Artikel Terkini

Jom Semak Kelayakan Rumah Dari 17 Bank Di Malaysia


Tahukah anda, hari
ini terdapat fungsi online yang membolehkan anda menyemak kadar Debt Service
Ratio dan bank mana yang mampu menawarkan pinjaman hartanah kepada anda tanpa
anda perlu memuat naik maklumat peribadi seperti IC.

Berdasarkan data
yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia menerusi portal Housing Watch, dua faktor
utama sebahagian besar pinjaman hartanah ditolak adalah gara – gara skor kredit
yang rendah dan kadar DSR yang terlalu tinggi.

Baca : Ketahui Debt Service Ratio (DSR) Anda Untuk Harga Rumah Yang Mampu DiMiliki Berdasarkan Gaji

Dengan fungsi ini,
anda tidak perlu lagi mengambil cuti dan memandu ke pelbagai jenis bank semata
– mata untuk mengetahui kelayakan, kadar faedah dan bayaran bulanan pinjaman
hartanah yang anda pohon.

LoanCare dari iProperty adalah satu sebuah kalkulator online yang berfungsi mengira dan membandingkan kelayakan pinjaman hartanah secara percuma hanya dengan 3 langkah.

Selepas anda
memasukkan data dan informasi yang diperlukan, anda akan mendapat nisbah
pembiayaan hutang atau Debt Service Ratio anda untuk permohonan pinjaman.

Baca : Ramai kata tak mampu beli rumah. Bukan tak mampu tapi “tak tahu”

Selepas itu, anda
akan mendapat informasi tentang kelayakan pinjaman perumahan maksimum mengikut
nisbah Debt Service Ratio anda.

Terakhir sekali,
anda hanya perlu membandingkan kelayakan pinjaman perumahan anda dari 17 bank
yang menawarkan pinjaman hartanah di Malaysia!

Baca : Kadar Pinjaman Rumah Lulus Menurun, Ini 4 Puncanya

Maklumat yang
diminta hanyalah maklumat kewangan sahaja dan bukan maklumat peribadi yang
sulit.

Dengan LoanCare, anda mampu membandingkan pilihan pinjaman dan bajet bayaran bulanan pinjaman kepada bank.

Baca : Bank Mana Paling Bagus Untuk Mohon Loan Perumahan? Staff Bank Ini Kata Ada 10 Faktor

Fungsi LoanCare membantu anda membuat keputusan dengan lebih bijak dalam memilih bank yang menawarkan pinjaman maksimum, kadar faedah dan bayaran balik pinjaman mengikut laporan kelayakan pinjaman anda.

Langkah – Langkah Semak Kelayakan Rumah Dari 17 Bank Di Malaysia

Pertama sekali,
anda perlu masukkan maklumat penting seperti jumlah gaji bulanan, komisen,
bonus dan sebagainya.

Selepas itu, anda
perlu memasukkan komitmen bulanan anda seperti komitmen ASBF, pinjaman kereta
dan PTPTN.

Gambar di atas
menunjukkan gaji yang dimasukkan adalah RM3,000
dengan komitmen bulanan adalah ASBF
sebanyak RM100 sebulan,
pinjaman
kereta sebanyak RM300 sebulan
dan akhir sekali PTPTN RM100 sebulan.

Selepas itu,
informasi seperti nisbah Debt Service Ratio, harga rumah maksimum yang anda
layak mohon, bayaran bulanan akan terpampang.

Pastikan nilai Debt
Service Ratio anda berwarna hijau atau sekurang – kurangnya kuning bagi
meningkatkan peluang permohonan pinjaman hartanah anda lulus.

Warna oren
menandakan pinjaman anda mempunyai risiko untuk tidak diluluskan dan warna
merah dan kelabu menandakan potensi permohonan pinjaman anda untuk gagal adalah
sangat tinggi.

Semakin tinggi
nisbah Debt Service Ratio anda, semakin kurang peluang permohonan pinjaman
hartanah anda untuk lulus oleh bank.

Hal ini kerana,
bank menilai anda sebagai seorang peminjam yang mempunyai kadar keberhutangan
yang tinggi dan berisiko tinggi untuk gagal dalam membuat pinjaman balik
mengikut waktu yang ditetapkan.

Untuk mengetahui rekod CCRIS anda, anda boleh buat semakan secara online di portal online eCCRIS oleh Bank Negara Malaysia sebelum melihat rekod pembayaran balik pinjaman anda.

Hari ini terdapat pelbagai fungsi online dalam
membantu pembeli rumah mengira kelayakan dan harga rumah yang layak mereka
beli.

Tetapi semua itu tidak berguna sekiranya
pemohon pinjaman hartanah gagal menjaga rekod skor kredit dan pemohon mempunyai
kadar hutang yang terlalu tinggi.

Baca : 5 Jenis Pembiayaan Dan Pinjaman Rumah Di Malaysia

Sebelum anda beli rumah, jangan buat pinjaman
yang terlalu tinggi dan untuk selamat pastikan nisbah Debt Service Ratio anda
tidak melebihi 60%.

Anda masih belum tahu kelayakan harga rumah maksimum yang anda layak pohon? Jom kira sekarang di LoanCare dari iProperty!

Selepas anda semak kelayakan anda, jangan lupa
untuk susun dokumen penting dan dokumen sokongan yang diperlukan oleh bank
untuk permohonan pinjaman hartanah anda.

Baca : Senarai Semak Dokumen Permohonan Pembiayaan Rumah

Jika anda belum layak untuk membeli rumah,
tambah pendapatan dan kurangkan komitmen bulanan anda secepat mungkin!



Source link