembiakan bakteria bacilus cereus sehingga menghasilkan toksin beracun.

Sebab itu penting untuk kita menitik beratkan penyimpanan makanan.

Makanan yang telah dimasak pula mesti disimpan dalam bekas yang tertutup sebelum dimasukkan ke peti sejuk.

Tambah pihak KKM lagi, mesej yang disampaikan ini merupakan langkah pencegahan awal yang ditekankan untuk menjamin kesihatan orang ramai. Prevention is better than cure.





Source link