Artikel Terkini

Ini imbasan topik April lalu, sementara meneruskan cabaran bulan Mei



PADA 24 April lalu, umat Islam semua telah memulakan ibadah puasa buat tahun hijrah 1441 ini.

Tidak sama seperti tahun sebelumnya, Ramadan kali ini dilihat berbeza kerana ia disambut sewaktu dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Penganjuran bazar Ramadan di seluruh negara juga tidak dibenarkan sebagai langkah keselamatan mengelak kerumunan  khalayak seterusnya penyebaran ancaman koronavirus.

Sementara memulakan bulai Mei dengan cabaran baharu, ini adalah imbasan tentang isu yang menjadi tumpuan ramai sepanjang bulan April 2020.

NOR ‘PHOENIX’ DIANA DALAM SENARAI FORBES ’30 UNDER 30 ASIA’

Jika dahulu nama usahawan, Vivy Yusof serta Pengacara, Neelofa pernah disenaraikan dalam Forbes ’30 Under 30 Asia’.

Kali ini giliran, Nor “Phoenix” Diana, ahli gusti profesional Malaysia yang berhijab pula tersenarai dalam senarai yang menampilkan pemimpin cemerlang dan inovatif.

BACA : Ahli gusti Malaysia Nor ‘Phoenix’ Diana tersenarai dalam Forbes ’30 Under 30 Asia’

RAKYAT MALAYSIA RAI HARI ISTIMEWA DR NOOR HISHAM 

Ulang tahun kelahiran adalah merupakan satu hari yang sangat bermakna buat semua insan dan pastinya disambut meriah oleh ahli keluarga dan teman rapat.

Namun kali ini agak istimewa buat Datuk Dr Noor Hisham apabila hari istimewanya disambut oleh seluruh rakyat Malaysia.

BACA : Dalam ‘perang’ survival rakyat Malaysia, Dr. Noor Hisham diraikan sempena hari istimewanya

BACA : Cikgu Sastera kongsi maksud tersirat di sebalik sajak khas untuk Dr Noor Hisham

BACA : Media rai hari lahir Noor Hisham dengan cara penjarakan sosial

ASTRO SAJIKAN STAY HOME CONCERT

Istimewa buat semua pelanggan Astro, pada 14 hingga 28 April Astro telah membawakan konsert artis kesayangan anda terus ke ruang tamu anda.

Pelanggan telah disajikan lebih 30 konsert dari ikon-ikon muzik pop, siri muzik global, rancangan muzik popular Korea, dokumentari istimewa serta biopik dan banyak lagi.

BACA : Daripada Yuna dan M Nasir sehinggalah ke BTS serta Coldplay, Astro bawakan Stay Home Concert

APA SEBENARNYA ISU ROHINGNYA?

Isu perlarian etnik Rohingya antara isu yang paling hangat dibincangkan oleh media dan rakyat Malaysia.

Jika menjengah ke media sosial, isu ini menjadi hangat kerana ada kenyataan-kenyataan yang membangkitkan kemarahan sesetengah pihak.

Namun pada masa sama, beberapa persatuan dari komuniti Rohingya di negara ini memohon maaf kepada kerajaan Persekutuan serta seluruh rakyat Malaysia atas beberapa kenyataan individu bernama Zafar Ahmed Abdul Ghani, yang dilihat menimbulkan kemarahan beberapa pihak.

BACA : Minta maaf Malaysia, Zafar Ahmed bukan pemimpin kami – Komuniti Rohingya

BACA : Rohingya: Apabila meminta hak menjadi manusia bertukar kepada sentimen kebencian

NORMAL BAHARU: PENGALAMAN YANG AKAN DICERITAKAN KEPADA ANAK CUCU

Sama seperti rakyat Malaysia yang lain, selebriti di Malaysia juga seharusnya mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun perkara tersebut tidak menghalang mereka untuk menjalani kehidupan seperti biasa.

Bagi penyanyi, Hael Husaini perkara ini akan menjadi satu pengalaman yang akan diceritakan kepada anak cucu satu hari nanti.

BACA : PKP: Ayda Jebat, Nabil Mahir bertunang secara dalam talian

BACA : Fazura, Fattah Amin bakal timang cahaya mata

BACA : Normal Baharu: Naim Daniel teruskan rakaman program masakan tanpa krew

BACA : Normal baharu: Sambut Ramadan semasa PKP, pengalaman akan dikongsikan untuk anak cucu – Hael Husaini

Kepada anda semua, pastikan anda semua kekal berada di rumah dan sama-sama kita bantu semua petugas barisan hadapan dalam menghapuskan rantaian COVID-19 ini.

#DudukRumah untuk #HapusCOVID19.

BACA : Tarik nafas anda, Januari sudah berlalu

BACA : Februari pun berlalu… ini imbasan isu gempar yang berlaku

BACA : Selamat tinggal Mac, April bawa harapan baharu pada masyarakat dunia





Source link