Artikel Terkini

Ilmu Technical Analysis : Bagaimana “Gap” Boleh Berlaku


Ini bukan cerita baju jenama GAP ya. Semenjak akhir-akhir ini terlalu banyak saham syarikat yang mengalami Gap dalam chart pattern mereka, tetapi sudahkah anda memahaminya? Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, emosi para pedagang dan pelabur menyumbang dalam pembentukan gap, disebabkan oleh volatility pasaran saham.

Sebelum kita membincangkannya dengan lebih lanjut berkenaan dengan gap, jom kita berkenalan dulu dengannya

Apa Itu Gap?

Gap ialah chart pattern yang kelihatan sama ada melompat ke atas atau jatuh ke bawah daripada kedudukan candle sebelumnya dan membentuk ruang kosong (Gap) di antara dua candle tersebut. Yang mana pada ketika itu, tiada transaksi pindah milik berlaku.

Gap ini berlaku kerana keterujaan market menerima sesuatu berita, menyebabkan wujudnya ketidakseimbangan di antara buy dan sell, sehingga ada sesetengah trader sanggup untuk membelinya pada harga yang lebih tinggi.

Ianya seringkali terjadi apabila berita yang diterima setelah pasaran saham tutup. Bergantung kepada jenis gap, kemungkinan ianya menunjukkan indikator permulaan trend baru atau ‘reversal’ bagi trend sebelumnya.

Sebagai contoh, Gap yang berlaku pada saham Netflix pada 15 Januari 2019, selepas syarikat tersebut mengisytiharkan kenaikan harga terhadap langganan bulanan.

Kredit: Investopedia

Chart pattern Gap mudah ditentukan tetapi sukar untuk menentukan jenis pattern Gap. Jom kita berkenalan pula dengan beberapa jenis Gap yang ada.

1. Common Gap

Common Gap
Ialah Gap sementara yang akan ditutup semua dalam beberapa hari. Ianya sering
terjadi disebabkan oleh berita split issue, berita dividen, berita right issue
dan sebagainya.

Volume
mungkin akan meningkat pada hari berlakunya common Gap, tetapi pada hari-hari
seterusnya volume akan mula berkurangan oleh kerana kurangnya emosi pada berita
tersebut, maka harga atau chart pattern akan menutupi semua jurang Gap
tersebut.

Common Gap
lebih cenderung menjadi sebahagian daripada Gap yang sering terjadi disebabkan
oleh aktiviti perdagangan secara biasa. Biasa berlaku pada stock-stock yang
sideway atau stock-stock yang tiada trend yang jelas,

Sama
seperti contoh di bawah.

Kredit: Investopedia

2. Breakaway Gap

Breakaway
Gap terjadi sewaktu price melonjak keluar dari sideway pattern dan ianya adalah
tanda-tanda permulaan trend baru sama ada upside breakaway atau downside
breakaway.

Breakaway
Gap menunjukkan terdapat emosi perubahan yang sangat besar terhadap sesuatu
berita, yang memberi petanda dorongan tekanan menaik atau menurun yang kuat.
Jadi, semakin lama sesebuah stock itu berada dalam keadaan sideway, semakin
kuat bentuk trend baru akan terhasil.

Kredit: TradingSetupsReview

3. Continuation Gap

Nama lain bagi Continuation Gap adalah Runaway Gap. Ianya berlaku di tengah-tengah corak trend. Psikologi disebalik Runaway Gap adalah trader yang terlepas atau tidak masuk pada awal pergerakan trend.

Apakah perbezaan di antara Breakaway Gap dengan Continuation (Runaway) Gap?

Breakway Gap hanya berlaku selepas sideway dan menjadi permulaan untuk trend baru, manakalah Runaway Gap berlaku di tengah-tengah trend, seperti  apa yang terjadi pada saham Apple di bawah.

Secara umumnya, Gap berlaku apabila harga membuat lonjakan ketara sama ada ke atas atau ke bawah mengikut bentuk trend semasa. Gap jenis ini yang paling banyak dilihat pada chart, berlaku semasa bull market atau bear market dan dicirikan oleh perubahan harga yang ketara ke arah trend semasa.

4. Exhaustion Gap

Exhaustion Gap berbeza dengan Breakaway Gap atau Continuation Gap, yang mana ianya tidak menyebabkan harga meneruskan lagi kenaikan, sebaliknya harga mula menutupi Gap dan mengubah membentuk trend baru.

Psikologi di sebalik Exhaustion Gap adalah hanya kerana sekumpulan trader cuba menggunakan sisa kekuatan mereka yang terakhir untuk menolak harga meneruskan kenaikan yang sekian lama dilihat merosot.

Exhaustion Gap ini boleh dipanggil sebagai penghujung trend kerana hanya muncul pada hujung trend sebelum membuat perubahan trend. Kita boleh lihat seperti chat pattern di bawah.

Kredit: Investopedia

Namun perlu di ingatkan, chart pattern Gap ini tidak akan terbentuk sekiranya berita yang diterima ketika market sedang berlansung. Ianya akan terbentuk pada Intraday chart dan ini akan mengakibatkan candle pada hari tersebut akan terbentuk lebih panjang daripada hari sebelumnya.

Seperti berita yang dikeluarkan AirAsia pada 20 Mac 2020 berkenaan Ahli Lembaga Pengarah mereka.

Kekurangan Gap

Terdapat batasan had dalam mengenalpasti Gap walupun Gap mudah ditemui di dalam chart. Kesilapan yang jelas adalah keupayaan seseorang untuk mengenal pasti kepelbagaian jenis Gap yang berlaku.

Sekiranya Gap tersebut disalah tafsir, ia boleh mengakibat kerugian kepada para pelabur dan pedagang. Oleh itu pastikan kita betul-betul kenalpasti Gap dan jenis-jenis Gap yang berbeza.

Sumber Rujukan: Investopedia



Source link