Uncategorized

Jalil Rasheed Bakal Dilantik CEO Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB)

Jalil Rasheed Bakal Dilantik CEO Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) 1


Dalam pengumuman terbaru, Jalil Rasheed bakal dilantik menjadi CEO Kumpulan PNB yang baru bagi menggantikan YBhg Dato’ Abdul Rahman Ahmad apabila tamatnya kontrak beliau pada penghujung bulan September 2019.

Khabarnya YBhg Dato’ Abdul Rahman Ahmad bakal berpindah ke Sime Darby Berhad sebagai pengerusi syarikat. Dengan PNB selaku pemegang saham terbesar Sime Darby, khidmat beliau masih diperlukan bagi memajukan lagi syarikat-syarikat tempatan.

Untuk pengetahun, PNB merupakan pengurus dana terbesar di Malaysia dengan sejumlah RM301.4 bilion aset di bawah pengurusan setakat bulan Mei 2019.

Sumber Rujukan: The Edge Markets

Siapakah Gerangan Jalil Rasheed?

Menurut laman web Invesco, beliau telah menyertai Invesco pada bulan April 2013 selaku Pengarah Pelaburan di pejabat Singapura.

Sebelum menyertai Invesco, beliau merupakan CEO Aberdeen Islamic Asset Management di Kuala Lumpur. Beliau merupakan ketua negara untuk Malaysia dan menerajui pengurus dana bagi ekuiti negara ASEAN.

Sebelum itu, beliau berada di Singapura bagi tempoh 2005-2007 dan di London dari 2003 ke 2005 bersama Aberdeen, sebagai seorang ahli ekuiti benua Asia dan pasaran baru muncul (Emerging Markets).

Beliau mempunyai Bachelor of Science in Accounting and Finance degree daripada London School of Economics & Political Science, United Kingdom.

Barisan kepimpinan PNB sebelum berita perlantikan Jalil Rasheed:

Jalil Rasheed Bakal Dilantik CEO Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) 2
Sumber: Laman Web PNB

Memang hebat pun barisan kepimpinan PNB selama ini. Dengan adanya CEO Kumpulan yang baru yang berpengalaman, sudah pasti kita harapkan PNB akan terus maju jaya.

Prestasi Pelaburan PNB Meningkat Bagi Tahun 2019

Jika dilihat kepada prestasi pelaburan PNB, kita dapat lihat peningkatan bagi tahun ini. Boleh rujuk Top 20 Pelaburan PNB Di Bursa Malaysia Meningkat 5.41% Bagi Setengah Tahun 2019 untuk maklumat lanjut.

This image has an empty alt attribute; its file name is 20-Pegangan-Saham-Terbesar-PNB-di-Bursa-Malaysia-700x580.jpg
Sumber: The Edge dan Bloomberg

Diharapkan Pulangan Dana PNB Akan Meningkat Tahun Ini

Jalil Rasheed Bakal Dilantik CEO Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) 3

Jika dilihat kepada prestasi pulangan bagi ASB dan dana-dana lain yang dikendalikan PNB, ianya mencatatkan sedikit penurunan. Tetapi dengan peningkatan prestasi yang dicatatkan mereka pada tahun ini, maka kita sudah semestinya berharap pulangan pelaburan akan turut meningkat.

Jalil Rasheed Bakal Dilantik CEO Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) 4

Jalil Rasheed Bakal Dilantik CEO Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) 5

Komen

komen





Source link