Uncategorized

Kaitan Teknologi Dengan Orang Terkaya Dunia

Kaitan Teknologi Dengan Orang Terkaya Dunia 1


Jika dilihat kepada senarai terkini orang terkaya dunia,
ramai juga yang lahir daripada industri berkaitan teknologi dan IT.

Siapa yang tak kenal Jeff Bezos dengan Amazon, Bill Gates
dan Steve Ballmer dengan Microsoft, Larry Ellison dengan Oracle, Mark
Zuckerberg dengan Facebook, Larry Page dan Sergey Brin dengan Google, Ma
Huateng dengan Tencent (WeChat). Daripada e-commerce ke perisian, ke media
sosial, ke carian Internet dan sebagainya, orang IT yang hebat-hebat pastinya
dapat mengaut keuntungan yang besar.

Ini baru senarai Top 20 terkaya dunia pun dah ramai, kalau diikutkan ramai lagi. Bagaimana pula dengan Apple, Samsung, Intel, IBM, Cisco, SAP dan banyak lagi? Begitu juga dengan nama-nama besar lain seperti Uber, Grab, Gojek, Alibaba dan banyak lagi.

Nak senaraikan pun terlalu banyak, jadi apakah persamaan di antara syarikat-syarikat gergasi dunia?

Guna Artificial Intelligence (Kecerdasan Buatan) dan Big Data (Data Raya)

Kecerdasan Buatan (AI) mengikut Wikipedia bermaksud:

Kecerdasan
buatan (bahasa Inggeris: Artificial Intelligence, lebih dikenali sebagai AI)
atau merupakan kajian kejuruteraan mesin cerdas yang mampu melakukan fungsi dan
ciri-ciri pemikiran manusia.

Data Raya (Big Data) menerusi MAMPU pula bermaksud:

Data Raya (Big Data) merupakan satu ledakan informasi yang seiring dengan pertumbuhan ekosistem penggunaan mobile dan data internet. Pelbagai jenis data berstruktur dan tidak berstruktur daripada media sosial seperti blog, facebook, twitter telah menyokong pertumbuhan Data Raya yang besar, pelbagai, tidak terbatas dan bernilai (volume, variety, velocity, value) sehingga kepada terabytes dan petabyte data.

Ya, sudah tiba masanya untuk kita gunakan sepenuhnya teknologi yang ada. Dengan teknologi AI dan Big Data yang semakin meluas, kita dah boleh tahu macam-macam maklumat. Syarikat dah boleh tahu minat pelanggan, corak pembelian pelanggan dan sebagainya. Maka iklan yang sesuai boleh ditunjukkan kepada pelanggan untuk mempengaruhi.

Pembelajaran Mesin (Machine Learning)

Untuk itu berlaku, kita akan programkan komputer atau mesin
untuk membolehkan mereka belajar sama seperti manusia. Dapat menyelesaikan sama
seperti manusia. Malah bukan sama saja seperti manusia, tetapi lebih lagi.

Lebih banyak input yang diperolehi, lebih baik output yang
dihasilkan.

Di Malaysia Kita Ada Jardine One Solution (JOS)

Dengan lebih 60 tahun pengalaman di Asia, JOS merupakan penyepadu sistem (system integrator), penyedia penyelesaian (solutions provider) dan perundingan teknologi (consultancy technology). Kepakaran mereka dalam industri tempatan dan antarabangsa tiada tolok bandingnya.

Dengan pejabat di China, Hong Kong, Macau, Malaysia dan Singapura, JOS berazam untuk meningkatkan prestasi perniagaan dan kerajaan di rantau Asia. Kalau nak tahu, JOS merupakan sebahagian daripada Kumpulan JTH (Jardine Matheson Group) yang merupakan syarikat Fortune 500, iaitu 500 syarikat terbesar dunia.

Kaitan Teknologi Dengan Orang Terkaya Dunia 2

Baru-baru ini pihak Majalah Labur berpeluang untuk menemuramah Encik Steven Soo, Pengarah Urusan JOS Malaysia bagi mendapatkan perkembangan AI dan Big Data di Malaysia. Beliau turut berkongsi bagaimana industri kewangan dan pelaburan sepatutnya sudah menggunakan teknologi bagi mengembangkan lagi industri kewangan, daripada tradisional kepada masa depan.

Sepatutnya sudah ada aplikasi yang boleh mengumpul data seperti umur, pendapatan, perbelanjaan, aset, liabiliti dan sebagainya; dan seterusnya mencadangkan pelaburan yang sesuai, pecahan perbelanjaan yang dicadangkan, tips-tips yang bersesuaian dan banyak lagi.

Menurut beliau, Malaysia ketinggalan 10 tahun ke belakang berbanding negara-negara maju yang lain dalam menggunakan teknologi untuk kemudahan semua pihak. Ini kerana tahap kesedaran kita masih lemah dan mungkin kita tidak nampak kepentingannya buat masa sekarang.

Beliau juga menambah, kita tidak sepatutnya takut sekiranya teknologi mengambil alih pekerjaan kita – sebaliknya kita yang harus belajar untuk menjadi pengurus teknologi tersebut.

Boleh juga tengok 6 Prospek Kerjaya Pada Tahun 2040. Pekerjaan ini belum wujud lagi, tapi bakal jadi kenyataan tidak lama lagi.

Kaitan Teknologi Dengan Orang Terkaya Dunia 3

Kaitan Teknologi Dengan Orang Terkaya Dunia 4

Komen

komen





Source link