Artikel Terkini

Ini Teknik Paling Cepat Kaya Dengan Hartanah


Ramai orang yang bercita-cita untuk menjadi kaya dan mencapai financial freedom melalui pelaburan, dan pelaburan hartanah merupakan salah satu cara yang paling popular.

‘High risk, high return’ itulah falsafah paling tepat
untuk pelaburan hartanah yang dinihari semakin mencabar dan semakin ramai
pesaingnya.

“Flipping adalah satu konsep di mana kita membeli sebuah hartanah pada harga rendah dan menjualnya kembali ke pasaran pada harga yang lebih tinggi.”

Flip rumah adalah cara paling popular yang diguna pakai pelabur hartanah dalam mencapai objektif iaitu keuntungan semaksimum mungkin dan bersara sebelum umur mencecah 40 tahun.

Baca : 4 Tabiat Yang Pelabur Hartanah Biasa Buat

Bebas dari kewangan adalah idaman setiap insan dan ianya melibatkan kerja keras, kajian dan juga ‘good luck’; lebih-lebih lagi dalam pelaburan hartanah.

Teknik flipping merupakan teknik yang terbukti paling efektif untuk kita yang ingin mendapatkan keuntungan pada kadar segera atau short-term.

Adalah normal untuk anda mendapat modal dan keuntungan
dalam masa kurang tiga tahun dari pembelian hartanah tersebut.

Aktiviti flipping boleh menjadi sangat menyeronokkan, mendatangkan ketagihan kepada pelabur hartanah dan juga berbahaya.

Melakukan kajian secara terperinci akan lokasi yang ideal, jenis hartanah yang mendapat permintaan paling tinggi dan melakukan kajian terhadap transaksi hartanah adalah sangat menyeronokkan.

Baca : Azam 2017 Saya Ingin Memiliki Satu Hartanah

Selepas kita berjaya mendapat keuntungan hasil dari flipping, kita berkemungkinan menjadi ketagih untuk beli dan jual, beli dan jual sehingga masyarakat menggelar kita sebagai kapitalis hartanah.

Dan aktiviti flipping juga boleh menjadi sangat bahaya jika kita tidak membuat sebarang kajian yang mendalam, tiada perancangan terhadap hartanah yang dibeli dan juga pengurusan kewangan yang lemah.

Tapi sebelum itu, pastikan kita buat beberapa langkah ini terlebih dahulu sebelum nak flip sebarang rumah.

1. Lokasi

Lokasi merupakan perkara utama dalam menentukan kebolehan hartanah tersebut untuk mendatangkan keuntungan kepada kita dalam pelaburan hartanah.

Disebabkan itulah hartanah di lokasi yang berdekatan dengan fasiliti, booster hartanah dan dilengkapi infrastruktur yang lengkap lebih mahal berbanding lokasi yang tidak mempunyai atau kurang mempunyai fasiliti.

Tipsnya adalah, pastikan kita beli hartanah yang berhampiran dengan pengangkutan awam, bank, pasaraya dan juga masjid atau rumah ibadat.

2. Jenis Hartanah

Dengan kepadatan penduduk yang tinggi dan harga tanah yang semakin mahal di Lembah Klang, kita mungkin beranggapan bahawa permintaan untuk rumah jenis strata seperti flat, apartmen dan kondominium adalah lebih tinggi berbanding rumah landed.

Akan tetapi, sebenarnya terdapat juga permintaan untuk rumah landed di kawasan-kawasan tumpuan seperti TTDI, Setia Alam dan juga Ampang.

Sebenarnya terdapat
ramai warga kota yang berasal dari bandar, berhasrat untuk membeli rumah di
bandar juga.

Baca : Kenapa Anak Muda Tak Minat Beli Hartanah

Lakukan kajian yang mendalam mengenai permintaan dan penawaran jenis hartanah yang paling tinggi sebelum kita membuat sebarang andaian.

Jangan membuat andaian semata-mata, tetapi rajinkan diri dengan melakukan kajian dan berkomunikasi dengan masyarakat sekitar.

