Uncategorized

Industri Kimia Sumbang $5.7 Trilion kepada KDNK Global dan Sokong 120 Juta Pekerjaan, Laporan Baharu Dedahkan

Industri Kimia Sumbang $5.7 Trilion kepada KDNK Global dan Sokong 120 Juta Pekerjaan, Laporan Baharu Dedahkan 1


NAIROBI, Kenya, 11 Mac 2019 /PRNewswire/ — Sempena permulaan Perhimpunan Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Keempat (UNEA-4), hari ini International Council of Chemical Associations (ICCA) mengeluarkan analisis sumbangan industri kimia kepada ekonomi global: The Global Chemical Industry: Catalyzing Growth and Addressing Our World’s Sustainability Challenges. (Industri Kimia Global: Mempercepat Pertumbuhan dan Menangani Cabaran Kemampanan Dunia Kita).Menurut laporan itu, industri kimia menyentuh hampir setiap sektor penghasilan barangan, dianggarkan menyumbang kira-kira $ 5.7 trilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar Dunia (KDNK) menerusi impak langsung, tidak langsung dan teraruh, bersamaan dengan tujuh peratus daripada KDNK dunia, dan menyokong 120 juta pekerjaan di seluruh dunia.

“Inovasi yang dibangunkan dan dihasilkan dengan kehadiran industri kimia yang telah lama wujud di seluruh dunia telah membantu mengubah sejarah manusia. Dengan anjakan masa, pengilang kimia telah menjadi sebahagian daripada ekonomi global dan penggerak kritikal teknologi yang meningkatkan kehidupan rakyat di seluruh dunia,” kata Cal Dooley, Setiausaha Majlis ICCA dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif American Chemistry Council (ACC). “Laporan ini menjelaskan bahawa industri kimia merupakan penyumbang KDNK Global yang tidak dapat ditukar ganti, sumber peluang pekerjaan yang berkemahiran dan penggerak utama kemajuan dalam aspek alam sekitar, sosial dan ekonomi bagi pembangunan lestari seperti yang dicerminkan dalam Matlamat Pembangunan Mampan Bangsa-bangsa Bersatu. ”

Dapatan penting laporan ini termasuk:

  • Secara langsung, industri kimia menambah $1.1 trilion kepada KDNK dunia dan menggaji 15 juta orang, menjadikannya sektor perkilangan global kelima terbesar.
  • Untuk setiap $1 USD yang dijana oleh industri kimia, lebih $4.20 USD dijana di tempat lain dalam ekonomi global.
  • Syarikat dalam industri kimia membelanjakan anggaran $3 trilion USD dengan pembekal mereka pada tahun 2017, membeli barangan dan perkhidmatan yang digunakan dalam pembuatan produk mereka. Perbelanjaan rantaian bekalan ini menyumbang kira-kira $2.6 trilion USD kepada KDNK global, dan menyokong 60 juta pekerjaan.
  • Industri kimia global melaburkan $51 bilion USD dalam Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), menyokong 1.7 juta pekerjaan dan $92 bilion USD dalam aktiviti ekonomi.
  • Penyumbang terbesar kepada KDNK dan pekerjaan ialah industri kimia Asia Pasifik, menjana 45 peratus daripada nilai keseluruhan ekonomi tahunan industri, dan 69 peratus daripada semua pekerjaan yang disokong. Eropah membuat sumbangan yang paling penting seterusnya (jumlah sumbangan KDNK sebanyak $1.3 trilion USD, 19 juta pekerjaan disokong) diikuti oleh Amerika Utara (jumlah sumbangan KDNK sebanyak $866 bilion USD, 6 juta pekerjaan disokong).

“Analisis baharu ini menekankan peranan penting yang dimainkan oleh industri kimia dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan peluang bagi berjuta-juta orang di seluruh dunia, tetapi impak industri kimia melampaui nilai ekonomi,” kata Marco Mensink, Ketua Pengarah, Industri Kimia Eropah (CEFIC). “Bekerjasama dengan Alam Sekitar Bangsa-Bangsa Bersatu melalui Pendekatan Strategik untuk Pengurusan Bahan Kimia (SAICM), kami amat komited untuk membina kapasiti bagi mengurus bahan kimia dengan selamat melalui pengeluaran, pengangkutan, penggunaan dan pelupusan mereka, dan telah mengadakan lebih daripada 230 bengkel di 45 negara. ”

ICCA menugaskan Oxford Economics untuk memberikan penilaian terperinci mengenai sumbangan industri kimia kepada ekonomi global. Laporan ini bertujuan untuk meneliti sejauh mana jejak ekonomi industri kimia – di mana pengeluaran produk kimia menyokong aktiviti bukan sahaja dalam industri itu sendiri (kesan langsung), tetapi dalam pelbagai sektor lain di sepanjang rantaian bekalan (kesan tidak langsung disokong melalui pemerolehan barangan perantaraan) dan kesan yang dibiayai oleh upah (impak yang disebabkan oleh gaji yang dikekalkan melalui perbelanjaan penggunaan oleh pekerja yang digaji oleh industri dan pembekalnya).

“Produk yang dihasilkan oleh industri kimia ini mengubah kehidupan orang ramai dengan menyediakan air bersih dan menjadikan sumber tenaga boleh diperbaharui, rawatan perubatan yang canggih, bekalan makanan yang stabil dan berkhasiat, teknologi kitar semula dan banyak lagi satu kenyataan,” kata Hiroshi Watanabe, Ketua Pengarah, Persatuan Industri Kimia Jepun (JCIA). “Dengan merekod nilai ekonomi operasi, penyelidikan dan produk, kami kini melihat sejauh mana kesan positif industri kami terhadap masyarakat hari ini dan peranan penting yang sedang kami laksanakan dalam mewujudkan laluan kepada masa depan yang lebih mampan.”

Untuk mengetahui lebih lanjut dan memuat turun salinan percuma laporan ini, lawati www.icca-chem.org/EconomicAnalysis. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sumbangan ICCA kepada 17 Tujuan Pembangunan Lestari (SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu lawati www.icca-chem.org/SDGs.

Latar Belakang ICCA  
International Council of Chemical Associations (ICCA) ialah persatuan penginovasi, pemikir wawasan, penyedia penyelesaian dan pelopor pengawasan produk. Melalui inovasi berterusan dalam kimia dan penambahbaikan berterusan pengurusan bahan kimia yang selamat, industri kimia global memberi sumbangan besar kepada masyarakat yang mampan: meningkatkan kesihatan manusia, melindungi alam sekitar, dan memberikan kemakmuran di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut mengenai ICCA di www.icca-chem.org.

Sumber: International Council of Chemical Associations





Source link