Artikel Terkini

Kadar Pinjaman Rumah Lulus Menurun, Ini 4 Puncanya


Tahukah anda, Bank Negara Malaysia (BNM) mendedahkan bahawa kadar pinjaman perumahan yang diluluskan di Malaysia setakat Jun 2019 yang lalu telah menurun.

Kadar tersebut adalah
lebih rendah berbanding purata pinjaman yang diluluskan sepanjang tahun 2014
hingga tahun 2018.

Baca : Pinjaman Rumah Tak Lulus Sebab Kau Terlalu Muda? Ini Penjelasannya

Sepanjang Januari
2019 hingga Jun 2019 yang lalu, jumlah permohonan bagi pembiayaan pinjaman
hartanah adalah berjumlah RM107.2 bilion.

Akan tetapi, hanya
180,000 peminjam yang berjaya mendapat kelulusan pinjaman pembiayaan hartanah
dengan jumlah pinjaman RM78.5 bilion.

Dari sudut lain, 44% daripada pemohon adalah pembeli rumah
pertama.

Angka ini adalah
lebih tinggi berbanding tahun 2018 dengan 43.5%,
43% pada tahun 2017, 39% pada tahun 2016 dan 38% pada tahun 2015.

Trend peningkatan
pinjaman pembiayaan hartanah yang diluluskan dari kalangan pembeli rumah
pertama ini menunjukkan kesedaran tentang membeli hartanah telah meningkat di
kalangan rakyat Malaysia.

Baca : 5 Jenis Pembiayaan Dan Pinjaman Rumah Di Malaysia

Ini merupakan satu
pencapaian yang baik memandangkan jumlah
pembeli rumah pertama di Malaysia sepanjang tempoh Januari hingga Jun 2019
adalah 79,200 orang!

Peratus Pinjaman Lulus Dan Kurungan Harga Rumah

Menurut sumber BNM, sepanjang Januari hingga Jun 2019, hartanah pada kurungan harga RM500,000 hingga RM1 juta mewakili 33% daripada permohonan pembiayaan pinjaman hartanah yang lulus.

Baca : 5 Mitos Pinjaman Peribadi Yang Terungkai: Apa Yang Benar dan Palsu

Manakala hartanah
pada kurungan harga RM300,000 hingga RM500,000 mewakili 30%.

Hartanah dalam
kurungan harga di bawah RM300,000 juga menyumbang 30% daripada permohonan pembiayaan pinjaman hartanah yang berjaya.

Akhir sekali adalah
hartanah dalam kurungan harga melebihi RM1 juta menyumbang 7%.

4 Punca Kadar Pinjaman Rumah Lulus Turun

1. Kadar Debt Service Ratio (DSR)

1 daripada 2 permohonan pembiayaan pinjaman hartanah tidak lulus di Malaysia kerana kadar DSR pemohon adalah melebihi paras yang membolehkan mereka mendapat pinjaman daripada pihak bank.

Baca : Ketahui Debt Service Ratio (DSR) Anda Untuk Harga Rumah Yang Mampu DiMiliki Berdasarkan Gaji

Kadar DSR setiap
bank adalah berbeza mengikut gaji dan keperluan bank.

Sebagai contoh,
Maybank menetapkan kadar DSR untuk pinjaman hartanah bagi gaji bersih RM3,500 ke atas adalah 70%.

Manakala kadar DSR
bagi gaji bersih di bawah RM3,500 adalah
40%.

Ini berbeza dengan
Ambank yang menetapkan kadar DSR bagi gaji
bersih di bawah RM10,000 adalah 70%
dan bagi gaji bersih di atas RM10,000 adalah 75%.

2. Baki Pendapatan Terlalu Sedikit

Disebabkan komitmen yang tinggi seperti pinjaman peribadi dan pinjaman kenderaan, kebanyakan pemohon mempunyai baki pendapatan yang terlalu sedikit.

Perkara ini mungkin biasa berlaku di kalangan golongan pekerja di mana selepas ditolak perbelanjaan bulanan dan kewajipan lain, baki wang hanya tinggal dua angka di dalam bank.

Baca : 5 Sebab Permohonan Pinjaman Ditolak Pihak Bank

Kesannya, bank
melihat pemohon sebagai peminjam berisiko untuk pinjaman hartanah yang
berjumlah ratusan ribu ringgit.

3. Skor Kredit Yang Lemah

Ramai yang
beranggapan skor kredit adalah tidak penting sama sekali.

Sebaliknya, skor kredit adalah salah satu kriteria wajib yang digunakan bank sebagai indikator kebolehan kita (peminjam) membuat bayaran balik pinjaman.

Baca : eCCRIS – Laporan Kredit di Hujung Jari

Rata-rata pemohon mempunyai rekod skor kredit yang lemah kerana gagal menjalankan tanggungjawab sebagai peminjam dalam membuat bayaran balik kepada bank.

Semakin tinggi skor kredit kita, semakin cerah peluang untuk permohonan pinjaman kita diluluskan.

4. Dokumen Tidak Lengkap

Lagi satu kesilapan terbesar pemohon pembiayaan pinjaman hartanah adalah tidak memberikan penyata gaji bulan yang terkini.

Sebagai persediaan, kita sebagai peminjam perlu memberikan semua dokumen yang relevan bagi membolehkan bank melihat kita sebagai peminjam yang layak dan mampu membuat bayaran balik pinjaman hartanah tersebut.

Lain bank, lain kriterianya. Semak dokumen yang diperlukan dengan peguam dan pegawai bank yang menguruskan pinjaman hartanah kita.

Data dan input yang
dikongsikan Bank Negara Malaysia ini jelas menunjukkan peningkatan kesedaran
dalam pengurusan kewangan dan hartanah semakin meningkat di kalangan pembeli
rumah pertama.

Baca : 9 Bajet Yang Perlu Disediakan Sebelum dan Selepas Membeli Rumah

Dan trend
permohonan pembiayaan pinjaman hartanah yang gagal juga hanya menunjukkan
masalah yang sama seperti sebelumnya.

Solusi buat mereka yang turut mengalami masalah ini adalah dengan mengurangkan kadar Debt Service Ratio, menambah pengetahuan tentang kewangan dan membeli rumah mengikut kelayakan gaji kita.

Sumber Rujukan:



Source link