Uncategorized

Ikuti Kisah Pengasas IKEA Yang Mula Jual Mancis Pada Usia 5 Tahun

Ikuti Kisah Pengasas IKEA Yang Mula Jual Mancis Pada Usia 5 Tahun 1


Pasti ramai di kalangan kita pernah membeli barangan IKEA kan? Kalau tak beli barangan mereka pun, makan meatball pun terbaik juga.

IKEA sangat terkenal dengan rekaan yang ringkas tetapi menarik, menjimatkan ruang serta murah. Tetapi tahukah anda? Pengasas syarikat dari Sweden ini dulunya bermula dengan hanya menjual mancis sahaja!

Pengasas IKEA iaitu Ingvar Feodor Kamprad dilahirkan pada 30 Mac 1926 di sebuah ladang kecil bernama Elmtaryd. Kawasan tersebut agak mundur dan kebanyakan penduduk bekerja dalam bidang pertanian. Di sinilah Kamprad membesar dalam suasana yang mementingkan disiplin dan usaha keras, yang menjadi asas kepada kejayaannya di masa mendatang.

Mula Dengan Jual Mancis Pada Usia 5 Tahun

Seawal usia 5 tahun, beliau telah mula menjual mancis kepada jiran-jirannya. Pada usia 10 tahun pula, beliau telah mengayuh basikal dari kampungnya ke Stockholm untuk membeli mancis, untuk dijual kembali kepada penduduk kampungnya! Setelah itu, Kamprad mula mengembangkan perniagaannya kecilnya itu dengan menjual dekorasi pokok krismas, pen, pensil, ikan, dan juga benih bunga. Pada umur 10 tahun, beliau dah pandai buat bisnes. Hebat!

Kalau nak tahu, Kamprad juga mempunyai masalah dyslexia, iaitu masalah berkaitan membaca. Jadi, pada umur 17, apabila beliau telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran; ayahya telah memberikan sejumlah wang kecil sebagai hadiah. Bagi remaja lain yang seusia dengannya, mereka mungkin akan menggunakan duit tersebut untuk berhibur atau membeli barangan idaman. Tetapi berbeza dengan Kamprad, beliau telah menggunakan wang tersebut untuk menubuhkan IKEA!

Dua tahun kemudian, Kamprad mula menggunakan khidmat trak susu untuk menghantar produk jualannya. Pada tahun 1947, barulah beliau mula menjual perabot. Perabut ini dihasilkan oleh pengeluar tempatan. Tetapi pada tahun 1955, usahasama ini dihentikan. Ini kerana para pengeluar mendakwa Kamprad membeli produk mereka dengan harga yang sangat murah. Ini kemudianya telah memaksa Kamprad untuk mengeluarkan perabot yang direka sendiri.

Mula Design Produk Sendiri

Beliau menggunakan konsep flat pack ke atas produk keluarannya. Produk IKEA ini perlulah simple, mudah dipasang dan juga berpatutan.  Apa yang menarik mengenai produk IKEA ialah, mereka mengeluarkan perabot yang moden, stylish dan dapat disesuaikan di ruangan yang terhad. Ia sangat memenuhi kehendak pengguna masa kini.

Syarikat yang terkenal dengan design perabot futuristik ini terus berkembang bukan sahaja di seluruh Sweden, tetapi juga hampir ke seluruh dunia. Hari ini, IKEA mempunyai lebih daripada 300 kedai di 38 buah negara. Satu kejayaan yang besar untuk syarikat yang tidak pernah membuat pinjaman sepanjang tempoh perniagaan mereka!

Siapa sangka? Dengan bermula menjual mancis, Kamprad akhirnya menjadi di antara lelaki yang terkaya di dunia. Sekiranya anda mempunyai anak yang menunjukkan minat dalam perniagaan walaupun hanya menjual gula-gula, usah dihalang minat mereka. Biarlah mereka mengasah bakat dan potensi yang ada dalam diri mereka. Mana tahu mereka juga bakal bergelar jutawan dan mengharumkan nama Malaysia di arena perniagaan?

Sumber Rujukan:

  1. https://sweden.se/business/ingvar-kamprad-founder-of-ikea/
  2. http://www.ikea.com/ms/en_AU/about_ikea/the_ikea_way/history/1940_1950.html
  3. http://kisahjutawan.blogspot.my/2009/10/jutawan-antarabangsa-ingvar-kamprad.html

Kalau nak tahu, nama IKEA adalah bersempena nama Ingvar Kamprad, Elmtaryd tempat beliau dilahirkan, dan Agunnaryd kampung bersebelahan tempat beliau dilahirkan.

Ikuti Kisah Pengasas IKEA Yang Mula Jual Mancis Pada Usia 5 Tahun 2

Komen

komen





Source link