Uncategorized

Jim Chanos ‘The Financial Puzzle Artist’ – Encyclopedia Of Short Seller

Jim Chanos 'The Financial Puzzle Artist' - Encyclopedia Of Short Seller 1


Beliau bernama James S. “Jim” Chanos atau lebih dikenali sebagai Jim Chanos. Dilahirkan pada 24 Disember 1957 dan merupakan pengasas dan pengarah kepada Kynikos Associates, sebuah firma Hedgefund di Amerika Syarikat.

Sedikit fakta tentang Kynikos Associates:

Jim Chanos 'The Financial Puzzle Artist' - Encyclopedia Of Short Seller 2

Merupakan syarikat Hedgefund yang memfokuskan sepenuhnya kepada Short-Selling. Telah ditubuhkan pada tahun 1985 oleh Jim Chanos dan ‘Cynic(κυνικός)’ membawa maksud ‘Selling’ dalam bahasa Greek. Ketika artikel ini ditulis, Asset Under Management (AUM) milik  Kynikos Associates adalah sebanyak $1,123,034,250. Main trilion dolar tu.

Di dalam dunia kewangan, hanya terdapat 3 firma yang memfokuskan kepada Short-seller sepenuhnya dan Kynikos adalah pelopor kepada pendekatan firma Hedgefund seperti ini.

Kehidupan Awal:

Beliau dilahirkan dalam keluarga yang berpindah randah yang berasal dari Greece. Keluarganya tinggal di Milwaukee dan mempunyai perniagaan pembersihan pakaian ataupun dobi. Beliau merupakan pemegang ijazah B.A dalam Economic & Political dari University of Yale pada tahun 1980.

Karier:

Beliau terlibat sebagai short-seller secara tidak sengaja. Ianya bermula apabila beliau mengambil position Short terhadap saham Baldwin United, pengeluar dan kilang piano yang beroperasi lebih daripada 100 tahun. Beliau terpanggil untuk melakukan short-selling terhadap Baldwin United setelah melihat terdapat aktiviti fraud dalam kewangan syarikat tersebut.

Di sinilah muncul idea utama beliau untuk melakukan short-selling terhadap saham. Beliau mengambil peluang dan kesempatan terhadap syarikat perniagaan yang bekerja di sebalik kegiatan aktiviti fraud.

Fakta ringkas, kejatuhan Baldwin Piano pada tahun 1981 sehingga tahun 1982 merupakan salah satu kejatuhan syarikat korporat yang paling teruk dalam sejarah kewangan di Amerika Syarikat ketika itu. Namun pada tahun 1985, beliau dipecat daripada firma Hedgefund tempat beliau bekerja, disebabkan mengalami kerugian besar hasil daripada short-selling analisis yang dilakukan beliau.

Jim Chanos 'The Financial Puzzle Artist' - Encyclopedia Of Short Seller 3

Tidak gentar dan mengalah, kemudiannya beliau memulakan karier baru, dengan menubuhkan firma syarikat Hedgefund beliau sendiri iaitu Kynikos Associates. Mengambil position Short terhadap Enron merupakan kejayaan terbesar yang pernah beliau catatkan.

Tahukah anda nilai keseluruhan kekayaan beliau pada tahun 2009 bertukar daripada $300 juta kepada $1.5 bilion? Kemudiannya pada tahun yang sama, beliau disingkirkan daripada senarai status US Forbes 400 kerana mengalami kerugian peribadi yang besar.

Dan tahukah anda George Soros yang digelar sebagai ‘The Man Who Broke The Bank of England’ juga merupakan salah seorang pelabur kepada Kynikos Associates? Mungkin ianya disebabkan falsafah pelaburan beliau iaitu ‘Buy First Investigate Later’.

Jim Chanos 'The Financial Puzzle Artist' - Encyclopedia Of Short Seller 4

Komen

komen





Source link