Uncategorized

Jangan jadikan kaedah alternatif rawatan utama kanser

Jangan jadikan kaedah alternatif rawatan utama kanser 1



Jangan jadikan kaedah alternatif rawatan utama kanser 2

GOPENG: Pesakit kanser dinasinati supaya tidak menjadikan rawatan alternatif atau perubatan homeopati sebagai rawatan utama , kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

Beliau berkata sehingga kini ini tiada kajian membuktikan perubatan homeopati dapat merawat kanser berbanding rawatan di hospital yang telah diluluskan terbukti mampu mengubati penyakit kanser.

“Pesakit perlu faham tujuan rawatan alternatif ini. Sebagai contoh, rawatan kanser payudara ada bukti saintifik ia boleh dirawat melalui pembedahan, kemoterapi, radioterapi dan ubat spesifik yang jelas telah buktikan kemandirian untuk pesakit.

Untuk rawatan alternatif, ia cuma membantu jadi jangan gunakan rawatan alternatif atau homeopati sebagai rawatan primary (utama), jangan. Ia boleh membantu semasa pesakit menerima rawatan daripada hospital,” katanya ketika berucap di majlis perasmian Program Kesedaran Kanser Wanita dan Kesejahteraan Keluarga peringkat Parlimen Gopeng di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Lee yang juga Ahli Parlimen Gopeng berkata selain menjalani rawatan di hospital, sokongan daripada keluarga dan masyarakat amat diperlukan bagi dapat membantu pesakit kanser melalui saat genting tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Datuk Dr Narimah Awin berkata mengikut data pihaknya, sejak ujian saringan mamogram secara percuma dilancarkan pada 2007 hingga 30 Jun lepas hanya 368,786 wanita memanfaatkannya.

Katanya daripada jumlah itu, 43 peratus adalah daripada kaum Cina, 39 peratus Melayu dan sembilan peratus, India.

“Daripada 368,786 wanita yang telah melakukan saringan, seramai 39,861 perlukan penyiasatan lanjut, manakala 705 positif kanser dan selebihnya normal,” katanya sambil menasihati wanita agar meningkatkan kesedaran melakukan ujian saringan kanser.

— BERNAMA





Source link