Uncategorized

Isu Dan Cabaran Perumahan di Malaysia (2019)

Isu Dan Cabaran Perumahan di Malaysia (2019) 1


Isu Dan Cabaran Perumahan di Malaysia (2019) 2

Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 yang lalu, industri hartanah berkembang dengan begitu cepat bahkan adalah tidak keterlaluan jika kita mengandaikan yang ianya telah menjadi industri utama dalam memacu pembangunan dan peningkatan ekonomi domestik daripada sektor bahan mentah, pembinaan hinggalah kepada industri servis.

Sungguhpun begitu, terdapat beberapa cabaran yang wujud pada masa kini yang menjadi faktor utama berlakunya ketidakseimbangan di antara pencapaian sosio-ekonomi dan penawaran hartanah.

Apakah isu dan cabaran hartanah di Malaysia? Dan sejauh manakah perkara ini memberi impak kepada industri hartanah domestik sekaligus ekonomi negara?

ISU DAN CABARAN HARTANAH DI MALAYSIA.

Isu Dan Cabaran Perumahan di Malaysia (2019) 3

1. Ketidakmampuan Membeli Rumah Mengikut Harga Pasaran.

Berdasarkan kajian yang dilakukan pada tahun 2002 sehingga 2016, tahap ketidakmampuan untuk membeli rumah telah meningkat dengan drastik. Tahap kemampuan memiliki hartanah telah menurun bermula tahun 2012 sehingga tahun 2014.

Isu Dan Cabaran Perumahan di Malaysia (2019) 4
Kredit: Guruhartanah.my

Namun begitu, tahap kemampuan membeli rumah menunjukkan peningkatan dengan kadar MM 5.0 sungguhpun ianya masih dikategorikan sebagai ‘sangat tidak mampu milik‘.

Hal ini berlaku kerana harga rumah yang ditawarkan kepada pasaran semakin meningkat dan sekaligus mempengaruhi tahap kemampuan memiliki hartanah dalam kalangan rakyat awam.

Buat pengetahuan anda, harga rumah pada tahun 2016 adalah 2.4 kali ganda lebih tinggi berbanding pada tahun 2000!

2. Ketidaksepadanan Antara Penawaran Dan Permintaan Rumah Mengikut Lokasi.

Mengikut asas ekonomi, apabila permintaan sama dengan penawaran, maka keseimbangan pasaran akan berlaku. Namun begitu, perkara ini seakan – akan tidak wujud dalam pasaran hartanah lebih – lebih lagi di kawasan bandar.

Isu Dan Cabaran Perumahan di Malaysia (2019) 5
Kredit: YouTube

Di bandar utama di Malaysia, penawaran perumahan lebih menjurus kepada rumah kos tinggi seperti banglo, servis apartment dan residen. Sebagai misalannya, di Pulau Pinang sahaja seluruh hartanah yang dilancarkan pada tahun 2016 berharga lebih dari RM250,000 dan sebahagian besarnya berharga RM500,000 sehingga RM1,000,000.

Transaksi rumah yang berharga di bawah RM500,000 juga telah mencatatkan penurunan kepada 83% pada suku ketiga 2014 berbanding 98% pada tahun 2002.

3. Industri Perumahan Tidak Berinovasi.

Satu perkara yang kita perlu akui ialah industri perumahan di Malaysia tidak berinovasi dari segi pembinaan, perolehan dan penyampaian. Kesannya, industri perumahan menjadi kurang cekap dan gagal mencapai sasaran dan objektif utama.

Isu Dan Cabaran Perumahan di Malaysia (2019) 6
Kredit: StarProperty.my

Oleh yang demikian, pengunaan teknologi dan tenaga mahir wajar dipertingkatkan bagi meningkatkan bukan sahaja produktiviti tetapi juga kepada skop tenaga buruh tidak mahir dalam teknik pembinaan daripada konvensional kepada moden.

“Pendekatan ‘jual kemudian bina’ perlu diubah sepenuhnya kepada ‘bina kemudian jual’ agar menguntungkan kedua – dua pihak pemaju dan pembeli kelak.”

Hal ini bagi mengelakkan pembeli yang terdedah dengan risiko – risiko projek perumahan yang terbengkalai, lambat siap dan gagal memenuhi spesifikasi yang dijanjikan.

4. Ketiadaan Sistem Bersepadu Bagi Memastikan Kesepadanan Di Antara Penawaran Dan Permintaan.

Ketiadaan atau kekurangan data dan statistik menyebabkan wujud jurang yang besar dalam menjalankan analisis permintaan dan perumahan.

Perkara ini wajar ditangani agar analisis secara komprehensif dan holistik dapat dijalankan bagi membolehkan pemantauan dan perancangan yang lebih berkesan ke dalam cabaran ini mampu ditangani.

Isu Dan Cabaran Perumahan di Malaysia (2019) 7
Kredit: Red Ang Pow

Antara isu utama berkaitan data dan statistik yang dihadapi di peringkat negeri dan pusat adalah pangkalan data tidak lengkap dan tidak dikemas kini.

Selain itu, kebanyakan data tidak menepati skala spatial dan data hanya terdapat dalam bentuk bertulis dan bukan digital.

Semoga isu dan cabaran ini mampu ditangani dengan baik oleh pihak Kerajaan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan perlaksanaan Dasar Perumahan Negara 2.0 baharu yang akan dilaksanakan kelak!

Isu Dan Cabaran Perumahan di Malaysia (2019) 8

Sertai Channel Telegram Hartabumi Sekarang !


Langgan Info Terkini





Source link