Uncategorized

Kali pertama ke Bangkok? Jom lawat lokasi ini!


BANGKOK sememangnya satu destinasi yang bukan asing bagi rakyat Malaysia, namun ia tetap menarik khususnya mereka yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke bandaraya itu.

Disenaraikan di sini adalah lima lokasi dan aktiviti wajib buat sebagai panduan untuk anda yang baru pertama kali ke Bangkok.

The Grand Palace

The Grand Palace

The Grand Palace dan Wat Prakaew dibina pada tahun 1782, dan selama 150 tahun menjadi kediaman Raja Thai dan Mahkamah Diraja. Istana ini sentiasa meriah dengan pengunjung yang kagum dengan seni bina yang indah dan terperinci.

Wat Arun (The Temple of Dawn)

Wat Arun.

Reka bentuk Wat Arun adalah salah satu reka bentuk paling terkenal di Asia Tenggara. Dibina pada separuh pertama abad ke-19 dalam gaya kuno Khmer, ia mempamerkan corak bunga yang dihiasi porselin berkaca yang sangat menarik. Selain keindahannya, Wat Arun melambangkan kelahiran era Rattanakosin dan penubuhan ibu negara yang baharu selepas kejatuhan Ayutthaya.

Floating Market/Pasar Terapung

Pasar Terapung.

Perintis kepada semua pasar terapung, Damnoen Saduak terus menawarkan pengalaman sebenar meskipun kepadatannya semakin bertambah. Bayangkan puluhan bot kayu yang terapung masing-masing yang sarat dengan buah-buahan segar, sayur-sayuran atau bunga ladang. Perahu juga dilengkapi kuali dan pemanggang arang, siap sedia menerima permintaan boat noodle daripada pelanggan.

Wat Pho

Wat Pho.

Wat Pho bukan sekadar patung Buddha gergasi dan urutan tradisional Thai. Wat Pho menawan dengan koleksi mural, inskripsi dan patung menarik yang menyelusuri pelbagai subjek, dari peperangan kepada astronomi dan arkeologi. Kompleks kuil yang luas turut memuatkan taman yang indah dengan patung-patung batu, kedai cenderamata dan selain turut menempatkan Kolej Perubatan Tradisional.

Chatuchak Weekend Market

Pasar Minggu Chatuchak.

Chatuchak Weekend Market dianggap mercu tanda dan tempat wajib dikunjungi pelancong. Pelbagai koleksi barangan ada dijual di lebih 8,000 gerai. Pada hujung minggu, lebih daripada 200,000 pengunjung datang ke sini untuk membeli belah.

Mahu mengembara ke banyak lagi tempat-tempat menarik? Lawati www.etravelfair.com.my untuk maklumat lanjut.





Source link