Uncategorized

Ini Yang Anda Perlukan Untuk Berkebun Di Anjung

Ini Yang Anda Perlukan Untuk Berkebun Di Anjung 1


Tanaman sayur dalam pasu adalah idea bijak bagi anda yang mempunyai ruang terhad tidak kira di anjung, balkoni, dalam rumah dan sebagainya. Namun ramai yang mengalami masalah apabila hasil tuaian tidak menjadi. Sebenarnya, berkebun menggunakan pasu bukanlah semudah yang disangka. Ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan terlebih dahulu. Antaranya:

KENAL PASTI POTENSI

Perhatikan lokasi yang dipilih untuk memulakan projek tanam sayur di dalam pasu. Jika kawasan yang dipilih menghadap matahari naik di waktu pagi, ia tidak menjadi masalah dan potensinya tinggi untuk lebih subur. Ia penting bagi menentukan jenis tanaman yang sesuai di kawasan tersebut. Secara purata, kebanyakkan tanaman berdaun memerlukan pencahayaan sekurang-kurangnya 6 jam sehari. Namun, bagi jenis berbuah ia memerlukan pencahayaan 8 jam sehari.Ini Yang Anda Perlukan Untuk Berkebun Di Anjung 2

Ini Yang Anda Perlukan Untuk Berkebun Di Anjung 3

PILIH BEKAS ATAU PASU

Terdapat pelbagai saiz dan material pasu yang perlu diambil tahu, jangan asal tangkap muat sahaja. Pemilihan pasu terbaik untuk tanaman sayur adalah dari jenis tanah liat kerana ia mempunyai ruang udara yang berupaya mengekalkan kadar kelembapan dalam tempoh yang lama.

KEPERLUAN TANAMAN SAYUR BERPASU

Untuk permulaan, cuba tanam sayuran yang mempunyai tempoh tuaian pendek seperti kangkung, sawi, bayam, dan sebagainya. Bagi memastikan sayuran yang ditanam berjaya di tuai pada masanya, beberapa keperluan tanaman berpasu perlu disediakan seperti dibawah:

Medium tanaman

Medium tanaman atau tanah adalah komponen paling utama dalam proses memulakan projek tanaman sayur di dalam pasu. Tidak digalakkan untuk menggunakan tanah yang diambil di sekitar kediaman. Sebaiknya, beli medium tanaman siap bancuh atau potting mix yang terawat.

Ini Yang Anda Perlukan Untuk Berkebun Di Anjung 4

Penyiraman

Selain penyediaan medium yang sesuai, penyiraman juga antara faktor pendorong terhadap tumbesaran optimum tanaman. Namun, ia perlu dilakukan secara berhati-hati. Kebanyakkan tanaman mati bukan sahaja disebabkan oleh kekurangan siraman malah berlebihan air. Sebagai tip, pastikan siraman dilakukan sekurang-kurannya 1 hari sekali terutamanya bagi tanaman berdaun. Namun menjelang musim panas, siraman perlu dilakukan sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika khuatir, periksa medium tanaman. Jika permukaan medium kelihatan kering, baru lakukan siraman

Tip tambahan

  • Tanaman yang ditanam di dalam pasu kerap mengalami masalah kekurangan nutrient. Pastikan pembajaan dilakukan 1 minggu sekali atau sekurang-kurangnya setiap 2 minggu
  • Elak menggunakan baja yang mengandungi nitrogen tinggi pada tanaman jenis berbuah seperti tomato dan cili
  • Sebaiknya, pilih baja organik atau gunakan sahaja sisa buangan dapur seperti kulit bawang, sayur yang rosak, kulit telur, air basuhan beras sebagai baja organik. Jika ingin keterangan lebih mendalam mengenai baja layari https://www.impiana.my/teh-kulit-pisang-terapi-untuk-menggalakkan-ros-berbunga-lebat/
  • Sentiasa periksa tanaman anda terutamanya di bahagian bawah daun bagi mengelak serangan serangga perosak.

 

Komen anda





Source link