Uncategorized

Jet Peribadi Honda Baru Yang Berharga $5 Juta

Jet Peribadi Honda Baru Yang Berharga $5 Juta 1


Biasa bila sebut nama Honda, mesti kita terbayangkan kereta atau motosikal. Jarang pula kita dengar pengeluar daripada Jepun ini ada teknologi kapal terbang – dan mahal pula tu.

Harga jet peribadi HondaJet Elite yang boleh memuatkan 6 orang ini berharga $5.25 juta USD. Dengan kelajuan ‘top speed’ mencecah 486 batu sejam, jet ini boleh pergi sejauh 1,437 batu nautika.

Tengok sendiri gambar-gambar di bawah, kot-kot berkenan nak beli ke.

Jet Peribadi Honda Baru Yang Berharga $5 Juta 2

Memang mewah, ada kerusi kulit dan ruang yang luas untuk empat orang. Nak tidur boleh, nak buat kerja boleh, buat je lah apa-apa pun. Siap ada bilik air persendirian lagi di dalamnya.

H/O: HondaJet Elite galley 190304

Rasa lapar dalam perjalanan? Ianya turut dilengkapi ruangan dapur untuk alas perut ketika dalam penerbangan.

H/O: HondaJet Elite cockpit 190304

Tempat untuk juruterbang pun canggih, kemas dan nampak moden. Mesti best kan pilot kalau bawa jet ni?

Apa tunggu lagi, beli lah satu untuk balik kampung raya tahun depan.

Sumber: CNBC

Jet Peribadi Honda Baru Yang Berharga $5 Juta 3

Komen

komen





Source link