3. Pembiayaan

Kenal pasti pembiayaan mana yang lebih menguntungkan dan jenis pembiayaan yang berbeza-beza.

Baca : 5 Sebab Permohonan Pinjaman Ditolak Oleh Bank

Jangan lupa untuk membuat semakan terhadap kadar faedah bank dan produk bank yang sesuai untuk pembiayaan kita.

4. Kos

Terdapat kos-kos lain yang kita perlu bayar sekiranya ingin melakukan flipping seperti Real Property Gain Tax (RPGT), kos permulaan dan kos-kos lain.

“RPGT atau
CKHT adalah cukai yang dikenakan bagi keuntungan hasil jualan tanah atau
hartanah apabila harga jual semua adalah lebih tinggi dari harga belian.”

Sila rujuk jadual di bawah untuk mengetahui kadar RPGT yang terbaru.

Kita juga perlu mengeluarkan modal untuk menanggung kos-kos seperti ansuran bulanan rumah, kos guaman, duti setem, cukai tanah, cukai pintu dan cukai penilaian hartanah.

5. Beli Dengan Bijak

Pelabur yang bijak adalah, apabila mereka berjaya membeli rumah di bawah harga pasaran dan menjualnya mengikut harga pasaran.

Baca : 24 Idea Bisnes Yang Berpotensi Bernilai Jutaan Ringgit

Untuk mendapatkan rumah yang ideal di bawah harga pasaran, kita mungkin boleh menyemak senarai hartanah untuk dilelong melalui iklan-iklan di Facebook atau menerusi carian di Google.

“Tahukah anda, terdapat hampir 1,000 rumah dilelong oleh pihak bank dan mahkamah setiap bulan di Kuala Lumpur.”

Cara yang lebih
konvensional ialah dengan memohon pengurangan harga rumah daripada pemilik
rumah.

Ada juga pemilik rumah yang bersetuju untuk menjual hampir 20%-30% daripada harga pasaran tetapi mereka meminta kita menyediakan deposit sehingga 20% daripada harga rumah.

6. Renovate Rumah

Jika kita membeli rumah subsale, kita boleh melakukan renovasi tambahan atau menambah perabot dan kelengkapan rumah dengan tujuan memudahkan dan meningkatkan harga rumah tersebut.

Baca : Apa Perlu Buat Bila Dapat Kunci Rumah Dari Pemaju

Kita boleh mulakan dengan mengecat rumah dengan warna yang lebih sesuai seperti putih, membaiki sistem paip dan elektrik rumah, dan juga menukar pagar rumah yang baru.

Rombakan rumah adalah subjektif dan bergantung kepada keadaan semasa rumah tersebut.

7. Jual Pada Harga Pasaran

Jika harga pasaran rumah tersebut adalah RM300,000 dan kita berjaya membelinya pada harga RM200,000, maka kita telah untung secara kasar sebanyak RM100,000.

Jangan tunggu lama untuk jual rumah dan mulakan dengan mencari top ejen hartanah di kawasan tersebut, kerana proses jual beli rumah memakan masa yang lama.

Lebih cepat kita dapat jual rumah tersebut, lebih cepat keuntungan yang kita akan dapat.

Pastikan kita mendapatkan nasihat daripada pakar hartanah atau ejen hartanah terlebih dahulu sebelum mula membeli sebarang hartanah.

Baca : Senarai ‘Abang Long’ Sifu Hartanah Di Malaysia

Dapatkan nasihat
dan pandangan daripada mereka yang pakar dan ahli dalam bidang hartanah kerana
kadar cukai dan polisi kerajaan mungkin berubah dari semasa ke semasa.

Jangan lupa untuk melakukan kajian terhadap lokasi, jenis hartanah dan transaksi hartanah di portal-portal hartanah menerusi online.

Apa yang lebih penting, pastikan kita mempunyai modal yang cukup untuk menanggung pelbagai kos-kos upfront sebelum nak berjaya flip rumah tersebut.



Source link