Artikel Terkini

Ilmu Technical Analysis: Continuation Chart Pattern – Flag


Continuation chart pattern digunakan oleh pelabur dan pedagang bagi mengambil peluang untuk membeli saham semasa harga saham sedang bergerak secara sideways sebelum meneruskan pergerakan uptrend.

Flag merupakan salah satu contoh continuation chart pattern yang mempunyai kebarangkalian yang tinggi dalam menjangkakan harga saham meneruskan pergerakan di dalam trend yang sama.

Flag terhasil dari tindakan pedagang yang mengambil keuntungan selepas kenaikan harga saham menyebabkan harga saham bergerak dalam keadaan sideways sebelum kembali menyambung pergerakannya. Fasa ini kebiasaanya berlaku dalam jangka masa sederhana.

Flag terbentuk dengan dua garisan selari yang menghala ke bawah atau dikenali sebagai Bullish Flag bagi harga yang berada dalam pergerakan uptrend, manakala menghala ke atas atau lebih dikenali sebagai Bearish Flag bagi harga yang berada dalam pergerakan downtrend.

Flag lazimnya terbentuk apabila harga memasuki fasa consolidation selepas berlaku pergerakan harga yang tinggi.

Gambar di atas merupakan contoh pembentukan Flag. Harga saham berada dalam keadaan uptrend dari titik A sebelum bermula pembentukan Flag pada titik B.

Titik B, C, D dan E menunjukkan harga saham bergerak di antara dua garisan yang menjadi garisan support dan resistance sebelum melakukan breakout pada titik F.

Harga saham kemudiannya kembali pada pergerakan uptrend menuju kearah titik G.

Bagi harga saham yang sedang berada dalam keadaan downtrend, pergerakan harga saham akan bertentangan dari contoh di atas.

Bagi para pelabur dan juga pedagang yang terlepas pada pergerakan awal harga saham bolehlah memerhatikan sekiranya terdapat pembentukan continuation pattern ini.

Belian sesuai dilakukan apabila harga keluar dari bentuk Flag (titik F) bagi meneruskan pergerakan uptrend. Pergerakan jumlah dagangan saham juga akan semakin berkurangan dari awal fasa sehingga selesai pembentukan Flag.

Berdasarkan keadaan pasaran yang sedang mengalami tekanan jualan, para pelabur dan pedagang boleh menggunakan teknik ini bagi menjangka pergerakan harga saham.

Terbentuknya Bearish Flag boleh menandakan bahawa harga saham mempunyai potensi untuk meneruskan pergerakan downtrend.

Kalau berminat nak tahu teknik untuk menganalisa pergerakan harga saham yang berpotensi untuk meneruskan pergerakan uptrend, jemput baca Ilmu Technical Analysis: Continuation Chart Pattern – Ascending Triangle.



Source link