Artikel Terkini

Ikuti Kisah Trevor Chapman, Bagaimana $200 Bertukar $1 Juta Dalam Masa 3 Bulan Dengan Guna Internet


Urus niaga jual beli di internet dikaitkan dengan pemasaran digital, itulah pendedahan utama yang penting buat masyarakat yang celik internet dan bekerja melalui internet pada hari ini. Melalui internet juga, siapa sangka sesebuah syarikat kini telah mula menjana keuntungan maksimum mencecah jutaan ringgit.

Bagaimana mungkin hanya dengan dunia digital, kita boleh memperoleh keuntungan berganda dan melimpah ruah? Tidak mustahil sekiranya kita benar-benar mengikuti arus era digital.

Jom baca kisah Trevor Chapman ini, pastinya ia memberi inspirasi buat anda.

Siapa Trevor Chapman?

Sesiapa yang sering melakukan urusan jual beli dalam talian sudah pasti mengenali Trevor Chapman. Beliau menghabiskan hanya $200 USD untuk membuat laman web penjualan dalam talian.

92 hari kemudian, Trevor Chapman mencapai keuntungan sebanyak $1 juta USD. Sungguh tak disangka!

Walaupun peluang datang secara mengejut, beliau tidak bersetuju untuk menjual ciptaannya. Namun pada akhirnya, Trevor Chapman memutuskan untuk menjualnya dengan harga tidak kurang dari $10 juta USD, satu tahun setengah selepas itu.

Itu adalah kisahnya dalam mencipta keuntungan yang lumayan. Jom kita kenali siapa dirinya yang sebenar dan kisah hidupnya.

Kisah Trevor Chapman

Tiga belas tahun yang lalu, beliau adalah seorang pelajar kolej yang gagal. Trevor Chapman menerima pekerjaan menjual barang kawalan perosak dari pintu ke pintu bagi menghasilkan wang tambahan dalam hidupnya.

Setelah itu, beliau juga telah melancarkan perniagaannya sendiri iaitu sebuah syarikat pemasangan panel solar. Syarikat ini kelihatan cepat berkembang dalam masa tersebut.

Tetapi dua tahun kemudian, perniagaannya semakin merosot. Dalam kehidupannya yang semakin merosot, apa yang difikirkan oleh beliau adalah untuk berjaya. Beliau bertekad untuk berubah bermula dari sekarang.

Beliau juga sering merasa takut apabila membayangkan kehidupan yang tidak selesa akibat status kewangannya semakin teruk.

Mula Membuka Website Jualan

Jawapan bagi kehidupannya terjawab apabila beliau mempertaruhkan wangnya sebanyak USD200 untuk membuka laman web penjualan barang yang unik dan pelik dari negara China.

Antaranya adalah seluar kevlar, ubat gigi arang, kerusi, fidget spinner dan banyak lagi. Kekuatan beliau adalah apabila beliau sering berpegang pada pepatah Warren Buffet.

Beliau telah mengamalkan tips Warren Buffet iaitu mengamalkan masa kerja selama 1.5 jam sehari untuk berjaya. Mungkin sebelum ini, beliau bekerja selama 12 jam di syarikat pemasangan solarnya.

Namun selepas membuka laman web penjualannya, beliau hanya bekerja selama 1.5 jam sehari dengan laman web penjualannya seperti yang diperkatakan oleh Warren Buffet.

Dengan segala ilmu yang dikutip dari tokoh tersebut, Trevor Chapman mula mengambil langkah satu demi satu bagi memastikan momentumnya laju dan menjadi. Akhirnya, beliau berjaya buat duit dalam bidang digital dengan mudah dan terbukti.

Kesimpulannya, kita harus menguasai strategi bisnes dalam era digital memandangkan ia sering bertukar-tukar dan berubah kepada lebih moden. Tanpa strategi bisnes yang mantap, jualan anda tidak akan berjaya.

Nak jadi seperti Trevor Chapman, janganlah sesekali kita mengulangi kesilapan lama.

Sumber Rujukan:

  1. https://www.cnbc.com/2017/05/30/this-33-year-old-turned-200-into-1-million-selling-things-online.html
  2. https://celebsfortune.com/trevor-chapman-ldsman-story-turn-200-10-million/
  3. https://finance.yahoo.com/news/33-old-made-1-million-135224728.html



Source link