Artikel Terkini

Istilah ‘Buy Low, Sell High’, Datangnya Daripada Seorang Sami?


Buy Low Sell High, atau Sell High Buy Low, adalah merupakan satu falsafah pelaburan atau perdagangan yang tidak asing lagi. Tidak kiralah anda amatur, atau profesional dan sebagainya, falsafah ini antara asas yang paling banyak di gunakan. Terlalu banyak teknik yang digunakan untuk proses pengenalpastian paras harga terlalu tinggi atau sudah berada di paras yang rendah.

Mungkin kebanyakan daripada kita berpendapat falsafah ini berasal dari dunia barat. Namun tahukah anda, falsafah ini sebenarnya berasal dari Negara Jepun, dan diperkenalkan oleh seorang sami?

Asal-Usul Pasaran Futures

Ketika gelembung perdagangan beras di Dojima melanda, terlalu banyak spekulatif berlaku. Semestinya ada yang mengalami keuntungan dan begitu juga dengan kerugian. Namun terdapat seorang pemuda yang sentiasa gagal dalam perdagangan futures rice exchange.

Disebabkan mengalami kerugian yang terlalu tinggi, sehinggalah menyebabkan pemuda tersebut menjadi papa kedana. Rumah, aset perniagaan dan sebagainya habis di jual.

Disebabkan jatuh miskin secara mendadak, pemuda tersebut
terpaksa tinggal dan menumpang hidup di tokong. Semasa menghadapi  kerugian dan mencari faktor utama beliau
rugi, beliau banyak meluangkan masa dengan seorang sami yang mempunyai reputasi
baik dalam memberi penerangan. Lelaki tersebut telah mengutarakan persoalan:

‘Saya sentiasa melakukan kesilapan, tidak kiralah bagaimana saya mencuba. Apakah yang sepatutnya saya lakukan bagi menciptakan keuntungan?’

Sami tersebut menjawab dengan riak muka yang bersahaja ‘Perkara tersebut mudah dan senang, beli
ketika murah dan menjualnya ketika sudah mahal. Bagaimana kamu boleh kerugian
jika kamu membeli ketika murah, dan menjualnya ketika sudah mahal?’

Disebabkan nasihat sami tersebut, beliau mula mencipta keuntungan dan seterusnya kembali berjaya dalam dunia perdagangan beras. Disebabkan kembalinya laki-laki tersebut bangkit dari kegagalan, resepi kejayaan beliau mula tersebar, dan perkataan sami tersebut mula menjadi gaya ikutan pedagang ketika itu.

Nampak Macam Senang Je Kan?

Pada saat ini, falsafah ‘buy low sell high atau sell high buy low’ menjadi lawak jenaka bagi kita, namun masih lagi kekal sebagai falsafah utama dalam pelaburan atau perdagangan. Sememangnya falsafah tersebut mampu menjanjikan kejayaan jika kita mahir menggunakannya.

Namun dalam pasaran sebenar, sedikit sukar untuk menentukan paras harga murah atau sebaliknya. Kita kena sentiasa beringat, kadang-kadang “buy low sell high”, boleh bertukar menjadi ‘Buy low cry high’.

Tahukah anda, disebabkan nasihat sami tersebut, kita telah berjaya menemui strategi ‘Support and Resistance’?

Dan kalau nak tahu, candlestick yang kita pakai dalam membuat Technical Analysis juga berasal dari Jepun. Nak tahu lebih lanjut mengenainya, jemput baca Prinsip ‘The Three Monkey Record of Money’: Asal-Usul Candlestick Jepun.



Source link